Riana berjalan masuk ke dalam banggunan yang besar itu sambil melihat sekeliling.
Hari ini dia ada interview bersama syarikat model yang besar itu. Dia sudah bekerja keras untuk masuk ke dalam syarikat itu untuk menjadi model, siapa tahu hari ini akan menjadi kenyataan?
"Excuse me?" Panggil Riana pada seorang gadis yang bekerja di syarikat itu juga.
"Yes, may I help you?" Soal Emma.
"I'm here to interview." Balas Riana dengan senyuman nipis.
"Oh, you can follow me." Ujar Emma mendatar, bukannya dia tidak tahu siapa gadis itu.
Riana hanya mengangguk sebelum dia mengekori langkah Emma.
"How long have you worked here?" Soal Riana untuk memulakan perbicaraan.
"5 years." Balas Emma. Sememangnya dia sudah bekerja sejak syarikat ini ditubuhkan lagi.
"Oh, you must be a senior here." Pasti gadis itu sangat pakar dalam menjadi model.
Emma hanya diam sebelum dia melangkah keluar dari lif diekori dengan Riana. 'Bukan setakat senior, aku ni pa kepada bos dekat sini tau.'
"Tunggu sini kejap." Ujar Emma sebelum dia masuk ke dalam bilik yang tertulis 'Boss'.
Riana hanya mengangguk sebelum dia duduk di kerusi menunggu di luar bilik itu.
"Bos." Panggil Emma.
"Hm?" Tulip yang sedang membuat kerja itu menoleh ke arah Emma.
"Ada orang yang datang untuk interview." Ujar Emma sebelum Tulip mengerutkan dahinya.
"Hah? Tapi interview tu kan mula dalam 2 jam lagi?" Tulip melihat pada jam di macbook nya yang menunjukkan pukul 9:30 pagi manakala interview itu mula pada 11:30 pagi.
Emma hanya menjungkitkan bahunya.
"Pergi tanya dia, dia nak mula sekarang atau dalam 2 jam lagi." Arah Tulip sebelum Emma mengangguk.
"Oh ye, Riana yang datang untuk interview tu, bos okay ke?" Soal Emma, dia tahu hubungan Tulip dengan kakaknya tidak berapa baik semenjak peristiwa 5 tahun lepas.
"Riana? My sister?" Soal Tulip untuk kepastian, ye lah bukan dia seorang nama Riana dalam dunia ni kan?
Emma mengangguk.
Tulip mengetuk-ngetuk jari telunjuknya di atas meja sebelum dia mengangguk.
"Tell her to get out." Arah Tulip mendatar, dia tidak mahu berjumpa dengan mana-mana ahli keluarganya lagi.
Emma menundukkan sediki kepalanya sebelum dia melangkah keluar.
Riana yang melihat Emma sudah keluar itu terus bangun dari duduknya.
"Pergi balik, the boss doesn't want to see you." Halau Emma.
"H-hah? Kenapa pula?" Riana agak terkejut mendengar itu.
"Balik lah." Emma berpusing semula untuk melangkah pergi sebelum bahunya ditarik.
"What?" Emma memandang beku ke arah gadis itu.
"Tolong, tolong bagi saya peluang!" Rayu Riana sambil menundukkan badannya sedikit.
Emma menghela nafasnya. 'Kau ni tak faham bahasa ke betina?'
"Tolong bagi saya jumpa bos awak." Rayu Riana lagi.
"I've told you, the boss doesn't want to see you." Ujar Emma yang sudah serabut dengan rayuan gadis itu.
YOU ARE READING
Tulip [OG]
Romance"Kita putus, Aku dah ada yang lebih baik dari kau." Apa yang dirasakan apabila kita putus dengan orang yang kita sayang? Sakit? Benci? Sedih? "Keluar dari rumah ni, aku tak nak tengok muka kau lagi!" Atau lebih sakit apabila diusir oleh keluargany...