Bab 31

10 2 1
                                    

Ryan memandang sahaja mata gadis tiu tanpa berkata apa-apa. Dia tidak tahu apa yang perlu dikatakan, dia buntu. Dia takut yang dia akan mengatakan sesuatu yang salah.

"Are you just going to stare at me until I die or what?" Tulip sudah mula tidak sabar dengan lelaki itu. Dia menunggukan penjelasan tetapi lelaki itu tidak memberinya sebarang penjelasan langsung.

"I do this for you." Balas Ryan. Dia terus berpaling ke arah lain.

"For me? Apa je yang kau buat?" Tulip separa menjerit. Sungguh dia ingin melepaskan amarahnya sekarang ini.

Ryan menjungkitkan sedikit keningnya apabila mendengar panggilan gadis itu kepadanya sudah berubah.

"Jangan guna 'kau', abang tak suka."

"Kenapa? Kau ingat aku suka ke bila kau tinggalkan aku tanpa penjelasan?" Naik turun nafas Tulip bercakap dengan lelaki itu.

"Aku... Ceraikan kau dengan talak satu." Perlahan sahaja suara Ryan tetapi cukup kuat untuk didengari oleh Tulip.

Tiba-tiba ada cairan hangat yang menuruni pipi Tulip. Dia mengalihkan wajahnya, tidak mahu dilihat oleh lelaki itu.

Tangannya rasa ditarik oleh seseorang. Liam. Lelaki itu menarik tangan Tulip keluar dari bilik Ryan. Tulip hanya diam dan akur sahaja apabila dirinya ditarik sebegitu. Lagipun, dia sedang lemah sekarang ini.

Dia seperti tidak percaya, lelaki yang dia sayangi membuat dia sebegini. I thought that you want me first...

Ryan menghempas meja kerjanya dengan kuat sebelum rambutnya dicengkam. Apa yang dia baru sahaja buat?

"Are you okay?" Soal Liam dengan lembut.

"My hand..." Tulip memberi isyarat supaya melepaskan tangannya memandangkan lelaki itu masih lagi tidak melepaskannya.

"Oh, sorry." Pantas Liam menarik semula tangannya.

"You alright, little lady?" Soal Liam semula.

Perlahan-lahan Tulip mengangguk.

"Sorry." Tulip memandangnya hairan. Dah kenapa pula tiba-tiba minta maaf ni.

"Err... Kenapa awak minta maaf?"

"Sebab saya lambat."

Tulip terdiam. 'awak'?

Liam sudah tersenyum lucu melihat Tulip yang terdiam. Sengaja dia mengenakan panggilan 'awak' untuk mengenakan gadis itu.

"Maaf, kau tak selesa ke?"

"Eh-eh.. bukan... saya okay je." Tulip tersenyum nipis.

"Tutu!" Julianna pantas memeluk tubuh belakang Tulip membuatkan dia teranjak sedikit ke hadapan.

"Ju, kan aku cakap jangan buat macam tu." Pantang betul dia kalau gadis itu mengejutkannya dari belakang.

"So what happened?" Soal Julianna.

"Tulip!"

Ryan segera mendapatkan tangan Tulip tetapi gadis terlepas dengan sekali rentapan.

"I don't want to see your face." Tulip langsung tidak memandang ke arah lelaki itu.

"Tulip-"

"She said she don't want to see your face." Liam bertindak untuk berdiri di hadapan Tulip untuk melindunginya.

"Kau tak ada hak nak masuk campur urusan keluarga aku, ingat, kau tu orang luar." Ryan memandang tajam ke dalam mata Liam. Pandangan mata itu turut dibalas oleh Liam.

Liam hanya diam, dia tahu semua itu, dia tahu yang dia hanya lah orang luar, tetapi dia juga sedar apa yang dibuat oleh Ryan itu salah.

"Pergi dari sini." Halau Liam keras.

"Kau siapa nak arah aku?!"

"Ryan, stop it." Arah Tulip pula. Gadis itu langsung tidak mahu memandang ke arahnya.

"Tulip, abang-"

"Abang? Remember, you are no one to me now." Kali ini dia memandang kr dalam mata Ryan.

Ryan terdiam sejenak, mata yang selalu memandangnya dengan kasih sayang, dengan kerinduan, kini memandangnya dengan kosong.

Sesekali Julianna mengusap belakang badan sahabatnya untuk memberikan  sokongan. Andikka pula setia berdiri di sebelah Julianna, kecewa melihat sahabatnya yang berubah sebegini.

"I'm sorry, let's fix this."

"No, I'm going home." Tulip menarik hujung baju Liam membuat lelaki itu memandang ke aranya.

"Hm?"

"Hantar saya balik." Kata-kata Tulip itu membuat hatinya tersenyum.

"Your wish is my command." Liam mengiringi Tulip sehingga ke kereta.

Ryan terkaku dengan penumbuknya yang digenggam. Dia perasan juga pandangan kecewa Andikka terhadapnya.

"Aku harap kau belajar dari kesilapan kau." Ujar Andikka sebelum dia turut menarik lengan Julianna pergi dari situ.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 11 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Tulip [OG]Where stories live. Discover now