P29 : PERSOALAN

302 11 0
                                    

Cikgu Wafi ketika ini sedang bersantai sahaja di gazebo yang baru diletakkan di bawah pokok betul-betul di hadapan biliknya sambil menghisap rokok. Kebetulan asrama kini sunyi sepi menandakan semua pelajar sedang pun tidur di katil masing-masing.

Nuri kemudian yang terjaga kerana mahu kencing segera turun dari katilnya dan menuju ke tandas.Terkejut dia apabila dia melihat wardennya itu masih belum tidur dan leka bermain handphone sambil menghisap rokok di gazebo.

Selesai sahaja dia melepaskan hajatnya, dia menghampiri cikgunya itu yang ketika itu masih berada di situ.
"Cikgu", ujarnya.

"Eh Nuri.Ada apa malam-malam ni?", Soal Cikgu Wafi terkejut.Dia sendiri tidak menyedari kehadiran Nuri di sini dari tadi.

"Saya ke tandas tadi Cikgu.Nampak Cikgu melepak sini tu saya datang tegur tu",Jelas Nuri lagi.

"Ohh tak perasan pulak kamu ada lalu depan ni.Sibuk layan YouTube",Jawab wardennya itu bersahaja.

"Cikgu saya ada benda nak tanyalah", Luah Nuri ketika itu.

"Pe benda,tanya je la." Jawab Cikgu Wafi sambil membakar lagi sebatang rokok.

"Kenapa Cikgu tu buang sekali saya dengan Safuan,sedangkan Cikgu tahu kami berdua sama banyak rekod macam Fendi dengan Haris?", Soalnya kepada Cikgu Wafi.

"Kenapa? Kamu berdua nak sama-sama kena buang ke? Kalau betul esok aku keluarkan surat", Jawab Cikgu Wafi dengan nada serius ketika itu.

"Bukan itu maksud saya Cikgu.Saya dan Safuan orang paling bersyukur sebab tak dikenakan hukuman seberat tu. Cuma saya tertanya kenapa Cikgu bagi kami peluang." Soal Nuri lagi untuk mendapatkan penjelasan dari cikgunya itu.

Cikgu Wafi yang berusia 26 tahun itu memandang wajah Nuri sambil menghembuskan asap rokoknya yang berkepul di udara.Nuri sehingga kini setia menunggu untuk mendapatkan jawapan kepada soalan yang diberikannya tadi.

"Aku duduk asrama 5 tahun,3 tahun kat sini 2 tahun dekat MRSM.Berapa tahun dah aku jadi warden,bermacam ragam kawan dengan perangai budak aku jumpa.
Percayalah panas baran aku lebih teruk dari Fendi dulu.Saksi hidup masih ada kat sini,Cikgu Amin,Bang Radzi.Kau boleh tanya orang lama kat sini.
Aku jadi cikgu dengan warden bukan untuk menghukum,tapi untuk mendidik.Aku percaya yang betul tetap betul,yang salah tetap salah,tapi dalam masa yang sama aku tetap perlu ada empati dalam buat keputusan.
Aku sebolehnya nak simpan lagi Fendi dengan Harris,tapi aku tahu mudarat dia akan bertambah besar,sebab tu aku terpaksa buat keputusan macam tu.
Tentang kau dengan Safuan? Kau fikirlah sendiri kenapa korang tak senasib kawan korang berdua tu.Tengok cermin dan tengok diri korang berdua sekarang.Itulah diri korang yang sebenarnya.
Korang berdua dah dapat peluang,so sekarang terpulang pada korang untuk jadi macam dulu atau jadi diri korang sebenar.
Gempak kat asrama takkan menjamin masa depan kau bila kat luar nanti. Peganglah kata-kata aku ni.Kau dekat sini lama kan? Berapa ramai senior kau yang kau rasa gempak dulu tapi sekarang ke mana? Kau sendiri tahu apa jawapannya untuk persoalan aku tu." Jelas Cikgu Wafi panjang lebar.

Mata Nuri berkaca mendengar penjelasan Cikgu Wafi.Dia tidak sangka dalam saat orang sekeliling percaya yang dirinya dan Safuan tidak boleh berubah,Cikgu Wafi mempunyai pandangannya tersendiri.Dan peluang itu yang dia dapat ketika ini bersama Safuan.

"Pergilah masuk tidur.Study betul-betul.
Perang kau dah tak lama,kena standby peluru kau cukup-cukup",Pesan Cikgu Wafi lagi.

GURU 2018Where stories live. Discover now