Bab 30

9 2 1
                                    

"Mana kau pergi?" Liam menyoal Ryan yang baru sahaja nampak batang hidung.

"Aku ada hal." Balas Ryan malas.

"Penting sangat ke hal kau tu sampai tinggalkan isteri sendiri?"

Sejak kebelakangan ini, Ryan sudah lama tidak pulang ke rumah. Bukan itu sahaja, dia juga suka meninggalkan Tulip seorang diri tanpa khabar.

Liam yang sentiasa menjaga Tulip dari jauh, dia juga menyuruh adiknya untuk menjaga Tulip jika dia ada urusan.

"Aku tahu macam mana nak jaga isteri aku, lagipun dia boleh jaga diri dia sendiri." Balasan dari Ryan itu membuat Liam menggenggam penumbuk.

"She's your wife!"

"Yeah, mine and not yours." Ryan memandang Liam tajam, tetapi ianya tidak membuat lelaki itu gerun malah lebih marah.

"Abang ipar kau baru je masuk hospital." Sejak dari hari Eiden masuk hospital, lelaki itu langaung tidak datang untuk menjenguk.

"Aku tahu." Dia juga dapat berita itu daripada isterinya.

"Kau tahu dan kau masih nak bersikap macam ni?" Ini bukan kali pertama mereka bergaduh, tapi ini ialah kali pertama mereka gaduh disebabkan hal keluarga.

"Kenapa kau sibuk sangat nak masuk campur urusan aku?" Ryan sudah semakin bengang.

Liam hanya diam, dia tahu ini bukan urusannya untuk masuk campur. Cumanya, dia tidak mahu melihat Tulip ditinggalkan seorang diri walaupun gadis itu beritahu yang dia tidak apa-apa.

"Atleast, jenguk lah isteri kau dulu." Liam terus keluar dari bilik kerja Ryan. Dia sedikit marah kerana Ryan terus sahaja datang ke A&R's Racing.

"Bro, apa hal?" Soal Andikka yang baru sahaja masuk ke bilik kerjanya sebaik sahaja Liam keluar.

"Entah lah mamat tu tiba-tiba masuk campur hal aku." Ryan menyandarkan kepalanya pada kerusi.

"He's just trying to help." Andikka menjungkit bahu.

"Are you siding with him now?" Wajahnya diraup.

"I'm just saying."

Andikka juga tahu apa yang dibuat oleh Ryan itu salah, tetapi nak buat macam mana jika sahabatnya ini keras kepala?

"Kau tak nak pergi jenguk Tulip ke?" Soal Andikka lagi.

"Nanti lah aku pergi."

"Akak rasa Ryan dah penat dengan Tulip ke?"

"Kenapa cakap macam tu?" Haneesa yang sedang menidurkan Elina dalam dukungannya memandang lembut ke arah Tulip.

"Tak ada lah, dia dah jarang balik rumah, dia pun selalu hilang tanpa khabar." sungguh dia rindukan keberadaan lelaki itu di sisinya.

Sudah lama dia tidak merasakan pelukkan hangat dari lelaki itu. Sekarang ini dia lebih suka tidur di rumah abangnya untuk menemani kakak iparnya. Kalau balik rumah Ryan pun bukannya ada sesiapa di sana, kosong sahaja.

Dia sayangkan lelaki itu lebih dari dirinya, tapi kadangkala dia rasa sunyi juga apabila ditinggalkan seorang diri.

"Jangan lah cakap macam tu, mungkin dia ada sebab dia sendiri hm?" tangan Tulip diusap perlahan.

"Tutu!" jerit Julianna sebelum dia merempuh pintu rumah itu.

"Eish kau ni betina, tak reti ke nak buka pintu tu elok-elok?" nak sahaja dia mengetuk kepala gadis itu.

"Err hehe, sorry, tadi dikka telefon aku... dia cakap Ryan ada dekat tempat racing tu." Ujar Julianna dengan nafas yang tercungap-cungap. Siapa suruh rempuh pintu rumah orang.

"Really?" Bercahaya mata Tulip apabila dia mendengar nama Ryan.

"Jom, aku bawa kau pergi sana." tangan Tulip ditarik membuatkan gadis itu berdiri dari duduknya.

"Akak tak apa ke tinggal sini seorang?" soal Tulip, dia tidak mahu meninggalkan Haneesa seorang diri, lagi-lagi apabila suami wanita itu baru sahaja masuk hospital.

"Tak apa, pergi lah." senyuman manis diberikan.

"Jom!" Tulip yang ditarik itu membiarkan sahaja dirinya ditarik. Bukannya ini kali pertama dia ditarik oleh gadis ini begitu.

Sesampai sahaja mereka di situ, Tulip terus pergi ke bilik kerja Ryan manakala Julianna pula bersama Andikka menunggu di luar.

Mereka berdua tidak mahu masuk campur rumah tangga orang lain. Biar lah Tulip dan Ryan yang selesaikan perkara ini.

"Abang?" perlahan-lahan Ryan menoleh ke arah suara lembut itu.

"Hm? Sayang buat apa dekat sini?" senyuman nipis diukir pada bibir.

"Saya buat apa? Mesti lah saya datang nak tengok abang!" ternaik satu noktah suara gadis itu. Dia tidak bermaksud untuk meninggi suara.

"Kenapa tak duduk dekat rumah je?" dia baru sahaja ingin pulang, tahu-tahu isterinya sudah berada di depan muka.

"How can I sit at home when you just disappeared?!" hatinya yang lemah merasa ingin menangis sahaja, tetapi dia tidak mahu kelihatan lemah dihadapan suaminya.

"I'm back now right?" dia cuba untuk memeluk isterinya namun gadis itu pantas mengelak.

"No! Don't touch me until you explain yourself." tegas Tulip bersuara.

"Alright, just listen..."

Tulip mengangkat sedikit keningnya sambil berpeluk tubuh. Dia menunggu untuk penerangan dari lelaki itu namun yang dia dapat hanyalah kebisuan.

"Saya dengar ni, cakap lah?"

Diam.

"Kau rasa diaorang akan okay ke?" Julianna yang sedang mencuri dengar itu menyoal.

"I hope so." Balas Andikka yang berada di sebelahnya.












Agaknya apa yang jadi nanti?

Tulip [OG]Where stories live. Discover now