P33 : SIAPA?

365 8 0
                                    

Syafiq yang tidak mengikuti Cikgu Wafi keluar berada berseorangan di dalam bilik ini.Cikgunya tadi memberitahunya bahawa dia perlu keluar sebentar untuk menguruskan perkara penting. Sepanjang ketiadaan cikgunya itu,dia mengambil peluang untuk bermain FIFA 2018 berseorangan.Dia mahu mahir dalam permainan itu kerana dia mahu menewaskan Cikgu Wafi.

Akibat terlalu lama main sendirian,rasa bosan itu tiba-tiba menjelma dalam dirinya.Dia menutup permainan video itu dan berbaring di atas katil.Jam sudah menunjukkan pukul 3 petang,
tapi Cikgu Wafi masih belum pulang.

Locker Cikgu Wafi terbuka,mungkin kerana cikgunya itu terlupa untuk menutupnya kerana terlalu tergesa gesa untuk keluar ketika itu.Dia kemudiannya bangun dan menghampiri locker cikgunya itu.Tiba- tiba dia terpandang beberapa keping gambar yang dilekatkan pada dalam locker cikgunya itu.Gambar cikgunya bergambar dengan seseorang yang dia tidak kenali.

"Siapa agaknya dia ni eh? Takkan Cikgu Wafi gay kot?", Fikir Syafiq ketika itu.
Dia kemudiannya menutup locker cikgunya dan berbaring semula di atas katil.

Meskipun Syafiq begitu rapat dengan Cikgu Wafi,tetapi tidak semua perkara tentang cikgunya itu diketahuinya.
Tambahan pula Cikgu Wafi seorang yang cukup berahsia.Tetapi dia yakin orang yang di lihatnya tadi merupakan orang penting dalam kehidupan cikgunya itu.
--------------------------------------------------------------
Aku baru sahaja tiba di perkarangan asrama,rasa serba salah pula aku kerana meninggalkan Syafiq terlalu lama berseorangan di sini.Sebentar tadi aku menikmati hidangan tengahari bersama Shazuan di Rembau.Ketika aku meminta diri untuk pulang ke sini,Shazuan ada mengajakku makan tengahari bersamanya.Tambahan pula memang sudah lama aku dan dia tidak makan bersama.Jika aku menolak pelawaannya,apa pula katanya nanti.Sempat aku membungkuskan makanan untuk Syafiq.

"Syafiq,nah makan lah dulu.Kau kompem lapar punya.Sorry lah aku ada hal tadi", Kataku kepada Syafiq.

Syafiq hanya tersenyum sahaja ketika aku menghulurkan makanan itu kepadanya.Kemudian dia terus menikmati makanan yang aku bungkus itu dengan penuh selera.Aku kemudian berbaring di katil sambil memikirkan perkara yang aku bincangkan tadi bersama Shazuan.

Shazuan memaklumkan kepadaku yang dia akan berangkat kembali ke London pada hujung bulan 11 ini.Ini bermakna aku perlu mencari seseorang yang sesuai untuk menguruskan Dusun Sahabat.Sedang kepalaku berfikir,
Syafiq menegurku.

"Cikgu ada masalah ke?", Tanya pelajar berusia 16 tahun itu kepadaku.

"Eh takde apalah.Cikgu okay je", Jawabku ringkas.

"Saya tengok Cikgu macam serabut je.
Takpelah,Cikgu rehat dulu ye." Kata Syafiq lagi.
Dia mula duduk di sebelahku dan mula memicit kepalaku yang pening tanpa ku pinta.Sememangnya kelakuan dia ini mengigatkanku kepada Shazuan.
Memang benar,dia seolah olah mewarisi copy Shazuan untuk diriku.

Aku mula tersedar dari lenaku,rupanya jam sudah menunjukkan pukul 8 malam.Aku tidak pasti sudah berapa lama aku tidur.Syafiq pula sedang leka bermain FIFA 2018.
"Lama ke aku tido tadi?", Soalku kepada Syafiq.

"Eh,Cikgu dah bangun? Lama juga sampai berkeruh la", Jawab Syafiq.

Mungkin kepalaku pening kerana terlampau banyak berfikir tadi.Aku selalunya begitu,sekiranya ada perkara yang memerlukan aku berfikir terlalu mendalam,pasti aku pening kepala dan tertidur tanpa aku sendiri sedari.

"Syafiq dah mandi ke belum?", Soalku kepadanya.

"Belum lagi Cikgu.Kenapa?", Jawab Syafiq ringkas.Dia masih leka bermain FIFA 2018.

"Haa takpe,aku mandi dulu lah.Pastu kau pulak mandi.Nak ajak keluar makan", Jawabku ringkas sambil mencapai tuala.

GURU 2018Where stories live. Discover now