P15 : AKIF

326 7 0
                                    

Hampir 4 bulan Akiff berada di sekolah ini,suasana di sini cukup berbeza dengan sekolah lamanya dahulu.Di sini udaranya cukup nyaman dan kawan-kawan setingkatan juga baik terhadapnya.Begitu juga dengan guru-guru di sini.Cuma tindak tanduk Fendi dan kawan-kawannya membuatkan dirinya tidak berapa selesa.

Kebetulan pula dia merupakan ahli bilik dengan Nuri,orang kanan Fendi. Di hadapan matanya sendiri dia melihat Nuri memukul penghuni asrama di dalam biliknya itu.Dia sebenarnya ingin membantu,tetapi dia teringat akan pesan abangnya Zack agar tidak membuat masalah di sini. Tambahan pula abangnya itu merupakan anak murid kepada Cikgu Wafi.

Pernah sahaja wajahnya ditampar tanpa sebab oleh Nuri.Bukan itu sahaja, yuran makan yang sepatutnya dibayar di pejabat warden turut diambil oleh seniornya itu.Tangan Akif ketika itu telahpun digenggam,dia sememangnya sudah bersedia untuk melepaskan tumbukan di wajah Nuri yang kerek itu,tetapi apabila teringat janji kepada orang tuanya sebelum ini dia terpaksa melupakan hasratnya itu.

Seperti pelajar yang lain juga,dia ternanti nanti apakah tindakan seterusnya Cikgu Wafi sebagai warden di sini.Selepas perhimpunan tempoh hari di dataran asrama,dia sedar bahawa Cikgu Wafi mula menghidu ada sesuatu yang tidak kena di asrama ini.
Dari riak wajah cikgunya itu,dia tahu bahawa Cikgu Wafi merupakan seorang yang panas baran dan dia seolah sedang mengawal emosinya ketika itu.
Mungkin wardennya itu hanya menunggu masa untuk bertindak sahaja.

Dalam masa yang sama juga dia amat bersimpati dengan Panjang,Timb Ketua Pelajar & Asrama yang baru-baru ini dibelasah dengan teruk oleh Fendi dan kuncu-kuncunya.Pelajar Ting 5 yang tidak sealiran dengan Fendi takut-takut untuk membantu Panjang ketika itu. Mereka seolah olah terpaksa menerima hakikat bahawa sekolah dan asrama ini dikuasai oleh Fendi dan kawan-kawannya yang lain.

Berbicara tentang Akif,dia seorang pelajar yang mempunyai ketinggian 173cm.Wajahnya juga boleh dikatakan sangat tampan dan seorang yang berkulit sawo matang.Dia mempunyai tubuh yang kurus dan seorang yang aktif bersukan.Dia banyak mewakili sukan semasa di sekolah lamanya dahulu.Di sini dia tidak menunjukkan bakatnya.

Akiff mempunyai banyak sejarah hitam di sekolah lamanya dahulu.Dia banyak terlibat dengan pergaduhan bersama senior dan rakan-rakannya yang lain. Sebab itu apabila dia berada di sini,dia perlu cuba sedaya upaya mengawal emosinya.

Masih dia ingat lagi saat Cikgu Wafi memeriksa fail kepunyaannya ketika urusan pendaftaran masuk ke sini. Wardennya itu turut membaca laporan salahlaku disiplin yang pernah dibuat olehnya ketika di sekolah lama dahulu.
Cuma dia tidak pasti mengapa Cikgu Wafi seolah mengabaikan rekod tersebut.Pada fikirannya,mungkin Cikgu Wafi terlepas pandang kerana ketika itu dia sedang rancak bersembang dengan abangnya,Zack.

Dia tidak tahu sampai bila dia dapat menahan amarahnya di sini melihat perlakuan Fendi dan rakan-rakannya yang terus bermaharajelela.Hampir setiap masa dia melihat atau mendengar tentang kekejaman mereka kepada penghuni asrama terutamanya pada pelajar junior.

Bagaimanapun dia tetap akan cuba bersabar kerana dia telah pun terikat dengan janji kepada kedua orang tua dan ahli keluarganya yang lain.Janji yang dia tidak akan mengulangi perangai lamanya dahulu di sekolah ini.Tetapi setiap kali dia mendengar laungan kesakitan dan tangisan,api kemarahannya mula membara kembali.

GURU 2018Where stories live. Discover now