Bab 19

7 3 1
                                    

Eiden meramas rambutnya sehingga menjadi kusut sebelum dia menghempas meja kerjanya.

"Macam mana natang tu boleh terlepas?!" Soal Eiden dengan nada yang sedang marah.

Dia baru sahaja pulang dari dinner bersama isteri dan anaknya, tiba-tiba markas menelefonnya untuk memberitahu yang Hanif sudah terlepas dari penjara.

"Kami tak pasti, salah satu anggota kami baru sahaja pergi untuk memeriksa keadaan dia, tetapi sel penjara sudah berlubang kerana dipotong." Terang salah seorang anggota polis di situ.

"Arghh! Pergi detect location dia, now!" Arah Eiden sebelum dia mengambil helmet dan kunci motornya.

"Baik inspektor, Inspektor Eiden nak pergi mana?" Soal anggota polis itu.

"Cari gorilla yang terlepas dari kandang tu lah!" Jerit Eiden yang sudah keluar dari bilik itu.

Eiden membawa motornya dengan laju membelah jalan raya sebelum dia menelefon Ryan.

"Hello?" Ryan mengangkat panggilan itu dengan suara yang serak. Sedang tidur mungkin, memandangkan hari sudah malam.

"Mana Tulip sekarang ni?" Soal Eiden yang seperti sedang tergesa.

"Dekat penthouse dia lah, kenapa?" Balas Ryan.

"Hanif terlepas dari penjara." Balas Eiden yang sedikit tenang.

"Tahu, dia kacau aku dating semalam." Balas Ryan tenang, walhal hatinya sedang risau.

"Kenapa tak bagitahuu?!!" Jerit Eiden di dalam telefon itu.

"Mana aku tahu dia masuk penjara, ingatkan dia haiwan yang terlepas dari habitat dia."

"Kau buat lawak apa ni setan?!" Marah Eiden, orang sedang serius dia main-main pula.

"Nak aku buat apa? Aku ngantuk lah, bye." Ujar Ryan sebelum dia mematikan panggilan.

"Tak guna! Aku tak restu kau kahwin dengan adik aku karang!!" Marah Eiden yang sedang membawa motor dengan laju itu.

Dumm!!

Tulip yang sedang tidur itu terus terjaga apabila dia mendengar dentuman yang kuat dari arah dapurnya.

Tulip perlahan-lahan menyelubung di dalam selimut sebelum dia mencapai telefonnya yang berada di atas meja kecil sebelah katil.

Dum!!

Semakin kuat dan semakin dekat bunyi dentuman itu membuatkan Tulip semakin takut dan panik. Dia cuba untuk menghantar mesej kepada Ryan tetapi hanya one tick sahaja yang dia dapat.

Kemudian dia cuba untuk menelefon Julianna tetapi tetap sama, tiada jawapan. Pasti gadis itu sedang tidur mati sekarang ini.

"Ya Allah, tolong lah aku..." Tangan Tulip sedang mengigil hebat. Dia masih belum dapatkan peristiwa di mana dia diculik tempoh hari.

Hanif yang sedang memegang pistol dan speaker perlahan-lahan berjalan di ruang tamu gadis itu dan mendekati bilik tidurnya.

Bang!

Tiba-tiba lampu ruang tamu gadis itu terbakar akibat ditembak oleh seseorang. Hanif yang terkejut itu terus menjatuhkan speaker sebelum dia menghalakan pistolnya di sekeliling rumah itu.

"S-siapa tu?!" Soal Hanif apabila dia mendengar suara tapak kaki yang semakin dekat.

"Jangan dekat, kalau tak aku tembak!!" Hanif memberi amaran.

Zzink!

Dalam sekelip mata Hanif sudah tidak bernyawa di lantai akibat lehernya dikelar oleh pisau lipat kecil.

Tulip [OG]Where stories live. Discover now