P4 : KEJUTAN

424 11 0
                                    

Hari ini merupakan pendaftaran bagi kemasukan pelajar Ting 4.Sebagai ketua pelajar dan ketua asrama bagi sesi tahun ini,Ruzaidi dan rakan-rakannya yang lain turut sama membantuku untuk menguruskan kemasukan pelajar yang lain.

"Weh Syafiq,asal kau datang sini balik? Kau bukan result gempak ke masa PMR hari tu?", tegur Ruzaidi kepadanya.

Aku memalingkan wajahku dan aku juga terkejut.Ternyata Syafiq pelajar Tingkatan 3 tahun lepas yang rapat denganku mendaftar kembali ke sini.
Dia hadir berseorang sahaja tanpa di hantar oleh sesiapa.Syafiq hanya tersenyum sahaja ketika aku melihat wajahnya.

"Saya sementara je bang kat sini.Nak tunggu rayuan SBP.Duduk rumah pun bosan jugak", Jawab Syafiq kembali.

"Haa okay,kalau macam tu kau duduk dorm dengan aku je la."Pelawa Ruzaidi.

"Saya okay je bang,asalkan ada tempat tidur", Jawab Syafiq.

Syafiq kini sedang mengikuti Ruzaidi untuk meletakkan barang peribadinya di dalam bilik.Sebenarnya aku terlampau segan dengan Syafiq,semasa cuti sekolah tempoh hari ada sahaja dia mengirimkan pesanan kepadaku melalui Whatsapp.Tetapi aku langsung tidak membalasnya.Bukanlah kerana aku membencinya,tetapi aku yakin adalah lebih baik dia hidup tanpaku.
Tambahan pula aku yakin yang dia tidak akan kembali lagi ke sekolah ini.

Sedang aku menguruskan pendaftaran kemasukan pelajar yang lain aku ada terdengar apabila ada seseorang yang menegurku,
"Eh ni bukan Cikgu Wafi ke?", tanya seseorang yang cukup aku kenali.

"Eh Zack.Apa kau buat kat sini?", Tegurku sambil menjabat tangan yang dihulurkan olehnya.Zack merupakan bekas anak muridku semasa aku menjadi guru dan warden intern di sebuah sekolah yang terletak di Ampangan.

"Lama dah saya cari Cikgu", Kata Zack sambil memelukku.

"Saya sekarang study dekat UPM Cikgu.
Adik saya dapat tawaran sekolah kat sini,itu yang saya datang daftarkan dia. Tak sangka pulak jumpa Cikgu kat sini", Jelas Zack dengan wajah gembira.

"Adik kau sekolah sini? Lelaki ke perempuan?", Soalku lagi kepadanya.

"Lelaki Cikgu.Ni adik saya,panggil Akif je",Jawab Zack sambil memperkenalkan adiknya kepadaku.
-------------------------------------------------------------
"Kau kenal ke Cikgu tu Zack?", tanya Akif kepada abangnya ketika mereka berdua menaiki tangga menuju ke bilik.

"Kenal.Dia warden aku masa Form 5 dulu.Pasal dia lah aku jadi orang", Jawab Zack.

Zack sememangnya berhutang budi dengan Cikgu Wafi semasa dia berada dalam Tingkatan 5.Masih dia ingat lagi warden sementaranya itulah yang memujuk Cikgu Mansor untuk tidak menjatuhkan hukuman kepadanya ketika itu.Jika tidak sudah pasti dia dibuang dari asrama dan sekolah.

Sejak dari situlah Zack dan rakan-rakannya yang lain ketika itu mula berubah.Mereka tidak lagi membuat masalah dan melanggar peraturan di sekolah dan asrama.Malah mereka mula tekun belajar dan mula mengulangkaji pelajaran.Berkat kesungguhan Zack dan rakannya yang lain ketika itu akhirnya dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM.

"Kau dengar sini Akif,aku nak kau rapat dengan Cikgu Wafi.Jangan susahkan dia dan dengar je arahan dia.Ada apa-apa masalah kau cerita je dekat dia." Pesan Zack kepada adiknya.

"Okay Zack.Kau jangan risaulah", Jawab Akif lagi.

"Aku pesan je.Kau jangan malukan aku pulak sebab dia memang kenal aku.Dah aku nak gerak balik.Nanti sampaikan salam aku pada Cikgu Wafi ya.", Kata Zack lagi.

GURU 2018Where stories live. Discover now