P3 : KRONI

411 10 0
                                    

Seminggu sudah sesi persekolahan bermula.Entah mengapa aku rasakan pada tahun ini suasananya seperti suram dan tidak ceria seperti tahun sebelum ini.Aku bukanlah jenis orang yang suka membuat perbandingan,tapi aku dapat merasa keadaan di asrama pada awal tahun ini cukup tunggang langgang.

Apabila aku melihat pelajar Tingkatan 5 pada tahun ini aku teringat tentang diriku sendiri dan rakan-rakanku yang lain semasa aku bersekolah dan berasrama pada tahun terakhirku di MRSM Melaka.Watak seperti Helmi, Irfan dan Shahzreen seperti ada di asrama ini pada tahun ini.

"Kamu kena berhati-hati dengan pelajar Ting 3 di sini Wafi.Pelajar Ting 4 dan Ting 5 tidak membimbangkan saya kerana mereka memang baik.Apa yang menjadi kebimbangan pada saya adalah pada Fendi,Nuri dan rakan-rakannya yang lain", Kata Cikgu Amin ketika aku mula-mula melapor diri kepadanya pada 2 tahun lepas.

Kini apa yang dibimbangkan oleh Cikgu Amin ketika itu seolah berasas apabila aku melihat sikap Fendi dan kawan-kawannya.Pernah sekali aku melihat Nuri menampar seorang pelajar junior dengan kuat di hadapanku dan berlalu begitu sahaja. Meskipun aku memang marah ketika itu,aku terpaksa mengawal emosiku.

Ada juga aku memanggil Ruzaidi dan mengarahkan dia memberi teguran kepada Fendi dan rakan-rakannya yang lain.Tetapi Ruzaidi sendiri seolah olah tidak mampu berbuat apa-apa.Dalam masa yang sama aku dapat melihat wajah kebimbangan penghuni junior di sini yang melihat perlakuan buas dan liar Fendi dan kawan-kawannya.
--------------------------------------------------------------
Fendi merupakan pelajar Tingkatan 5 di sekolah ini pada tahun ini.Dia sememangnya dikenali sebagai pelajar yang bermasalah sejak dahulu lagi. Tetapi peranan ayahnya yang merupakan penaung PIBG di sekolah ini membuatkan dirinya seolah kebal dari tindakan disiplin.

Sebelum ini Cikgu Junaidi yang merupakan guru disiplin di sekolah ini pernah merotan Fendi kerana kesalahan disiplin yang dilakukan di sekolah.Apabila perkara tersebut sampai ke pengetahuan ayahnya,
ayahnya terus datang ke sini dan memarahi Cikgu Junaidi.Malah nama Cikgu Junaidi juga diburukkan semasa mensyuarat PIBG.

Sejak daripada itu,Cikgu Junaidi seolah tidak mahu masuk campur sekiranya Fendi melanggar disiplin sekolah.
Hanya pengetua,Cikgu Habibah sahaja yang akan menegurnya.Pernah juga Cikgu Habibah memberitahu ayah Fendi mengenai kelakuan anaknya di asrama,tetapi apa yang terjadi selepas itu ialah surat layang telah dibuat kepada pengetua terbabit dan dihantar ke PPD.

Semasa Fendi berada di dalam Ting 4 pada tahun lepas,dia tidak membuat masalah besar di sini.Mungkin juga kerana peranan dan ketegasan yang dimainkan oleh Fazreen dan rakan-rakannya yang lain di sini.Sebab itulah pada tahun lepas dia cukup berbeza.

Tapi pada tahun ini dia seolah olah mula menunjukkan belangnya.Dia ternyata mengambil kesempatan selepas menjadi senior di sini.
Tambahan pula penyokongnya ramai dalam kalangan kawan-kawannya sendiri.Meskipun Ruzaidi telah berjumpa dengannya untuk menyampaikan teguran dari Cikgu Wafi,dia masih tidak mengendahkan amaran tersebut.Malah amaran yang diterima itu hanya di sambut dengan gelak tawa sahaja darinya.

GURU 2018Where stories live. Discover now