P28 : MINGGU BALIK WAJIB

419 12 0
                                    

Syafiq telah pun sampai di rumahnya yang terletak di Muar.Perjalanan yang panjang dan lama itu membuatkan diri keletihan.Di dalam kereta tadi dia terus melelapkan mata sebelum dikejutkan oleh ayahnya setibanya sahaja di rumah.

2 orang adik beradiknya tiada di rumah pada minggu ini,mereka bermalam di rumah ibu mereka di Nilai.Sejak ibunya melangsungkan perkahwinan dengan suaminya yang baru,Syafiq sudah lagi tidak bertandang ke sana.Bukannya dia tidak senang dengan perkahwinan itu, tetapi dia berasa segan apatah lagi ayah tirinya mempunyai 3 orang anak perempuan yang tinggal bersama.

"Syawal,abang Syafiq mana?", Soal Aqilah,anak sulung ayah tirinya kepada adik kedua Syafiq.

"Dia tak datang kak.Lepas ayah hantar kitorang,terus ayah amik dia kat sekolah dan balik terus ke Muar." Jawab Syawal yang berusia 14 tahun itu.

"Kenapa ni Aqilah? Syawal?", Tanya En Azlan,suami baru ibu Syafiq.

"Takde abah,Qila tanya kenapa Syafiq tak datang sekali kat Syawal,itu je." Balas Aqilah pula.

"Ohh Syafiq.Dia cuti 3 hari je tu.Nanti masa cuti penggal abah pujuk dia datang sini.Boleh lah kita sekeluarga bercuti nanti." Kata En Azlan pula.

"Bestnya Abah.Nak cuti kat mana?", Tanya Syawal pula.

"Urusan cuti abah serahkan pada Aqilah.Biar orang perempuan yang pilih.Kalau kita pilih dia tak berkenan. Biasalah orang perempuan kan?", Kata En Azlan sambil ketawa.

"Betul-betul perli depan ni.Iyalah nanti Qila cari", Jawab anak sulungnya itu sambil tersenyum.

Begitulah kemesraan En Azlan kepada anak-anaknya.Meskipun Syafiq,Syawal dan Saiful merupakan anak tirinya,dia tetap menyayangi mereka seperti anak-anaknya sendiri.Selepas menduda hampir 3 tahun selepas kematian isterinya,barulah dia dipertemukan dengan ibu Syafiq yang menjadi janda selepas bercerai.Semuanya telah ditakdirkan.
--------------------------------------------------------------
Akiff baru sahaja mengangkat pakaiannya yang sudah kering selepas dibasuh semalam di ampaian.Pelajar yang berusia 16 tahun itu perlu bersiap selepas ini,kerana mahu mengikuti abangnya Zack untuk keluar sebentar menonton wayang.Tambahan pula dia dan Zack sememangnya sangat akrab.

Selepas selesai menonton filem "Polis Evo 2 lakonan Zizan Razak dan Shaheizy Sam,Zack terus mengajak adiknya itu untuk menjamu selera di McDonalds.Secara tidak sengaja Zack bertemu dengan kawan lama di sekolah dahulu iaitu Firaj.

"Sape tu Zack? Anak ikan kau ke?", tanya Firaj selepas dia bersalaman dengan Akiff.Akiff hanya tersenyum sahaja mendengar kata-kata Firaj.

"Pale bapak kau.Tu adik aku sengal", Jawab Zack.

"Asal lain muka? Lagi kacak dia dari kau?", Soal Firaj lagi.

Mereka berdua berbual tentang pengajian masing-masing.Kadangkala mereka bercerita mengingati kenangan lama semasa di sekolah dan di asrama dahulu.Akiff memasang telinga sahaja, mendengar dengan penuh minat.

"Weh lupa aku,kebetulan.Kau tau tak sape warden asrama adik aku?", Soal Zack yang mahu Firaj meneka.

"Sape? Cikgu Zubair Patola ke?", Tanya Firaj semula.

"Hahaha bonggok.Kalau si Patola jadi warden,aku rasa minggu depan adik aku dah pijak dia.Bukan dialah.Cikgu Wafi yang jadj warden kat sana." Jelas Zack kepada kawannya itu.

"Haa? Cikgu Wafi? Kau beruntung bro" Jawab Firaj sambil menepuk bahu Akiff yang duduk di sebelahnya.

"Kau tahu,kalau bukan sebab Cikgu Wafi tu,aku dengan abang kau takkan jadi macam sekarang.Kau beruntung bro,serius", Tambah Firaj lagi.

"Dia tu memang big brother.Cikgu terbaik yang pernah aku jumpa sepanjang hidup aku." Celah Zack ketika itu.

GURU 2018Where stories live. Discover now