P34 : BERJUMPA KAWAN

296 8 0
                                    

Shauki sudah tiba di Dusun Sahabat, kebetulan pula dia tidak bekerja esok. Selepas tamat waktu kerjanya tadi,dia terus datang ke sini dari Kuala Lumpur.
Dia merancang mahu melepak di sini bersama Shazuan sehingga hari Ahad ini.

Kelmarin Shazuan ada menghubunginya dan memberitahu Shauki yang dia akan kembali ke London untuk menyambung pengajian dalam peringkat Degree.Sebab itulah dia hadir ke mari pada minggu ini,dia bimbang jika jadual kerjanya padat selepas ini.

Shazuan menyambut kehadiran Shauki dengan wajah yang cukup gembira.
Sudah lama dia tidak bertemu dengan kawan baiknya itu.Kedatangan Shauki turut disambut oleh Pak Samad dan Isa yang mengerumuninya ketika itu.

"Siapa yang jaga tempat ni masa kau balik London nanti?", Soal Shauki kepada Shazuan.

"Entah.Aku rasa Abg Wafi kot.Aku dah bincang dengan dia hari tu.Dia kata okay je", Jawab Shazuan ketika itu.

"Uishhh,boleh ke dia? Aku tengok dia busy memanjang je sejak jadi cikgu." Soal Shauki semula.

"Entah la Ki.Aku pun tak pasti macamana dia nak manage.Dia cuma cakap ngan aku pergi je,nanti dia setlekan.Sebenarnya aku serba salah jugak nak bagitahu dia,tapi benda ni dah jadi impian aku,takkan aku nak tolak", Terang Shazuan lagi.

"Itulah,aku dah kerja tempat lain.
Khairul pula dah balik Sabah.Tinggal Abg Amir je la.Dia mana? Tak nampak pun." Tanya Shauki lagi.

"Abang Amir balik Tanjung Malim.Dia kata kawan dia kahwin,itu yang dia nak tolong", Jawab Shazuan ringkas.

Bunyi aliran sungai dan percikkan air terjun di menghiasi suasana di Dusun Sahabat.Bunyi unggas dan cengkerik juga menjadi muzik utama di sini terutamanya pada waktu malam.
Shazuan ketika itu baru lepas mandi dan sedang mengenakan pakaiannya.

Dia kemudian keluar dan menuju ke bilik Shauki,
"Kau jangan cakap nak ajak keluar lagi?", Kata Shauki sebaik Shazuan membuka biliknya.

"Hahahaha.Memang takdelah.Malas aku nak keluar.Jomlah tidur bilik dengan aku malam ni", Pelawa Shazuan.

"Aik,lain macam pulak kau ni.Taknak lah aku", Jawab Shauki sambil ketawa.

"Bukanlah gila.Boleh borak lama kat atas katil.Lagipun lepas ni tak tentu jumpa kau lagi ke tidak", Ucap Shazuan.

"Seganlah lepak bilik kau Wan,sebab tu selalu bilik kau dengan abang kau je. Kalau nak tidur sekali,lepak bilik ni je la", Jawab Shauki lagi.Perasaan hormatnya pada Wafi masih tinggi.

Mendengar jawapan dari Shauki,
Shazuan bersetuju untuk bermalam di bilik Shauki pula.Shauki ketika ini bersama-sama membantu Shazuan merapatkan katil.Ini kerana bilik ini mempunyai 2 katil single.Jika dirapatkan saiz katil di bilik ini akan sama besar dengan saiz katil di bilik Shazuan dan Wafi.

Mereka berdua berbual lebih rancak dari petang tadi.Meskipun jam telah melepasi 12 tengah malam,mata mereka masih segar dan masih berbual.Ada sahaja topik yang menjadi perbualan dan mengundang tawa dari mereka berdua.

Shazuan sebenarnya masih memikirkan ayat untuk menundukkan Shauki.Dari dahulu lagi dirinya teringin untuk menikmati tubuh kawannya itu.Dia sedar masa sudah semakin suntuk.Bertahun dia memendam perasaannya kepada Shauki.

Dia tidak pasti sama ada Shauki akan datang berjumpa lagi dengannya atau pun tidak.Apatah lagi Shauki telah pun berkerjaya sekarang.Lesung pipit pada pipi Shauki menambahkan lagi rasa geramnya untuk mengucup bibir rakan yang seusia dengannya itu.Sedang rancak mereka berbual,Shazuan mula memeluk Shauki dan membuatkan dirinya berasa amat terkejut.

GURU 2018Where stories live. Discover now