P31 : BERITA GEMBIRA

301 7 0
                                    

Aku meninjau rumah warden yang telah siap dibaik pulih.Keadaannya memang cukup berbeza berbanding semasa Cikgu Amin mendiami rumah ini.Kuarters yang mempunyai 3 bilik yang besar ini seolah menambat hatiku untuk duduk di sini.Rumah kuarters ini tidaklah jauh mana dari asrama,
kira-kira 200m sahaja.

Aku memberikan persetujuan untuk berpindah ke rumah kuarters kepada Ustaz Razak.Sebagai gantinya aku meminta dia membenarkan bilik yang aku duduki sekarang (bilik warden) ditukar kepada bilik rawatan.Ketiadaan bilik rawatan sememangnya menjadi masalah besar buat pelajar di sini, apatah lagi mereka tiada tempat untuk berehat terutamanya ketika hari sesi persekolahan.

Ketika aku belajar di sini dahulu,bilik rawatan memang sudah ada.Tetapi aku tidak tahu mengapa selepas itu bilik rawatan dihapuskan,mungkin juga kerana pertambahan pelajar yang semakin ramai di asrama.Ada juga aku mendengar bahawa blok baru asrama akan ditambah oleh pihak KPM,tetapi itu sekadar khabar angin sahaja.

Seusai meeting pertamaku dengan Jawatan Kuasa Asrama yang baru dilantik,aku meneliti isi cadangan dan pandangan yang dikemukakan oleh mereka.Antara permohonan yang dikemukakan mereka adalah bilik istirehat,bilik rawatan dan bilik vip (untuk kegunaan alumni).

"Panjang umur Cikgu Wafi,saya baru sahaja nak hubungi Cikgu", Sambut Ustaz Razak dengan penuh senyuman ketika aku baru memasuki pejabatnya.

"Yeke Ustaz? Hahaha.Kebetulan je tu. Saya pun ada perkara nak bincang dengan Ustaz ni.Kalau macam tu apa kata Ustaz mulakan dahulu sebab Ustaz kata ada benda yang Ustaz nak maklum",Kataku kembali.

"Begini Cikgu.Saya baru dapat emel dari PPD yang memaklumkan pihak KPM setuju untuk menambah blok bangunan untuk asrama,tetapi pembinaan untuk setingkat sahaja.
Dalam masa yang sama blok asrama sedia ada sekarang ni akan ditambah setingkat lagi.Kerja pembinaan blok baru akan bermula minggu hadapan,untuk pertambahan setingkat lagi pada block sedia ada semasa cutu akhir tahun bermula.Saya rasa boleh selesai hujung tahun ni." Jelas Ustaz Razak.

Aku sememangnya gembira mendengar perkhabaran yang disampaikan oleh Ustaz Razak.Tambahan pula aku memang mahu menemui dia untuk membincangkan tentang permohonan penghuni asrama untuk diwujudkan bilik rawatan,bilik istirehat dan bilik vip.Selepas aku menerangkan tujuan kedatanganku dan membentangkan perkara itu kepadanya,Ustaz Razak terus bersetuju.

Wakil kontraktor datang menemuiku dan Ustaz Razak beberapa hari selepas itu untuk membincangkan tentang pembinaan tersebut.Design bagaimana dan bilik jenis bagaimana yang kami mahukan.Aku menerangkan kepada wakil kontraktor yang block baru setingkat itu aku mahu jadikan sebagai blok pentadbiran asrama.

Aku mahukan bilik mensyuarat,pejabat warden,bilik vip,bilik rawatan,bilik istirehat,dan bilik gym berada di situ.Dari segi permintaanku,wakil kontrakor bersetuju.Dalam masa yang sama juga aku meminta pihak kontraktor membina satu ruang terbuka di tepi blok baru tersebut.Ruang itu aku bercadang untuk dijadikan ruang santai untuk penghuni asrama.

Aku turut menyampaikan berita gembira ini kepada penghuni asrama.Mereka cukup gembira dan tidak sabar menanti hasil pembinaan blok baru tersebut.Syafiq dan rakan-rakannya yang lain sudah teruja dan mula memasang angan-angan untuk mengunakan bilik gym yang akan tersedia selepas pembinaan blok baru itu selesai.

Dengan pertambahan setingkat lagi pada block asrama yang asal,Ustaz Razak mengigatkanku bahawa pertambahan penghuni asrama pasti akan berlaku pada tahun depan.Dia mengigatkanku bahawa tanggungjawabku pasti akan bertambah.Aku memberitahu Ustaz Razak bahawa aku sedar mengenai perkara itu dan sudah bersedia untuk melaksanakan amanah tersebut.

GURU 2018Where stories live. Discover now