Tulip menyarungkan kasut tumit tingginya yang berwarna putih. Walaupun ada banyak jenis kasut tumit tingginya di rumah, dia tetap akan pakai yang warna putih. Lebih kurang seperti warna kegemarannya, tetapi untuk kasut.
"Pergi kerja jangan mengorat lelaki lain pula." Kata-kata Ryan itu membuat Tulip menjeling ke arahnya.
"Apa? Awak ingat saya tak ada kerja lain ke?" Tulip menyilangkan tangannya.
"Mana lah tahu, flower kan cantik." Pipi isterinya di cium sekilas.
Tulip tersenyum nipis apabila suaminya memuji. Kalau orang lain yang puji mahu dijelingnya. Tangannya dihulurkan pada lelaki itu.
"Hm?"
"Nak salam lah."
Ryan menghulurkan tangannya sebelum di salam oleh Tulip. Pipi suaminya di cium sekilas.
"Byee!" Tangannya melambai ke arah suaminya sebelum dia dilambai semula.
"Amboi, dulu bukan kemain sombong dengan orang." Tegur Julianna sebaik sahaja Tulip masuk ke dalam keretanya.
"Bising lah." Tulip menjeling.
"Bos, congrats on your wedding." Ucap Emma kepada Tulip yang sedang disolek.
Hari ini dia ada runway show di sebuah events yang sangat besar. runway show ialah di mana para model akan membuat pertunjukkan tentang pakaian yang direka di hadapan penonton dan juri.
Tulip ialah pakar dalam bidang ini. Sudah lama dia tidak beraksi dan kini dia akan naik ke pentasnya semula.
Event hari ini sangat besar memandangkan akan ada model dari serata dunia yang menyertai event ini.
"How do I look?" Dari bawah dia memakai kasut tumit tinggi hitam yang agak panjang bersama seluar pleated yang berwarna hitam. Dari atas pula dia memakai tudung shawl berwarna hitam, kemeja putih yang dikenakan dengan jaket kulit panjang yang turut berwarna hitam.
"Fabulous." Puji Julianna dengan dua belah ibu jarinya diangkat.
"Kalau Ryan ada, mesti dia terpegun kan?"
Walaupun baru sahaja jumpa pagi tadi, dia sudah rindu. Ini lah dia kalau sudah jatuh cinta, dia sentiasa akan memikirkan keadaan orang tersebut dan akan menjadi seorang yang sangat penyayang.
"Dia kena mesti lebih dari setakat terpegun." Lengan sahabatnya itu disiku sedikit.
"Boss, are you ready?" Soal Emma yang baru tiba di situ sebelum dia terhenti.
"Damn, you look gorgeous." Puji Emma pula, bagaimana lah lelaki di sekolahnya dulu tidak pernah suka kepadanya?
"Jom, jom, jangan buang masa." Julianna menarik tangan Tulip dan Emma supaya keluar dari bilik persalinan itu.
"Ladies and gentlemen, welcome to the greatest runway model show! Today, we have models from all over the world!"
"without wasting time, let's get started!"
Kesemua para model di situ terlihat sangat cantik dan kacak. Bukan perempuan sahaja yang ada tau.
"Huh, penatnyaa!" Tulip meregangkan tangannya ke atas. Penat kerana dia perlu naik ke pentas sebanyak tiga kali. Mana tak penat, perlu tukar baju lagi.
"Little lady?" Tulip menoleh ke arah suara itu.
"Liam?" Dia tersenyum kecil apabila melihat lelaki itu di situ.
"Eh? Awak buat apa dekat sini?" Soal Tulip.
"Ryan tak bagitahu ke?"
"Bagitahu apa?"
"I'm a model, little lady." Terang Liam.
"Really? Saya tak nampak awak pun tadi?" Mungkin dia terlalu fokus dan mungkin juga terlalu ramai orang yang membuatkan dia tidak perasan.
"Saya naik dua kali je tadi." Dia bukan lah profesional sangat pun dalam bidang ini, dia jadi model pun kerana Olivia yang menyuruhnya.
"Saya?"
"Kenapa?" Liam mengangkat sedikit keningnya.
"Awak guna 'saya'?" Ini lah kali pertama dia dengar lelaki itu menggunakan 'awak saya'. Entah kenapa apabila Liam menggunakan perkataan itu, ianya kedengaran sangat lembut.
"Kenapa? Tak boleh ke?" Liam menyoal.
"Mesti lah boleh, cuma... macam pelik pula awak guna 'saya awak'." Dia cuma tidak biasa dengan lelaki itu. Selalunya Liam hanya akan diam sahaja.
"Tutu! Ryan datang ajak lunch!" Jerit Julianna menarik perhatian mereka berdua.
"Kejap lagi aku datang!" Balas Tulip yang turut menjerit. Mereka berada di tempat para model berkumpul dan orang luar tidak boleh masuk di kawasan itu, sebab itulah mereka menjerit.
"Liam nak ikut?" Soal Tulip, tak akan lah nak tinggalkan lelaki ni seorang diri.
"It's fine, I'll go with Liv." Liam tersenyum nipis, adiknya turut berada di situ cuma tidak kelihatan.
"Okay, byee!" Tulip melambai sebelum Liam hanya menunduk sedikit sebagai balasan. Dia memang tidak suka melambai.
Ryan membukakan pintu kereta untuk Tulip masuk ke dalam sebelum dia turut masuk ke dalam perut kereta.
"Nak pergi makan mana ni?" Soal Ryan yang sudah memulakan pemanduan.
"Jom makan sushi, teringin lah pula." Balas Tulip dengan sengihan kecil.
"Sushi? Tak nak lah, abang tak makan sushi." Dia memang tidak pernah gemar dengan makanan jepun itu.
"Hmm... Kalau macam tu abang nak makan apa?"
"Nasi ayam?" Dia rasa ingin makan makanan melayu pula sekarang ini.
"Okey!" Tulip tidak kisah dengan apa yang dia makan, dia bukan lah seorang yang cerewet.
'Harapnya, mimpi aku tu hanya lah mimpi.' bisik Tulip di dalam hati.
YOU ARE READING
Tulip [OG]
Romance"Kita putus, Aku dah ada yang lebih baik dari kau." Apa yang dirasakan apabila kita putus dengan orang yang kita sayang? Sakit? Benci? Sedih? "Keluar dari rumah ni, aku tak nak tengok muka kau lagi!" Atau lebih sakit apabila diusir oleh keluargany...