Bab 25

13 2 0
                                    

Flashbacks

Pak!

"More!!" Lelaki tua itu merotan kaki Olivia yang sudah kemerahan.

Patung yang diperbuat dari kayu itu dipukul dengan kuat buat kali terakhir sebelum tangan kecil Olivia mengeluarkan darah.

Ini lah hidupnya sepanjang hari, dia perlu berlatih dari pagi hingga malam oleh bapanya. Jika ada silap walau sedikit dia pasti akan dirotan hingga separuh mati.

"Huh! Weak!" Bidas lelaki separuh abad itu sebelum dia keluar dari bilik berlatih.

Selang beberapa saat, Olivia terduduk di atas lantai dengan air mata yang membanjiri wajahnya yang comel. Tangannya bertindak untuk memeluk lututnya sebelum disembamkan wajahnya ke dalam.

"Liv..." Rambut coklat pendek adiknya itu diusap perlahan.

Liam tersenyum nipis, pasti adiknya nangis sehingga tertidur sendiri. Seperti selalu...

"I'm sorry that I can't be a good brother for you..." Dia mengambil tempat di sebelah adiknya. Dia akan sentiasa rasa bersalah apabila melihat adiknya sebegitu.

Dia juga tidak tahu apa yang dia boleh buat untuk membantu adiknya. Dirinya sendiri juga tidak terurus dengan rapi. Setiap hari ada sahaja luka di badannya.

Darah yang mengalir di pipinya diseka perlahan. Tubuh adiknya didukung dengan berhati-hati sebelum dia membawa menuju ke bilik mereka.

Mereka perlu berkongsi bilik memandangkan bapa mereka tidak benarkan untuk mereka tidur asing kerana akan makan ruang di rumah ini.

Tubuh adiknya diletak perlahan ke atas katil. Bekas ubat diambil sebelum dia mengubati luka pada adiknya sebelum dirinya.

"I'll protect you." Bisik Liam pada Olivia yang sedang tidur nyenyak.

Liam memegang erat tangan adik perempuannya sambil berdiri di belakang ayah mereka. Di hadapan mereka sekarang ini terdapat sebuah kumpulan gangster yang besar dari daerah yang lain.

"You will be going with them today." Ujar Mr Anderson iaitu ayah kepada Liam dan Olivia secara mendatar.

"What? But-"

"Go!" Tersentak Liam apabila ayahnya memotong percakapannya begitu.

Olivia memandang riak wajah abangnya yang sukar untuk ditafsir. Dia mengeratkan pegangan tangan abangnya.

Mr Anderson menganggukkan kepalanya pada salah seorang daripada kumpulan gangster tersebut.

Lelaki itu menuju ke arah Liam sebelum dia menarik tangan kanak-kanak lelaki itu. Namun, Liam pantas menepis.

"Don't touch me! I can walk by my own." Anak mata hijau gelapnya menikam ke dalam anak mata lelaki itu. Dia dikurniakan dengan mata yang berwarna hijau gelap seperti ibunya. Manakala Olivia pula mempunyai heterochromia, di mana sebelah matanya berwarna hijau gelap dan sebelah lagi berwarna coklat gelap.

Liam berjalan ke arah kereta yang akan membawa mereka sambil memimpin tangan Olivia.

Setelah mereka masuk ke dalam kereta, kereta itu bergerak dengan laju membawa mereka ke suatu tempat yang sangat jauh dari rumah.

Selang beberapa jam, akhirnya mereka tiba ke suatu rumah agam yang besar. Mungkin rumah ini ialah milik para samseng tersebut.

Mereka keluar dari kereta sebelum berdiri di hadapan pintu pagar yang sangat besar.

Pintu pagar tersebut dibuka sebelum ada seorang lelaki tua yang berjalan ke arah mereka, walaupun tua dia masih boleh berjalan seperti anak muda. Terdapat juga anak kecil yang rambutnya berwarna pirang terang dengan mata hazel yang sedang menyorok sambil memegang hujung baju lelaki tua itu.

Mungkin anaknya? Tetapi budak lelaki itu nampak terlalu muda untuk menjadi anak lelaki tua ini.

"Welcome!" Sambut lelaki tua itu dengan ramah.

Liam menayangkan wajah keliru, ini ialah rumah kepada seorang samseng tetapi kenapa suasananya terlalu ceria.

Sesudah Liam dan Olivia masuk ke rumah besar itu, mereka duduk di sofa yang berada di ruang tamu bersama lelaki tua dan kanak-kanak lelaki itu tadi. Mereka juga telah dihidangkan teh panas dan beberapa keping biskut coklat.

"So, what's your both name?" Lelaki tua itu memulakan perbualan sebelum dia menghirup tehnya.

"Liam. This is my sister, Olivia." Balas Liam. Tangannya langsung tidak melepaskan tangan Olivia.

"You both had a pretty eyes." Puji lelaki tua itu.

"My name's brendson, just call me sir and this is my grandson, Asher." Sekilas dia mengusap rambut cucunya itu. Jika dilihat semula, mereka berdua memang ada banyak persamaan dari segi fizikal.

Boom!

Letupan yang kuat itu mengejutkan Liam dan Olivia. Mereka berdua keluar dari bilik walaupun disuruh untuk tidak keluar.

"Papa!" Asher cuba mengangkat kereta yang telah menindih atuknya oleh sebab letupan tadi. Dia memang memanggil atuknya 'papa' memandangkan atuknya yang menjaganya daripada bayi.

Olivia yang melihatkan itu segera berlari ke arah Asher untuk membantunya.

"Liv!" Liam cuba mengejar adiknya namun tiba-tiba ada api yang marak muncul di rumah itu membuatkan dia terkejut.

"What are you doing here?! Go!" Marah Asher apabila dia turut melihat Olivia yang menolongnya.

Olivia langsung tidak menghiraukan kata-katanya dan terus membantu untuk mengangkat kereta yang berat itu.

"Asher, just go..." Brendson yang melihat api semakin marak itu menyuruh cucunya untuk pergi. Dia tidak mahu kehilangan cucunya, biar lah dia sahaja yang pergi.

"No!" Asher menggeleng dengan air mata yang membanjiri wajahnya.

"Asher! It's okay, so go!" Lelaki tua itumemberikan senyuman terakhir buat kanak-kanak lelaki itu.

Agak sukar untuk Asher melakukan ini, tetapi dia pasti yang atuknya mahu dia hidup dan selamatkan diri dari dunia ini.

Boom!

Tiba-tiba sahaja kereta yang menghempap lelaki tua itu meletup. Sempat Asher menarik Olivia ke dalam pelukkannya supaya gadis kecil itu tidak tercedera.

"Come!" Asher menarik tangan Olivia sebelum dia berlari masuk semula ke dalam rumah.

"Liam!" Liam yang terduduk di lantai itu juga ditarik sebelum dia membawa dua beradik itu ke belakang halaman rumah. Di situ terdapat sebuah pintu kecil. Mereka berdua menyelamatkan diri menggunakan pintu itu.

17 tahun kemudian

"Bro, I've got a new comer." Ujar Asher dengan beberapa orang di belakangnya.

"Call Liv here." Arah Liam sebelum Asher mengangguk.

"Darling?" Panggil Asher lembut.

Olivia telah mengungkapkan perasannya pada Asher dan kini mereka telah bersama. Liam juga tidak kisah mengenai hal ini, selagi Asher menjaganya dengan baik.

"How do I look?" Rambut merahnya yang baru sahaja diwarnakan itu dikibarkan.

"Stunnin." Satu ciuman diberikan pada pipi gadis itu sebelum dia merangkul pinggang Olivia supaya mengekori langkahnya.

"We're now a family, not just a gangster. Got it?" Umum Liam sebaik sahaja Asher dan Olivia muncul semula.

"Yes sir!!" Anggota yang lain menunduk hormat ke arahnya, Liam yang menjadi ketua memandangkan dia lah yang paling tua di situ.

Bukan itu sahaja mereka turut menjadi jutawan yang berjaya di New York. Liam dan Olivia telah diambil untuk menjadi model dan Asher pula ialah seorang arkitek.

Tulip [OG]Where stories live. Discover now