Bab 27

13 3 1
                                    

"Jadi, bapak kau yang culik kau selamani?" Soal Eiden untuk kepastian.

Ryan mengangguk.

"Abang tahu tak betapa risaunya kitaorang?!" Bahu suaminya dicubit sedikit.

"I'm sorry flower, didn't mean to upset you." Pipi gebu gadis itu dicium sekilas.

"Kenapa tak inform apa-apa dekat kitaorang?" Soal Andikka pula.

"Telefon aku tertinggal dekat hospital tu." Dia masih teringat yang telefonnya terjatuh dari poket seluarnya semasa dia diculik.

"Beli yang baru je lah, yang tu dah pecah." Kata Liam yang hanya diam minum air kelapa terus dari buahnya.

"Hmm." Ryan mengangguk. Sudah tentu lah akan pecah, kerana telefon itu terjatuh semasa dia diangkat ke atas bahu salah seorang lelaki berbadan sasa itu.

"Habistu macam mana budak ni boleh ada tidur dalam rumah tu?"

Olivia yang menceritakan pada mereka kenapa dia sangat bengang. Dia jumpa lelaki ini sedang tidur santai di dalam salah satu bilik di rumah itu, dia sudah hampir nangis kerana terlalu risau. Boleh pula lelaki itu ketawakan dia.

"Liam, kau yang hantar dia datang cari aku kan?" Semua mata memandang ke arah Liam.

"Hm." Balas Liam malas. Orang tengah layan air kelapa, jangan kacau.

"Jadi?" Semua mata memandang ke arah Ryan semula.

"Jadi, Kitaorang rancang je yang budak ni kena culik supaya korang datang." terang Ryan dengan muka tak bersalah.

"HAHH?!" mereka semua memandang Ryan dengan wajah yang sukar ditafsir.

"Hari ni memang hari menjerit ke?" Telinganya digosok, dari tadi asyik menjerit aje. Boleh tercabut telinga dia ni tahu.

"Astaghfirullah!" Tulip memegang dadanya yang sedang berdegup laju. Nafasnya tidak teratur, peluh di dahi dibiarkan jatuh.

Mimpi buruk.

Sudah beberapa hari dia asyik mimpi buruk, walaupun sudah membaca banyak doa sebelum tidur, dia tetap akan mimpi. Yang peliknya, mimpi itu ialah mimpi yang sama setiap hari.

"Flower? Kenapa ni?" Rambut isterinya dicium lama, wangian pada rambut isterinya itu membuatkan dia obses.

"Nightmares." Tangannya terus naik memeluk tubuh Ryan yang sedang mencium rambutnya.

"Lagi? Sayang tak nak bagitahu ke sayang mimpi apa?" Ryan mengusap lembut parut yang berada di pipi isterinya.

"Jangan lah, buruk lah." Dia tidak suka apabila orang menyentuh parut di wajahnya itu. Dia rasa seakan parut itu membuat wajahnya menjadi lebih buruk.

"Kalau buruk tak ada lah orang asyik kacau flower je."

"Tapi-"

Cup!

Bibir merah jambu Tulip dicium dengan lembut. Wajah Tulip semakin merah apabila Ryan tidak melepaskan ciuman mereka.

Tulip menolak badan lelaki itu supaya jauh darinya. Dia berlari masuk ke dalam bilik air kerana malu.

"Sayang, abang nak mandi, kenapa masuk bilik air tu?"

Diam.

"Ke nak mandi sekali?" Usik Ryan lagi membuatkan pintu bilik air itu dibuka kasar.

Dia memanggil Ryan menggunakan jari telunjuknya, Ryan pula hanya mengikuti suruhan gadis itu.

"Kenapa?" Ryan menyilangkan tangannya di hadapan bilik air itu.

"Nak mandi sekali kan?" Tulip menarik kepala shower yang agak panjang itu sebelum dihalakan ke arah Ryan.

"Kenapa-"

Tiba-tiba air keluar dari shower itu tepat mengenai wajah Ryan.

"Hehe, macam mana? Seronok mandi?" Usik Tulip yang sedang tersengih seperti kerang busuk. Suka ye kena kan orang.

Melihatkan wajah Ryan yang tegang sahaja, Tulip mengambil satu langkah ke belakang.

"Wanna play huh?" Ryan tersenyum sinis.

"Huarghhh!!! Abang!!" Terkejut dia apabila lelaki itu mengangkatnya sehingga ke paras bahu.

"Nak main kan? Okay kita main." Pintu bilik air ditutup menggunakan kakinya.

Ehem.

Tulip bermain dengan jarinya sendiri di hujung katil sambil menunggu Ryan siap mandi.

"Flower?" Tulip terus menoleh ke arah suara lelaki itu.

Kakinya terus diangkat berlari sebelum pinggang lelaki itu dipeluk erat. Wangian dari badan lelaki itu sangat wangi.

"Kenapa ni?" Soal Ryan lembut, pipi isterinya di cium sekilas.

"Abang jangan tinggalkan saya tau." Pesan Tulip tiba-tiba.

"Kenapa cakap macam tu? Abang tak akan tinggalkan sayang." Wajah isterinya diangkat sebelum mata mereka bertembung.

"Betul ni?" Soal Tulip untuk kepastian.

"Kenapa? Muka abang masih nampak macam penipu ke?"

"Haah." Tulip tersengih kecil.

"Dah pandai kena kan orang ye sekarang?" Dia mencubit kedua belah pipi isterinya.

"Aaaaa! Sakit lah!" Tangan lelaki itu ditepuk-tepuk.

"Can't help it, you're cute." Pipi isterinya di cium berkali-kali.

"Stopppp!" Wajahnya dijauhkan dari wajah tampan itu.

"Dah lah, jom tidur." Ryan menarik tangan isterinya ke arah katil dengan lembut.

Mereka berdua naik ke atas katil sebelum melelapkan mata mereka, Tulip elok berbaring di atas lengan suaminya.

"Sampai bila kau nak simpan rahsia tu?" Soal Andikka yang sedang minum kopi bersama Liam.

Liam menjeling sekilas. 'Apahal mamat ni tiba-tiba ajak mengopi?'

"Kenapa tak duduk dengan scandal kau tu?" Soalan dari Liam membuatkan Andikka mengeluh perlahan.

"Entah, dia macam lain." Dia sendiri pun tidak tahu bagaimana hendak menjelaskan perkara itu. Dia cuma rasa sesuatu yang berbeza.

"Same." Gumam Liam perlahan.

"Hahh?"

"Sama."

"Sama? Kau rasa benda yang sama macam aku?" Andikka mendekatkan wajahnya.

"Apa yang kau rasa?"

"Aku rasa nak berak." Andikka tersenyum nakal sebelum kepalanya diketuk oleh Liam.

"Auchh!"

Liam menjeling. Suka betul jeling orang.

"Tak adalah, aku rasa macam dia dah tak layan aku macam biasa." Andikka menjungkit bahu.

Liam kembali menghirup kopinya. Dia juga rasa seperti ada sesuatu yang tidak kena, tapi apa dia?

"Dah lah, aku nak tidur. Oh ye! Pasal rahsia tu, jangan lah simpan lama-lama." Pesan Andikka dengan senyuman manis sebelum dia meletakkan cawan di singki dan naik ke atas.

Rahsia... Dia teringat semula pada rahsia yang dia beritahu kepada Liam.








Aku suka Tulip...






Bau-bau second lead ke ni?

Tulip [OG]Where stories live. Discover now