Bab 17

10 3 1
                                    

Tulip hanya memerhati Ryan dari jauh dengan tangan yang memegang hot chocolate.

Julianna sudah menceritakan daripada A hingga Z tentang Ryan dan Andikka. Dia datang ke sini pun kerana Julianna yang ingin berjumpa dengan Andikka, selepas peristiwa itu berlaku, dia tidak dibenarkan untuk seorang diri lagi.

Ryan yang baru habis berlumba itu nampak extra hot dengan compression shirt berwarna hitam yang dipakai oleh lelaki itu. Rambutnya yang agak panjang dibiarkan tidak disikat.

Ryan mengelap peluh di wajahnya dengan hujung baju miliknya membuatkan baju itu sedikit terangkat dan menampakkan otot di perutnya.

Tulip memandang dengan mata yang tidak berkelip sebelum wajahnya perlahan-lahan berubah menjadi merah.

Ryan yang perasan dirinya seperti sedang diperhati terus menoleh ke arah Tulip sebelum mata mereka bertembung. Tulip yang sudah malu itu terus menyorokkan wajahnya membuat Ryan melepaskan tawa kecil.

"Flower." Panggil Ryan lembut, perlahan-lahan Tulip mengangkat wajahnya.

"Jom kahwin?" Soal Ryan tiba-tiba membuat Andikka dan Julianna yang sedang melangkah ke situ terhenti.

"H-hah?!" Terbungkam mata Tulip apabila lelaki itu tiba-tiba sahaja ajaknya kahwin.

"Yes or no?" Soal Ryan sambil menyengetkan kepalanya.

"Hah? Err..." Tulip memandang ke arah Julianna dan Andikka yang sedang mengangkat ibu jari ke arahnya.

"T-tapi... Saya takut..." Anak mata coklat Tulip memandang ke dalam anak mata hitam Ryan yang tidak lekang memandang ke arahnya.

"I know, it's okay, you're with me now... there's nothing you have to be scared of." Balas Ryan lembut sebelum dia mencangkung di hadapan gadis itu.

"Aku tahu aku lambat selamatkan kau masa tu, but this time, Aku tak akan lambat lagi sebab kau akan duduk dalam jagaan aku sepanjang masa." Sambung Ryan lagi.

"I know I'm not good with words, but I'm a man with his word."

"Marry me, bunga." Ucap Ryan dengan lembut membuat Tulip terkedu.

"Okay." Balas Tulip sepatah sebelum dia tersenyum manis, Ryan membalas senyuman gadis itu sebelum tangannya naik mengusap parut di wajah cantik Tulip.

"Awwwwwwww." Asher dan Olivia yang sedang memerhati dari jauh itu membuat muka terharu.

Liam yang sedang bersandar pada Porsche Gt3rs berwarna space blue dan hitam itu hanya menggeleng perlahan.

"They're so cuteee, I'm gonna diee!" Ucap Olivia yang sudah terbaring di atas lantai dengan dua belah tangannya yang menggenggam satu sama lain sambil diletakkan di dadanya.

"If you die, who am I going to get married with?" Soal Asher dengan bibir yang disebikkan ke hadapan.

"Aww, we will get married first before I die okay?" Pujuk Olivia sambil mencubit kedua belah pipi Asher itu.

Liam pula? Sebelum Asher sempat bersuara lagi dia sudah melangkah pergi dari situ. Geli!!

Eiden hanya memandang tajam ke arah Hanif dengan tangan dan kaki yang disilangkan. Bilik soal siasat itu hanya penuh dengan kesepian.

"So, kau memang plan nak diam je ke?" Soal Eiden pada Hanif yang langsung tidak menjawab soalannya sedari tadi.

Hanif hanya memandang ke bawah, dia tidak mahu memandang ke arah mata lelaki itu.

Tulip [OG]Where stories live. Discover now