P32 : DILEMA

284 7 0
                                    

Minggu ini merupakan minggu balik wajib,tetapi aku memilih untuk tinggal di asrama kerana aku perlu menemani Syafiq yang tidak mahu pulang ke Muar pada minggu ini.Aku tahu dia mempunyai masalah keluarga yang rumit,kerana itu aku membuat keputusan untuk tidak mahu bertanya apa-apa mengenai perkara itu.

Selepas sahaja semua bilik berkunci,
Syafiq memasuki bilikku dan kami mula berbual panjang.Dalam kesempatan itu juga dia memohon maaf kepadaku sekiranya keenganan dia pulang ke rumahnya menyusahkan diriku.Aku berkata kepadanya tiada masalah,kerana aku juga perlu memantau kerja penghantaran barang binaan di sini untuk pembinaan blok baru.

Entah mengapa aku seolah menganggap Syafiq seperti Shazuan yang dulu.Aku sangat menyayangi Shazuan dan aku tidak mahu hubunganku dengan adik angkatku berakhir kerana kehadiran Syafiq.
Sebab itulah aku membuat keputusan untuk menjauhkan diriku daripadanya.

Aku amat berharap sebenarnya agar Syafiq tidak kembali ke sini,aku berharap dia bertukar sekolah.Tetapi aku terkejut dia memilih kekal di sini sebalik keputusan cemerlang yang diperolehinya pada PMR tahun lepas. Aku juga berusaha untuk mengelakkan diri dari bertemu dan bersembang dengannya.Tetapi tugasku sebagai warden di sini membantutkan hasratku.

Hampir 6 bulan juga aku langsung tidak bersembang atau bertemu Syafiq. Tetapi sejak akhir-akhir ini hubungan kami intim kembali.Apatah lagi Syafiq merupakan ketua asrama yang baru dilantik.Seringkali kami mengadakan pertemuan dan perbincangan,tanpa di sangka hubungan kami kembali mesra seperti dahulu.

Aku dan Syafiq ketika ini berada di dalam bilik dan sedang berlawan permainan FIFA 2018.Aku yang sudah lama tidak bermain permainan ini terpaksa memerah idea untuk menang ke atas Syafiq.Bukan kerana Syafiq semakin hebat,tetapi kerana aku yang semakin berkarat.

Handphone ku berbunyi ketika ini.
Rupanya panggilan itu dari adik angkatku Shazuan,aku segera menjawab panggilannya.
"Haa nape Wan?", Soalku sebaik menjawab panggilannya.

"Abang ada kat mana? Tak balik rumah ke minggu ni?", Soal Shazuan.

"Abang tak balik minggu ni Wan,sebab kena pantau kontraktor buat kerja.Next week abang balik.Nape Wan?", Soalku kembali.

"Ouh,Wan ingat abang balik sebab Wan ada benda penting nak bincang.
Takpelah kita bincang minggu depan jela", Jawab Shazuan.

"Kalau penting sangat abang balik kejap esok,nak jumpa kat rumah ke kat Dusun Sahabat?", Soalku kembali.

"Kat rumah je la bang", Jawab Shazuan ringkas.
--------------------------------------------------------------
Aku telah pun tiba di rumah Shazuan untuk bertemu dengan adik angkatku itu.Aku tidak pasti apa yang dia mahu bincangkan denganku,tetapi dari cara percakapannya semalam seperti sesuatu yang penting.

Shazuan mengucup tanganku sebaik aku memasuki rumah.Dia menyambutku dengan cukup mesra,
apatah lagi kami memang sudah lama tidak bertemu.Aku terlalu sibuk dengan kerja hakikiku sebagai seorang guru dan warden,manakala Shazuan sibuk menguruskan Dusun Sahabat.

Shazuan memaklumkan kepadaku bahawa dia mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian dalam Degree di London dan dia menyatakan hasratnya untuk kembali ke sana semula.Lagipun itu sememangnya menjadi impian dan cita-citanya.

Padaku benda itu tidak menjadi masalah,kerana aku tidak mahu menjadi penghalang pada impiannya itu.Cuma aku memikirkan bagaimana aku mahu menguruskan Dusun Sahabat,tambahan aku terikat dengan tugasanku sebagai seorang guru dan warden.

Meskipun perkara ini mendatangkan dilema kepadaku,tetapi aku tidak mahu memberitahu Shazuan.Tambahan pula aku tidak mahu dia berasa serba salah.
Shauki juga sudah hampir 4 bulan berhenti kerja di Dusun Sahabat kerana dia sudah mendapat pekerjaan di TNB.
Jika dia ada mungkin aku akan memintanya menguruskan Dusun Sahabat sama seperti dulu.

GURU 2018Where stories live. Discover now