P24 : APOKALIPS

308 9 0
                                    

Fendi dan Harris telah dijatuhkan hukuman dibuang asrama dan sekolah.
Manakala Safuan dan Nuri dikenakan pergantungan selama sebulan daripada menduduki asrama.Manakala baki pelajar yang lain yang terlibat dalam rusuhan itu hanya diberikan amaran terakhir.

Cikgu Habibah telah pun di arahkan untuk berpindah ke sekolah lain selepas kejadian yang berlaku.Ustaz Razak dari sebuah sekolah di Jelebu dilantik sebagai pengetua baru di sekolah ini.

Hukuman yang dikenakan ke atas 4 orang pelajar Ting 5 itu sememangnya memberikan rasa kelegaan kepada para penghuni asrama yang lain.Selepas ini mereka tidak perlu lagi berasa takut dan bimbang.Dalam pada masa yang sama juga mereka bersimpati dengan nasib yang menimpa Nuri dan Safuan, mujurlah kedua orang pelajar Ting 5 itu hanya dikenakan hukuman pergantungan selama sebulan sahaja di asrama.

Isi perbualan mensyuarat yang dihadiri oleh Cikgu Wafi,Cikgu Amin,Cikgu Junaidi dan Cikgu Habibah yang berlangsung dalam keadaan tegang ketika itu menjadi buah mulut warga sekolah dan asrama.Masing-masing memuji tindakan Cikgu Wafi yang bertegas dalam isu ini.Dalam pada masa yang sama juga mereka juga kecewa dengan sikap Cikgu Habibah yang mementingkan tajaan dan pengaruh yang dibawa oleh En Borhan berbanding keselamatan dan keselesaan mereka di sini.
--------------------------------------------------------------
"Jemput masuk Cikgu berdua ke dalam", Pelawa Ustaz Razak kepadaku dan Cikgu Amin ke dalam pejabatnya.

Ustaz Razak merupakan pengetua baru yang dilantik di sekolah ini.Dia hadir ke sini bagi menggantikan Cikgu Habibah yang diarahkan berpindah selepas terjadi rusuhan di asrama.Ustaz Razak hadir ke sini dengan reputasi yang besar untuk memulihkan kembali maruah sekolah ini yang telah tercalar.

"Tujuan saya memanggil Cikgu berdua ke pejabat saya adalah untuk berbincang tentang peralihan kuasa. Tambahan pula saya dah buat perbincangan awal dengan Cikgu Amin", Jelas Ustaz Razak ketika itu.

"Peralihan kuasa?Saya tak berapa faham." Soalku kembali.

"Begini Wafi.Saya dah mulakan perbincangan dari hati ke hati bersama Ustaz Razak.Saya kira dah hampir 16 tahun saya berkhidmat sebagai ketua warden dekat sini.Anak-anak saya pun dah besar.Jadi saya ambil keputusan untuk berundur dari jawatan Ketua Warden." Jelas Cikgu Amin kepadaku.

Aku terkejut apabila Cikgu Amin berkata begitu kepadaku.Apatah lagi perkara seperti ini baru aku dengar dari mulutnya.Aku memandang Ustaz Razak dan dia sekadar menganggukkan sahaja wajahnya.

"Habis tu siapa yang akan jadi ketua warden?", Soalku kembali.

"Cikgu Wafi akan menggantikan tempat Cikgu Amin sebagai ketua warden selepas ini.", Jawab Ustaz Razak ringkas.

"Ohh,maaflah Ustaz Razak.Saya memang tak berminat nak jadi ketua warden ni.Kalau setakat membantu macam sekarang bolehlah", Jawabku kembali.

"Saya perlukan tenaga muda untuk membetulkan kembali sekolah dan asrama ini Cikgu Wafi.Saya yakin Cikgu Wafi adalah orang yang sesuai untuk menggantikan tempat Cikgu Amin.
Tambahan pula anak saya juga pernah menjadi penghuni asrama Cikgu semasa cikgu intern dulu", Kata Ustaz Razak lagi.

"Anak Ustaz? Sape pulak?", Soalku kembali.

"Hanaki,dia pelajar Ting 5 semasa Cikgu intern di Ampangan dahulu.Anak saya tu memang nakal dan degil sampai saya sendiri tidak mampu nak nasihat dia.Tapi kehadiran Cikgu Wafi ke sana mengubah segalanya.Memang benar Cikgu langsung tidak mengajar dia,tapi cara Cikgu mendidik dan menyedarkan dia membuatkan dia menjadi dirinya sekarang.Syukur,sekarang dia berada di USM melanjutkan pengajian di sana", Jawab Ustaz Razak.

GURU 2018Where stories live. Discover now