P30 : SERAH TUGAS

297 5 0
                                    

Pemilihan Jawatan Kuasa Asrama telah pun selesai.Aku telah memberikan senarai muktamad kepada Ustaz Razak.
Ustaz Razak hanya tersenyum sahaja dengan pilihanku.Dia sememangnya mengotakan janjinya untuk tidak mahu mengganguku dalam urusan pentadbiran asrama.

Meskipun ketika ini bulan 8,tetapi aku mahu peralihan kuasa itu di segerakan. Aku mahu pelajar Ting 5 lebih fokus dalam pelajaran mereka untuk menghadapi peperiksaan SPM 3 bulan dari sekarang.Cara inilah yang aku belajar ketika bersekolah di MRSM dahulu.

Penguguman mengenai Jawatan Kuasa Asrama yang baru akan diumumkan pada malam ini.Sebelum itu,aku telah pun berjumpa dengan Ruzaidi dan Ahli Jawatan Kuasa Asrama yang lain untuk menjelaskan sebab mengapa aku berbuat demikian.Aku tidak mahu mereka tersinggung atau terasa hati.Mujurlah mereka semua faham, lagipun ini adalah untuk kebaikan mereka juga.

Aku turut menjelaskan kepada Ruzaidi dan rakan-rakannya dalam Jawatan Kuasa Asrama yang lain,selepas selesai sahaja serah tugas kepada Jawatan Kuasa yang baru dilantik,aku tidak akan menganggu pelajar Ting 5.Mereka bebas untuk berbuat apa-apa di asrama ini dengan syarat mereka tidak melanggar peraturan yang aku tetapkan.

"Dekat sini aku nak memaklumkan perkara yang penting.Hari ni merupakan hari terakhir Ruzaidi dan kawan-kawannya yang lain dalam Biro Jawatan Kuasa Asrama bertugas.
Selepas ni Jawatan Kuasa Asrama yang baru akan mengambil alih,dan itu jugalah Jawatan Kuasa Asrama korang sampai bulan 8 tahun depan.
Dekat sini aku merakamkan ucapan terima kasih kepada Jawatan Kuasa Asrama yang diketuai oleh Ruzaidi tahun ni atas kerjasama dan tanggungjawab yang diorang laksanakan.Sebagai guru dan warden, aku harap kesempatan ni diambil dan digunakan sebaiknya oleh pelajar Ting 5 untuk menumpukan pelajaran dan mengulangkaji,tambahan pula peperiksaan SPM semakin dekat.
Jadi aku harap selepas ni kalau ada apa-apa permasalah,korang boleh merujuk dekat Jawatan Kuasa Asrama yang baru dilantik atau berhubung dengan aku terus", Kataku memulakan ucapan kepada penghuni asrama di dataran asrama.

"Akan ada beberapa pertambahan jawatankuasa.Berikut merupakan perlantikan ketua biro,nama yang aku sebut tolong tampil dan datang ke depan.

Ketua Biro Rawatan,Kebajikan dan Kesihatan,Muhd Shakrinal Hussein.

Ketua Biro Sukan,Rekreasi dan Penerangan,Syed Fatih Syed Abbas.

Ketua Biro Pendidikan dan Dewan Makan,Muhd Haziq b Johari.

Ketua Biro Disiplin dan Aduan,Mohd Khalis b Deraman.

Timb Ketua Asrama merangkap Setiausaha Asrama,Mohd Akiff b Abd Malek.

Ketua Asrama merangkap Bendahari Asrama,Mohd Syafiq b Shafie.

Ini adalah barisan Jawatan Kuasa Asrama yang baru bermula esok sehingga bulan 8 tahun depan."
Tambahku lagi.

Penghuni asrama memberikan tepukan gemuruh dan mengucapkan tahniah kepada mereka yang terpilih dalam Jawatan Kuasa Asrama yang terbaru.Aku menitipkan pesanan kepada mereka supaya melaksanakan tanggungjawab ini dengan penuh amanah.

Dalam masa yang sama juga aku meminta mereka bermensyuarat dalam kalangan Jawatan Kuasa Asrama,
mengambil dan meminta pandangan dan cadangan daripada penghuni asrama untuk penambahbaikan kemudahan dan aktiviti yang akan dianjurkan untuk penghuni asrama tahun depan.

Aku memberikan mereka semua masa dalam tempoh seminggu sebelum Mensyuarat Jawatan Kuasa Asrama yang dipengerusikan olehku nanti untuk memperhalusi setiap cadangan dan pandangan.

Perhimpunan telahpun tamat dan semuanya diarahkan bersurai.Aku masuk ke dalam bilikku.Aku yakin ini adalah Jawatan Kuasa Asrama yang terbaik menurutku.Pemilihan mereka semua dibuat berdasarkan penilaian peribadiku dan kelebihan yang terdapat pada diri mereka.


GURU 2018Where stories live. Discover now