P18 : BLOODBROTHER

310 8 0
                                    

Fendi dan kuncu-kuncunya buat masa ini masih menetap lagi di asrama. Ternyata tindakan disiplin yang mahu dibuat ke atas Cikgu Wafi oleh mereka gagal selepas campur tangan ayahnya yang juga Pengerusi PIBG di sekolah ini.
Seperti mendapat arahan dari ayahnya, Fendi buat masa ini tidak melakukan apa-apa,bahkan mengikuti kelas pembelajaran seperti biasa.

Meskipun begitu,rasa tidak puas hati Fendi kepada Nuri semakin meluap. Apatah lagi selepas dia mengetahui bahawa Nuri lah yang membocorkan segala rahsia mengenai perbuatan jahatnya di sekolah dan di asrama.

Meskipun begitu Nuri tetap berkawan rapat dengannya,dia yakin bahawa Fendi tidak mengetahui langsung tentang aduan tersebut.Dalam tidak sedar,dia tidak tahu bahawa Fendi mempunyai rancangan untuk mengenakannya.

Fendi,Safuan,Harris dan Nuri kini menceroboh di dalam bilik SPBT untuk menghisap rokok.Memang inilah port mereka untuk melepaskan rasa gian tersebut.Tambahan pula tiada sesiapa yang melalui kawasan ini terutamanya pada waktu malam.Selepas Nuri mengunci pintu bilik,tumbukan Safuan melayang dan terus mengenai wajahnya.

"Err aduhh", Rintih Nuri yang tersembam ke lantai ketika itu.

"Wah kau,depan kitorang pijak semut langsung tak mati.Belakang kitorang kau bukak habis ye cerita", Herdik Harris sambil menyepak perut Nuri.

Nuri terus memegang perutnya dan menjerit kesakitan.Dia tidak sangka perbuatannya itu diketahui kawan-kawannya yang lain.Berkali kali dia merayu dan memohon maaf.Dia memberikan alasan bahawa dia telah diugut dengan teruk oleh Cikgu Wafi,kerana itu dia tidak mempunyai pilihan selain membuka cerita.

"Nuri ooo Nuri..Sampai hati kau tikam kitorang dari belakang.Aku ingatkan kita berempat ni "bloodbrothers",tapi tak sangka salah seorang dari kita ni jadi anjing", Kata Fendi yang menghampirinya.

Nuri terus dibelasah dengan teruk oleh 3 orang kawannya itu.Mereka bertiga seolah olah melepaskan geram kepada Nuri kerana dia membongkarkan semua kerja jahat mereka sebelum ini.
Jeritan Nuri langsung tidak diendahkan mereka,malah mereka terus memukul Nuri sehinggalah Nuri tidak mampu untuk bersuara lagi.

"Angkat dia atas meja", Arah Fendi kepada kawan-kawannya yang lain.

Nuri yang lemah longlai itu kemudiannya di angkat di atas meja.
Darah pekat mengalir keluar dari hidungnya apabila mukanya tadi turut disepak oleh Fendi.

"Maafkan aku Pendi,aku tak sengaja", Rayu Fendi dengan suara yang lemah.

"Tak sengaja kepala otak kau !! Pasal kau lah aku malu sial !! Pasal kau lah aku rugi besar !!" Marah Fendi yang terus menumbuk wajah kawannya itu.

"Kita nak buat apa kat dia ni Pendi?", Soal Harris kepada ketuanya itu.

"Kita kendurikan dia", Jawab Fendi ringkas.
--------------------------------------------------------------
Aku telah pun tiba di rumah Shazuan selepas mengharungi tempoh yang sukar di asrama dan sekolah.Selepas selesai sahaja sesi persekolahan tadi, aku terus pulang ke sini.Tambahan pula esok dan lusa merupakan cuti hujung minggu.Lagipun giliran Cikgu Amin untuk bertugas sebagai warden pada minggu ini.

Ketika aku sampai,Shazuan tiada di rumah.Mungkin adik angkat kesayanganku itu berada di Dusun Sahabat untuk membuat tugasan di sana.Sementara menunggu pakaianku basuh di dalam mesin basuh,aku menyapu halamam rumah yang dipenuhi dengan daun-daun kering.

Sebenarnya agak lama juga aku tidak pulang ke sini,aku rasa hampir sebulan setengah juga.Jadualku di sekolah dan di asrama begitu padat.Aku merancang untuk berehat sahaja di rumah Shazuan pada minggu ini selepas melalui hari-hari yang sukar di tempat kerjaku.

GURU 2018Where stories live. Discover now