Bab 23

20 3 1
                                    

"Tutu, kau dah bangun!" Julianna memegang lembut bahu sahabatnya itu.

"Juju..." Pandangan kosong diberikan pada gadis itu.

"Mana Ryan? Mana suami aku?" Soal Tulip dengan nada yang perlahan.

"Ryan belum sedar lagi." Diusap lembut bahu sahabatnya untuk memberikan sokongan.

"Apa yang dah jadi...?" Dia langsung tidak ingat apa yang telah terjadi pada malam itu.

"Kau tak ingat?" Tulip menggeleng pada soalan Julianna.

"Kau dengan Ryan terlibat dalam kemalangan..." Mendengarkan itu, Tulip menunduk ke bawah sebelum dia teringat semula perkara yang terjadi.

"Siapa yang selamatkan kitaorang?" Soal Tulip, fikirannya bermain semula pada lelaki berhoodie yang turut berada di kawasan kejadian.

Bukannya dia tidak perasan akan kehadiran lelaki itu, tetapi dia terlalu risau terhadap suaminya yang membuatkan dia langsung tidak menghiraukan lelaki berhoodie itu.

"Kak Hanee." Balas Julianna.

Pintu bilik itu dibuka dengan perlahan dari luar sebelum muncul lah dia pasangan bersama anak perempuan mereka.

"Tulip dah bangun ye?" Haneesa tersenyum manis pada gadis itu.

Elina yang berada di dalam dukungan Eiden itu menepuk-nepuk tangan bapanya untuk memberi isyarat menurunkannya. Dengan perlahan-lahan Eiden menurunkan gadis kecil itu.

Elina berlari anak ke arah katil yang terletak Tulip itu. Wajah Tulip dipandang lama.

"Mummy." Panggil anak kecil itu.

"Hey, itu maksu awak ler, bukan mak awak." Kata Eiden sambil bercekak pinggang.

"Alah, awak ni, apa salahnya dia panggil adik ipar saya mummy?" Haneesa menepuk sedikit bahu suaminya.

"Eh salah lah, awak tu yang mak dia, bukan budak ni." Eiden mengecilkan matanya membuatkan Haneesa menggeleng kecil.

"Mama, up!" Elina menangkat tangannya yang pendek ke udara, memberitahu supaya wanita itu mendukungnya.

Perlahan-lahan Haneesa mengangkat tubuh kecil itu sebelum diletakkan di atas katil bersama Tulip.

"Mummy." Elina menepuk-nepuk kaki Tulip yang melunjur itu, entah apa yang dia cuba sampaikan.

Senyuman manis diukir untuk gadis kecil itu sebelum ianya memudar semula, dia ingin melihat suaminya, dia risaukan tentang keberadaan suaminya.

"Abang, adik... nak tengok suami adik." Ujar Tulip seperti sedang merintih.

Eiden menyandarkan dirinya pada pintu yang berada di belakangnya, nafas panjang dihembuskan.

"Keadaan dia masih belum stabil, nanti kalau dia dah okay abang bawa adik pergi tengok ye?" pujuk Eiden lembut. Dia tidak mahu adiknya bersedih berlebihan, sudah lah mereka baru sahaja berkahwin.

Tulip menggeleng laju, dia memandang lama ke arah Eiden dengan air mata yang bertakung. Tangannya mencengkam kuat selimut yang berada di atas tubuhnya.

"Tak nak, adik nak tengok sekarang..." suaranya menjadi semakin serak kerana menahan tangisan.

"Abang akan bawa adik tengok Ryan, tapi bukan sekarang." Tegas Eiden tetapi nadanya masih lembut. Bukannya dia tidak mahu bawa adiknya melihat suami sendiri, tetapi doktor yang tidak benarkan mereka masuk.

"Aku nak suami aku Juju... aku risaukan dia, aku nak..." Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, air mata sudah mengalir dengan deras yang memotong percakapannya.

"Okay, nanti aku bawa kau pergi tengok okay? Tapi kau kena rehat dulu ye?" Bahu sahabatnya diusap perlahan untuk menenangkannya.

"Mummy, no cry." ibu jari kecil kanak-kanak perempuan itu menyeka air mata yang jatuh di pipi Tulip.

"Tulip..." Haneesa perlahan-lahan mendekati tubuh lemah gadis itu.

"It's okay to cry, tapi Tulip kena jaga diri juga ye?" Belakang badan gadis itu diusap perlahan.

Bum!

Eiden terjatuh ke belakang apabila pintu bilik itu dibuka kasar dari luar.

"Aduh! Sakit lah, tak reti ketuk ke?" Marah Eiden sambil menggosok bontotnya yang sakit.

"kau sandar pintu siapa suruh?" Pelat Asher bertutur dalam bahasa melayu.

"Bangang!" Maki Asher dengan fasih.

Eiden bangun sebelum menjeling tajam ke arah lelaki itu. 'Kau mencarut lancar pula!'

"Tulip how are you?" Tegur Asher ramah dengan senyuman nipis.

"Ceh, dengan dia kau lembut pula." Bisik Eiden keras. Geram sahaja dia melihat jejaka berambut coklat di hadapannya itu.

Eiden memandang tajam dari arah belakang Asher, nak sahaja dia tumbuk kepala lelaki itu. 'Kau dengan awek rambut merah kau sama je.'

Sekurang-kurangnya ada Liam yang masih dapat dibendung perangainya. Walaupun lelaki itu agak psycho. Bukannya dia tidak tahu lelaki itu adalah ketua gangster di New York. Dia malas ingin masuk campur, biar lah polis di negaranya yang uruskan.

Tulip menyeka sisa air matanya sebelum dia memandang ke arah Asher yang sedang memandangnya dari tadi.

"I have some... bad news and good news, which one do you want to hear first?" kini wajahnya berubah menjadi serius.

"Is it that bad?" Asher mengangguk pada soalan Tulip.

"Good news first then."

"Ryan is stable now." balas Asher membuatkan mereka yang berada di ruangan itu berasa lega, terutamanya Tulip.

"And the bad news is?" Tulip menunggu jawapan dari lelaki itu.

"He's nowhere to find." Jujur Asher, Liam yang menyuruhnya untuk menyampaikan berita ini sebaik sahaja mereka tiba di situ.

Pada awalnya mereka datang untuk melawat sebaik sahaja mendapat panggilan dari hospital yang keadaan Ryan sudah stabil. Malangnya, apabila mereka tiba di situ tiada satu pun kesan kewujudan lelaki itu di situ.

Nampaknya semua wayar dan jarum telah dicabut, hanya tinggal telefonnya sahaja di situ, itu pun sudah pecah. Keadaan biliknya turut bersepah.

Terasa seperti jantungnya baru sahaja jatuh, dengan pantas tangisan Tulip turun dengan deras. Dia berasa takut, takut kehilangan seseorang yang dia sayang lagi. Dia tidak mahu perkara itu berulang.

'Abang...' Terbayang wajah Ryan difikirannya.

Tulip [OG]Where stories live. Discover now