P21 : BERDARAH

332 8 0
                                    

Ahli bilik mula mendapatkan Safuan selepas Fendi dan Harris meninggalkan bilik mereka.Teruk juga Safuan dikerjakan oleh mereka berdua.Ruzaidi kemudian datang berlari untuk melihat keadaan Safuan setelah dirinya dikejutkan oleh Basir yang memaklumkan perkara tersebut.

"Daus,pergi kejut Abang Shah kau sekarang.Suruh dia datang sini sekarang bawak first aid", Arah Ruzaidi kepada juniornya itu.

Bahagian tangan dan kaki Safuan sangat bengkak ketika ini.Begitu juga pada wajahnya akibat dipukul oleh Fendi dan Harris.Dia berada dalam keadaan cukup lemah ketika ini.
"Teruk sangat ni,nak taknak kena panggil Cikgu Wafi,kita kena hantar dia ke hospital sekarang !!" Jawab Daus selepas memeriksa keadaan Safuan yang berlumuran dengan darah ketika ini.

"Masalahnya Cikgu Wafi takde bang.
Bukan dia yang bertugas.Ada pun Cikgu Amin je", Jawab Syafiq ketika itu.

"Kita papah Safuan dan  pergi rumah Cikgu Amin sekarang !!", Arah Ruzaidi lagi.

Sementara itu,selepas Fendi dan Harris membelasah Safuan,mereka berdua terus meluru masuk ke dalam bilik Nuri.Tindakan kasar mereka yang menendang pintu bilik Nuri mengejutkan Nuri dan ahli biliknya yang lain.

"Kau nak apa sial datang sini waktu macam ni?", Marah Nuri kepada mereka berdua.

"Nak carik kau la kunyit.Nak buat apa lagi?", Kata Fendi sambil melibas kayu yang digunakan tadi ke arah wajah Nuri.

"Pendi Harris !! Korang dah gila ke apa? Berhenti sekarang !!" Tegur Panjang kepada mereka berdua.Turut berada bersamanya ketika itu adalah Khairi.

"Kau jangan masuk campur,ni urusan kitorang dengan Nuri.Berambus", Jawab Harris dengan nada yang marah.

"Susah sangat kita bantai je diorang ni", Kata Fendi sambil meluru ke arah mereka berdua.

Berlaku pergelutan ketika ini di antara Fendi bersama Harris dan Panjang bersama Khairi.Masing bergelut dengan lawan masing-masing.
Tumbukan Khairi sempat dielak oleh Fendi,sebelum lawannya itu menghayunkan kayu yang terus tepat mengenai kepala Khairi.Khairi kini tersungkur di tepi pintu dalam keadaan kepala berdarah.

"Khairi !!!", Jerit Panjang ketika itu. Dia yang ketika itu sedang melepaskan tumbukan ke wajah Harris terus mendapatkan Khairi yang ketika itu berlumuran darah di kepala.
"Weh Khairi,bangun Khairi", jerit Panjang ketika ini.

Fendi ketika ini betul-betul berada di belakang kepala Panjang.Saat ini dia benar-benar mahu menghanyunkan kayu yang di pegang itu ke kepala Panjang.Baru sahaja dia mahu menghayunkan kayu tersebut,tiba-tiba dia diterjah dari belakang.Terjahan tersebut membuatkan dia terjatuh di atas lantai.Nuri yang tadi berada di katilnya segera turun mendapatkan Khairi yang berlumuran darah ketika ini.

"Bang Panjang,Bang Nuri.Bawak keluar Abang Khairi sekarang.Tasnim,pergi lari panggil Cikgu Amin sekarang.Kalau takde panggil guard datang sini", Arah Akiff ketika itu.Rupanya dialah yang menujah tubuh Fendi saat seniornya itu sudah bersedia menghayunkan kayu ke atas kepala Panjang.

Fendi dan Harris mulai bangun.Mereka berdua merenung wajah Akiff dengan tenungan yang tajam.Fendi mengambil semula kayunya tadi.Akiff mengerti pertarungan kali ini akan memakan masa yang panjang apatah lagi dia keseorangan.Penghuni biliknya yang lain sudah melarikan diri mendapatkan bantuan,ada yang mengintai sahaja di luar tingkap ketika ini.

Syafiq yang baru lepas menghantar Safuan ke rumah Cikgu Amin baru tiba di sini.Dia kemudian bergandingan dengan Akiff untuk menentang Fendi dan Harris.Pergelutan pun bermula di mana Akiff memilih berhadapan dengan Fendi manakala Syafiq berhadapan dengan Harris.

GURU 2018Where stories live. Discover now