Hanif tiba di gudang itu dengan beberapa orang suruhannya. Dia melangkah ke arah Tulip sebelum mencangkung di hadapan gadis itu.
"Lapar?" Soal Hanif lembut.
Tulip hanya mendiamkan diri, malas mahu melayan lelaki itu.
"Bila aku tanya... Jawab!!!" Hanif mencengkam rahang Tulip untuk membuat gadis itu memandang ke arahnya.
"Aku tanya lagi sekali...lapar?" Soal Hanif, intonasinya berubah lembut semula.
Tulip hanya menggeleng sambil memandang tajam ke arah lelaki itu.
Hanif membuat isyarat tangan sebelum salah seorang dari pengikutnya mengambil pisau kecil dan diberikan kepada Hanif.
Hanif menghiris pisau itu di pipi mulus Tulip sehingga mengeluarkan sedikit darah.
"Erghh..." Tulip menutup matanya menahan rasa pedih apabila pipinya dihiris sebegitu.
Hanif menarik tangannya semula sebelum dia tersenyum sinis.
"Sakit? Sakit lagi bila kau tinggalkan aku tanpa khabar." Hanif melepaskan tawa kecil.
Hanif merapatkan wajahnya pada pipi Tulip yang terhiris itu sebelum lidahnya menjilat darah yang mengalir di wajah Tulip.
"Arghh!" Tulip mengalihkan wajahnya ke tepi cuba untuk menahan rasa jijik apabila diperbuat sebegitu.
"Kau takkan boleh lepas dari aku." Kata Hanif sebelum dia memasukkan tangannya dari bawah baju Tulip.
"Apa kau buat ni?!" Soal Riana yang baru tiba di situ.
Hanif yang melihat ketibaan Riana itu terus menarik semula tangannya. Argh! Kacau betul lah!
"Kau buat ape sini?" Soal Hanif.
"Apa kau ingat aku dah habis seksa dia? Aku belum mula pun lagi." Balas Riana sebelum dia tersenyum sinis.
"Bagi aku mula dulu." Ujar Hanif.
"Hah? Kau tahu tak berapa lama aku tunggu untuk saat ni?! Aku dulu!" Balas Riana pula.
"Ini semua idea aku! Jadi aku mula dulu!"
Tulip yang melihat perbalahan mereka berdua itu mengerutkan dahinya. Korang nak seksa aku ke seksa satu sama lain ni?
"Fine, aku bagi kau mula dulu." Ucap Riana yang akhirnya mengalah.
Hanif tertawa sinis kerana tahu dia sudah menang.
"Aku datang balik esok." Ujar Riana sebelum dia keluar dari gudang itu untuk pulang memandangkan hari sudah malam.
"Finally, I have some time with you." Hanif tersenyum nipis sebelum dia mencangkung semula di hadapan Tulip.
"You've gotten more beautiful Tulip..." Hanif mengusap perlahan hirisan di pipi gadis itu, kalau dibiarkan memang akan jadi parut.
"Aku memang cantik, kau je hodoh." Bidas Tulip perlahan.
"You've gotten bold now aren't you?" Hanif tersenyum sinis.
"I am." Tulip memandang kosong ke arah lelaki itu.
Pang!!
Satu tamparan hinggap di pipi gadis itu membuatkan dia terteleng ke kanan.
"Kau lambat sangat bagi aku rasa kau dulu, sebab tu aku rasa kakak kau tu dulu." Ujar Hanif membuatkan Tulip melepaskan tawa sinis.
"Macam mana? Sedap tak rasa penyondol?" Balas Tulip.
"Sedap.. Sedap sangat... Buat kan aku tertanya macam mana rasa kau..." Hanif merapatkan wajahnya ke wajah gadis itu.
YOU ARE READING
Tulip [OG]
Romance"Kita putus, Aku dah ada yang lebih baik dari kau." Apa yang dirasakan apabila kita putus dengan orang yang kita sayang? Sakit? Benci? Sedih? "Keluar dari rumah ni, aku tak nak tengok muka kau lagi!" Atau lebih sakit apabila diusir oleh keluargany...