Dewan hotel itu sudah pun kosong apabila tamat sahaja majlis persandingan mereka.
"Tulip, can we talk for awhile?" Soal Eiden lembut.
Tulip memandang ke arah Ryan yang sedang bercakap dengan Liam sebelum lelaki itu mengangguk.
"Sure, awak nak cakap apa?" Semyuman manis diukir pada wajah cantik itu.
"What if I tell you that Riana is your stepsister and not your biological sister?" Mata coklat keemasan milik gadis itu dipandang lama.
"H-hah? Apa maksud awak?" Tulip menayangkan wajah bingung. Wajah tampan di hadapannya itu dipandang lama.
"Look, I don't know where to start but, me, Putera Eiden, is your biological brother." Jujur Eiden berkata, sungguh dia tidak tahu bagaimana hendak memberitahu gadis itu.
"Hah? Tapi saya dah lama tinggal dengan papa dan mama, macam mana pula awak jadi abang saya?" Mata coklat keemasan lelaki itu dipandang, mencari jika ada sebarang penipuan di dalamnya.
Eiden melepaskan keluhan panjang, dia bersandar pada meja dengan tangan yang naik memeluk tubuh. Mata adik perempuannya di pandang semula. Dia tidak tahu macam mana dia mahu menjelaskan semuanya.
"Perempuan yang kau panggil mama tu bukan mak sebenar kau, itu ialah pengganti mummy."
"A-apa maksud awak, pengganti mummy?" Wajah Eiden dipandang untuk penjelasan.
"Papa tinggalkan mummy and abang sebab papa tak sanggup nak tanggung mummy lagi sebab..."
"Sebab mummy ada cancer waktu tu." Sambung Eiden.
"W-what?" Semakin berkaca mata gadis itu mendengar penjelasan dari Eiden.
"I was four years old that time, tapi abang faham semua yang terjadi, abang nampak dan dengar semuanya sendiri. Papa ambil Tulip dan dia bawa lari, tinggalkan abang dengan mummy sendirian." Sambung Eiden lagi sebelum dia melihat wajah adiknya yang sudah basah.
Tulip dengan air mata seperti kembar, berpisah tiada.
"We've got the same golden brown eyes, just like mummy." Senyuman manis diukir di wajah tampan itu.
Tangisan Tulip terhenti apabila dia tersedar sesuatu, hanya matanya seorsng sahaja yang berwarna coklat keemasan di dalam rumah itu. Tuan Rizal mempunyai warna mata coklat gelap bersama dengan Riana dan Puan Dahlia.
"T-tapi... Riana..."
"Riana bukan darah daging papa, mama kau tu janda, and Riana lah anak dia." Balas Eiden yang seperti sudah tahu apa yang ingin ditanyakan oleh gadis itu.
"T-then... Mummy..."
"Mummy survived." Dia juga tidak sangka yang wanita separuh abad itu akan dapat bertahan.
Makin banjir air mata di wajah cantik gadis itu sebelum lantas tubuhnya ditarik dalam pelukkan abangnya.
"You won't know how long I've been searching for you... Sorry I'm late." Pelukkan pada gadis itu dieratkan sebelum Tulip menangis teresak-esak di dalam pelukkan abangnya.
Eiden melepaskan pelukkannya selepas gadis itu sudah berhenti menangis.
"Jadi... Pertemuan kita malam tu bukan lah suatu kebetulan?" Dia masih ingat lagi dimana Eiden yang membantunya ketika dia diganggu dengan beberapa sekumpulan lelaki.
Eiden mengangguk, memang sudah lama dia menjaga adiknya daripada jauh. Dia cuma tidak tahu bila masa yang sesuai untuk mendekati gadis itu.
"Kalau nak tahu, waktu adik kena halau rumah tu, abang yang tolong." Senyuman lebar ditayangkan sehingga nampak gusinya.
YOU ARE READING
Tulip [OG]
Romance"Kita putus, Aku dah ada yang lebih baik dari kau." Apa yang dirasakan apabila kita putus dengan orang yang kita sayang? Sakit? Benci? Sedih? "Keluar dari rumah ni, aku tak nak tengok muka kau lagi!" Atau lebih sakit apabila diusir oleh keluargany...