Tulip bermain dengan jarinya sendiri sambil terbaring di sofa ruang tamu Ryan. Lelaki itu membawanya ke rumah agamnya yang terletak di hujung bandar.
"Saya bosan lah, awak tak bosan ke duduk rumah besar macam ni?" Soal Tulip kepada Ryan yang sedang membuat kerja sambil bersandar pada bawah sofa yang dia sedang baring itu.
"Tak." Balas Ryan sepatah, tangannya masih sibuk membelek kertas kerjanya.
"Awak duduk sorang kan rumah ni, kalau ada..." Kata Tulip dengan nada yang seperti ingin menakut-nakutkan.
Sudah lah rumah ni besar, duduk seorang diri pula tu."Ada apa? Hantu? Tu hantu." Ryan menunjuk ke arah Liam yang sedang minum air kelapa di tangga rumahnya. Lelaki ni tak ada rumah sendiri ke nak minum air?
Tulip menoleh ke arah Liam sebelum lelaki itu menjungkitkan sedikit keningnya. Tulip kemudiannya menoleh ke arah Ryan semula.
"Lagi seminggu kita nak kahwin..." Ujar Tulip membuat Ryan menoleh ke arahnya.
"Kenapa?" Soal Ryan dalam nada yang lembut.
"Tak ada apa, saya cuma takut." Tulip duduk dari baringnya.
"Hm? Kenapa ni?" Ryan memusingkan badannya menghadap Tulip yang sedang duduk itu.
"Ye lah, kita pun tak ada lah kenal mana, macam mana kalau kita berpisah..." Tulip menundukkan kepalanya sedikit. Dia risau jika perkara yang sama terjadi lagi, bagaimana jika lelaki itu hanya mahu melepaskan nafsunya.
Ryan tersenyum nipis mendengar luahan gadis itu. I've known you for years... Why would I leave you?
"Flower... Saya faham tentang keadaan awak sekarang ni, saya faham yang awak masih belum pulih sepenuhnya dari trauma awak...tapi saya mohon tolonglah bagi saya peluang untuk pulihkan awak semula, Give me a chance flower..." Lembut sahaja nada lelaki itu bersuara, sepanjang dia bercakap, anak mata hitamnya hanya memandang ke dalam anak mata coklat keemasan Tulip.
Tulip yang mendengarkan itu terkedu, tubir matanya sudah diisi dengan air mata tetapi matanya tidak boleh beralih dari mata lelaki itu. Mata hitam padam milik lelaki itu nampak sangat menawan walaupun ianya hanyalah warna hitam yang biasa.
"H-hiks... Awak ni janganlah... hiks... buat saya nanes... hikss.." Balas Tulip teresak-esak sambil menyeka air matanya dengan lengan bajunya.
"Erk... Jangan lah nangis, aku tak reti pujuk orang..." Ryan menggosok belakang lehernya dengan riak wajah yang bingung.
"Hahh?!!" Jerit Tulip tiba-tiba membuat bahu Ryan terhenjut kerana terkejut.
"Alaaa, kenapa tak guna awak saya dahhh!" Rungut Tulip dengan bibir yang dimuncungkan sambil menyilangkan tangannya.
"Flower pergi lah tidur, dah lewat ni." Ujar Ryan untuk menukar topik, lagipun jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi.
"Awak tak nak tidur dengan saya ke?" Soal Tulip dengan senyuman mengusik.
"Nanti dah kahwin kita tidur sama ye? Bukan setakat tidur je... kalau kau nak aku..." Mata Ryan memandang ke atas dan bawah gadis itu sebelum ayatnya dipotong.
"Ryan, I'm going out before someone's getting pregnant here." Ujar Liam dengan riak wajah yang kosong, dekat rumah dia lihat adiknya bercumbu dengan sahabatnya, tak akan dekat sini pun dia tak selamat.
"Mulut kau ni tak boleh tapis sikit ke?" Ryan memandang tajam lelaki itu.
"Kalau tapis nanti jadi teh." Balas Liam.
Ryan dan Tulip mengerutkan dahi mereka. Apa kena mengena?
"Kau nak pergi mana?" Soal Ryan, kalau pergi makan boleh lah dia kirim sedikit.
YOU ARE READING
Tulip [OG]
Romance"Kita putus, Aku dah ada yang lebih baik dari kau." Apa yang dirasakan apabila kita putus dengan orang yang kita sayang? Sakit? Benci? Sedih? "Keluar dari rumah ni, aku tak nak tengok muka kau lagi!" Atau lebih sakit apabila diusir oleh keluargany...