"Boleh saya tahu kenapa anak saya dihukum buang dari asrama?", Soal En Borhan kepadaku.Dia seolah oleh tidak berpuas hati dengan tindakan disiplin yang dikenakan ke atas anaknya,Fendi.
"Macam yang tuan sedia maklum,Fendi terlibat dalam kejadian buli,pukul dan pow penghuni asrama di sini.Semua saksi dah beri keterangan bertulis", Jawabku lagi mempertahankan tindakanku.
"Saya rasa kamu ni baru lagi kat sini dan kamu tak kenal saya siapa.Saya nak kamu batalkan hukuman pada anak saya sekarang juga." Ugut En Borhan kepadaku.
Semasa soal siasat yang aku jalankan bersama Cikgu Junaidi dan Cikgu Amin ke atas Nuri,pelajar itu telah mengaku bahawa dia telah diarahkan oleh Fendi untuk mengutip RM10 pada setiap penghuni asrama setiap minggu.
Kutipan itu dibuat sebagai upah bahawa Fendi dan kuncu-kuncunya tidak akan menganggu mereka di sini.
Meskipun bayaran telah dibuat,mereka tetap diganggu dan sekiranya bayaran tersebut enggan dibayar,penghuni asrama tersebut akan dipukul.Selain itu juga Nuri memberitahu bahawa kecederaan yang dialami oleh Faiz sehingga membuatkan kakinya patah bukanlah kerana terjatuh dari tangga,tetapi akibat dipukul oleh Fendi.
Beberapa orang pelajar Ting 5 juga terlibat antara Safuan dan Harris.
Setelah perbincangan yang panjang bersama Cikgu Amin selaku ketua warden,kami berdua bersetuju untuk membuang Fendi,Safuan dan Harris dari asrama.Manakala Nuri yang memberi kerjasama yang baik ketika tempoh siasatan ini digantung asrama selama sebulan."Maaflah En Borhan.Keputusan dahpun dibuat.Jadi saya minta En Borhan hormati keputusan tu", Jelasku lagi.
En Borhan meninggalkanku sendirian dalam pejabat warden dengan wajah yang cukup marah.Dia begitu tidak berpuas hati dengan tindakan disiplin yang aku kenakan ke atas anak kesayangannya.Dia kemudian menuju ke blok pentadbiran sekolah.
--------------------------------------------------------------
Suasana di bilik meeting sekolah dalam keadaan tegang ketika ini.Pengetua sekolah,Cikgu Habibah dan Pengerusi PIBG,En Borhan turut berada ke sini ketika ini.Cikgu Wafi,Cikgu Amin dan Cikgu Junaidi masing-masing dijemput hadir.En Borhan masih lagi membangkitkan tentang tindakan disiplin yang dikenakan ke atas anaknya.Meeting ini dipenuhi dengan kata kata kesat akibat pergaduhan mulut diantara En Borhan dan Cikgu Wafi.Meskipun guru-guru yang lain cuba menenangkan mereka, nampaknya situasi itu cukup sukar dikawal.
"Cikgu Habibah,saya beri kata dua untuk Cikgu.Kalau Cikgu masih tak membatalkan hukuman ke atas anak saya,saya akan meletak jawatan sebagai Pengerusi PIBG dan semua tajaan yang saya bawa masuk ke sekolah ini akan saya batalkan kembali.", Kata En Borhan yang masih tidak berpuas hati ketika itu.
Dahi Cikgu Habibah berkerut ketika ini.
Sebagai seorang pengetua yang berkhidmat di sekolah ini pastilah keadaan ini membuatkan dirinya begitu tersepit.Dia faham bahawa tindakan yang dikenakan ke atas Fendi adalah tindakan yang wajar,tapi dalam masa yang sama juga dia tidak sanggup kehilangan sumbangan dari penaja yang menaja aktiviti sekolah ini saban tahun."Beginilah En Borhan dan semua yang hadir di sini,buat masa ini hukuman pada Fendi akan diteliti semula,begitu juga dengan rakan-rakannya yang lain.
Jadi saya minta kepada sesiapa yang berada di sini memberi masa kepada saya untuk memikirkan hukuman yang bersesuaian", Kata Cikgu Habibah yang sedikit sebanyak mengecewakan Cikgu Wafi."Tak boleh macam tu puan.Lagipun ini bukan kali pertama mereka ni dapat amaran akhir.Kalau terus macam ni sampai bila-bila takkan ada kesudahan", Tegur Cikgu Wafi kembali.
YOU ARE READING
GURU 2018
RomanceAKU MENGANTIKAN CIKGU AMIN SELAKU KETUA WARDEN DI ASRAMA SELEPAS TERJADI BEBERAPA PERKARA YANG TIDAK DIINGINI. JUGA MELIBATKAN PERKENALANKU DENGAN SYAFIQ DAN AKIFF. DIINSPIRASIKAN DARI KISAH BENAR.