P2 : KOMITMEN

547 10 0
                                    

Aku kembali ke Dusun Sahabat selepas sekian lama sibuk dengan urusan di sekolah dan asrama.Dusun Sahabat kini telah pun diuruskan sepenuhnya oleh Shazuan memandangkan dia telah pun menamatkan pengajiannya di London.
Meskipun begitu,aku tetap memantau dan membantu sekiranya perlu.

Kerja pembinaan "Training Camp" yang aku rancangkan dulu dengan Mr Wong berjalan dengan lancar ketika ini.
Banyak juga bajet yang terpaksa aku keluarkan untuk menambahbaik fasiliti dan kemudahan di sini.Pejabatku yang selama ini berada dalam bilik tidurku di rumah rehat telahpun aku pindahkan ke blok baru yang telah siap dibina bersebelahan dengan Dewan Terbuka.

Blok 2 tingkat itu menempatkan Pejabat Urusan Dusun Sahabat dan Bilik Mensyuarat.Manakala di tingkat atas pula merupakan Kelas Kuliah yang boleh memuatkan di antara 40 orang dan 80 orang dalam satu masa.Dewan Terbuka pula sudah boleh digunakan untuk tempahan Majlis Perkahwinan,
Resepsi dan Lain-Lain.Ini bermakna pendapatan dari Dusun Sahabat tidak lagi bergantung kepada penginapan di kabin dan chalet sahaja.

Rumah rehat ketika ini telahpun berfungsi sepenuhnya sebagai rumah tumpangan untuk aku dan Shazuan di sini.Dalam masa yang sama juga aku telah menambah bilangan bilik di dalam rumah tersebut untuk kegunaan Shauki dan Khairul.Ini bermakna sudah ada 4 bilik di dalam rumah ini.

Shazuan juga ada menyatakan hasrat kepadaku untuk membina satu lagi block bangunan di sini setinggi 4 tingkat untuk dijadikan sebagai Dewan Tertutup yang dilengkapi dengan gelangang badminton.Dewan itu juga boleh digunakan sebagai tempat sewaaj untuk majlis perkahwinan tetapi dengan harga yang sedikit mahal kerana mempunyai aircond di dalamnya.Manakala untuk Tingkat 2 dijadikan sebagai Dewan Kuliah manakala Tingkat 3 dan Tingkat 4 akan dijadikan bilik penginapan.

Aku menyerahkan segala urusan itu kepadanya.Mungkin dia boleh berbincang dengan Mr Wong berkenaan bajet yang diperlukan. Sekiranya berjaya dibina,itu merupakan bahagian komponen terakhir dalam pembinaan Dusun Sahabat.

Sebenarnya sejak Shazuan pulang ke sini aku tidak lagi melakukan hubungan ranjang kami seperti biasa. Mungkin kami berdua sibuk kerana terikat dengan pekerjaan kami berdua.
Aku sibuk dengan tugasku sebagai guru di sekolah dan warden di asrama,
manakala Shazuan pula sibuk dengan tugasannya di Dusun Sahabat.Dalam masa yang sama juga,dia sibuk melihat dan menguruskan hartanah dan aset peninggalan kedua orang tuanya.
Bagaimanapun kami masih rapat dan masih tidur bersama dengan memakai spender sahaja.

Aku dapat merasakan mungkin kami berdua sudah matang untuk menunaikan komitmen dan tanggungjawab masing-masing.
Tambahan pula umur aku dan Shazuan telah pun menginjak ke usia 26 tahun dan 25 tahun pada tahun ini (2018).

Bagaimanapun aku dah Shazuan masih berkongsi cerita dan kisah peribadi kami berdua sama seperti dulu.
Hubungan kami berdua masih rapat dan baik.Cuma seperti yang aku katakan sebelum ini,agak lama aku tidak melakukan hubungan ranjangku dengan Shazuan seperti sebelum ini.

Pada minggu hadapan aku akan kembali sibuk dengan persiapan di sekolah dan di asrama.Tambahan pula para pelajar akan mendaftar masuk ketika itu.Cuma bezanya kali ini aku tidak akan bekerjasama lagi dengan Fazreen dan rakan-rakannya.Aku akan bekerjasama dengan Ruzaidi pula.

Sebagai warden di situ,sudah pasti aku mengharapkan Ruzaidi dan rakan-rakannya dapat memberi kerjasama yang baik kepadaku seperti betch Tingkatan 5 pada tahun lepas.

GURU 2018Where stories live. Discover now