Tulip menutupi wajahnya dengan selimut apabila ada cahaya yang menusuki matanya.
"Tulip, bangun." Kejut lembut pembantu rumahnya.
"5 minit..." Ditekup wajahnya dengan selimut.
Serajin apapun dia, dia tetap antara yang paling susah bangun pagi.
"Tulip, bangun lah... Nanti papa awak marah." Ucap Cik Laili dengan nada yang masih lembut.
Cik Laili tahu bagaimana keluarga Tulip melayan dirinya, jadi dia cuba untuk menjadi satu-satunya yang berlembut dengannya.
"Bangun lah, saya ada buat puding roti untuk Tulip." Cik Laili cuba memujuk lagi dengan makanan kegemarannya. Kali ini mesti jadi!
Tulip terus duduk dari baringnya, selimutnya juga telah jatuh entah ke mana. Gadis ini pantang kalau Cik Laili membuat puding roti, mesti dia orang pertama yang ingin makan dahulu.
"Puding roti?! Sayang Cik Laili!" Leher wanita itu ditarik dalam pelukannya.
"Kalau Tulip nak makan, pergi mandi dulu." Cik Laili turut membalas pelukannya.
"Okay! Cik Laili jaga ye puding roti saya!" Pesan Tulip sebelum dia mengambil tuala yang digantung dan berlari ke dalam bilik mandi.
Cik Laili menggeleng perlahan kepalanya melihat gadis itu.
Tulip menuruni anak tangga dengan perlahan kerana tidak mahu didengari bapanya. Jam sudah menunjukkan pukul 9 pagi, dia sudah lewat untuk ke universiti.
"Turun lah, papa dah pergi kerja dulu." Tegur satu suara dari meja makan.
Suara itu adalah suara kepada Puteri Riana, satu-satunya kakak kepada Tulip.
"Really???" Tulip berasa bingung. Selalunya bapanya akan menunggunya tidak kira berapa lambat pun dia untuk memarahinya.
"Haah, mama ajak dia teman shopping." Terang Riana.
"Ohh." Tulip berlari menuruni anak tangga itu sebelum dia berlari ke arah meja makan.
"Tak payah tergesa-gesa, aku hantar kau hari ni." Ucap Riana apabila melihat adiknya itu tergopoh gapah.
Tulip memandang wajah Riana dengan hairan sebelum dia meletakkan belakang tapak tangannya di dahi gadis itu.
"Kau tak sihat ke ?" Soal Tulip. Lain macam aje Riana pada hari ini. Selalunya dia hanya akan membiarkan Tulip berjalan kaki sendiri memandangkan universiti itu tidak lah jauh mana.
"Hands off, aku tolong hantarkan kau ni tolong bersyukur sikit." Marah Riana.
"Ehh, okay okay." Tulip terus menarik tangannya sebelum memakan puding roti yang telah terhidang untuknya.
"Kenapa akak tiba-tiba nak hantar adik ni ?" Soal Tulip pada kakaknya yang sedang fokus memandu kereta.
"Salah ke? Lagipun aku nak jumpa kawan aku dekat situ." Balas Riana tanpa melihat langsung ke arah Tulip
"Tak salah pun, kalau boleh hantar lah tiap hari, sakit kaki ni berjalan tau." Rungut Tulip.
"Tak payah nak mengada, hari ni je aku hantar kau." Tegas Riana.
"Yalah." Tulip menyilangkan tangannya dengan muncung di bibir.
"Kau nak aku berhenti kan kau dekat mana ?" Soal Riana apabila mereka telah tiba di universiti.
"Depan tu pun okay." Tulip menunjuk ke arah pintu utama.
Riana menghentikan kereta Volvo miliknya di hadapan pintu utama itu.
YOU ARE READING
Tulip [OG]
Romance"Kita putus, Aku dah ada yang lebih baik dari kau." Apa yang dirasakan apabila kita putus dengan orang yang kita sayang? Sakit? Benci? Sedih? "Keluar dari rumah ni, aku tak nak tengok muka kau lagi!" Atau lebih sakit apabila diusir oleh keluargany...