"Adik tetap nak ikut!"
"Tak boleh Tulip, bahaya." Eiden mengecilkan matanya pada gadis itu.
"Tapi dia tu suami adik!" Tulip makin berkeras.
Eiden dan Liam yang membuat perancangan untuk selamatkan Ryan dan Asher.
Walaupun Asher adalah seorang samseng, dia tidak reti berlawan. Dia hanya tahu basic sahaja dan kebanyakkannya ada di otaknya. Ye, walaupun nampak bodoh tetapi sebenarnya dia lah yang paling pandai antara mereka bertiga.
Ryan pula... Tiada siapa tahu kebolehan lelaki itu. Dia tidak dapat dijangka.
"What if something happens to you?" Eiden menyoal.
"I know how to protects myself!" Dia ada ambil kelas berkuda apa, boleh lah tu tendang orang macam kuda.
"Kita tak tahu musuh kita macam mana, so it's a no." Tegas Eiden memberi jawapan.
Dia tidak mahu membahayakan keluarganya lagi. Dia tidak mahu berpisah dengan adiknya lagi.
"Livia boleh pula ikut!" Tulip menunding jari ke arah Olivia yang sedang mengikat rambut.
"What?" Keliru Olivia dibuatnya. Sudah lah tidak faham bahasa melayu, tiba-tiba kena tunding jari.
"Dia bukan tanggungjawab abang, lagipun Liam yang ajak dia ikut sama." Bahunya dijungkitkan. Apa yang dia tahu Olivia sangat mahir berlawan memandangkan dia sudah dilatih sejak dari kecil.
Tulip memuncungkan bibirnya sebelum dia beralih ke arah Liam yang sedang mengelap pisaunya.
Liam yang merasakan kehadiran Tulip terus mengangkat wajahnya sedikit, sebelah kening diangkat.
"Nak ikut.." Dua jari telunjuknya dirapatkan meraih simpati.
"Ikut lah." Balas Liam mendatar.
"Betul ni?" Liam mengangguk pada pertanyaan gadis itu.
"Aku kata tak boleh." Eiden berpeluk tubuh sambil memandang tajam ke arah mereka berdua.
"Aku kata boleh." Liam langsung tidak menoleh.
"Kalau jadi apa-apa dekat dia macam mana?"
"Aku jaga dia." Kali ini dia menoleh dengan wajah yang yakin.
"Fine, tapi adik duduk dalam kereta je." Akhirnya, Eiden mengalah jua.
Mereka tiba di sebuah rumah yang diperbentukkan seperti rumah tradisional di cina. Mungkin ketua mereka ialah orang cina.
Eiden, Liam dan Andikka berada di pintu hadapan manakala Olivia pula di pintu belakang. Dia akan menyelamatkan Asher dan yang lain pula menyelamatkan Ryan.
"Kenapa budak ni ada sekali?" Eiden menyoal sambil memndang ke arah Andikka.
"Aku ni scandal dia tau, mesti lah kena ikut." Andikka menyelak sedikit rambutnya.
"Macam mana nak masuk?"
Kalau dilihatkan hanya ada dua orang pengawal di situ, walaupun hanya dua tetapi mereka mempunyai badan yang tegap dan sasa.
"Biar aku settle." Eiden berjalan dengan tenang ke arah dua pengawal yang sedang menghadap ke arah lain itu.
Kedua-dua badan sasa itu rebah ke lantai apabila Eiden mematahkan leher mereka berdua dengan pantas.
"Settle." Eiden mengukir senyuman bangga sambil membuat gaya tangan seperti sedang menghilangkan kotoran.
Liam dan Andikka menjulingkan mata sebelum mereka bergerak ke arah Eiden yang sedang bangga diri itu.
"Show off." Bidas Liam sebaik sahaja dia lalu di hadapan lelaki itu.
"Tak elok bangga diri." Begitu juga dengan Andikka yang sedang nenggelengkan kepalanya.
"Tak bangga diri, aku memang dikurniakan dengan kekuatan macam ni." Eiden menjungkit bahu. Dia buat tidak hirau sahaja komen daripada dua orang makhluk itu.
Setelah mereka berjaya masuk ke dalam, masih terdapat beberapa orang yang berbadan sasa. Cuma kali ini lebih banyak, lebih kurang dalam dua puluh orang begitu.
"Diaorang ni pakai susuk ke sampai jadi hulk?" Soal Andikka yang sedang menyorok di sebalik dinding.
"Susuk untuk muka lah." Eiden memberi pembetulan.
"Eh ye ke? Mana kau tahu? Kau pernah guna ke?" Matanya dikecilkan pada lelaki itu.
"Eh aku tahu lah yang susuk untuk muka, kan Liam?" Kali ini mereka berdua memandang ke arah Liam yang sedang menayangkan wajah bingung.
"Itu bukan untuk kuatkan sendi tulang ke?" Balas Liam yang langsung tidak faham apa yang mereka bincangkan itu.
"Hah?" Serentak mereka berdua mengeluarkan suara.
"Yang kita minum tu kan? Yang dari lembu tu."
"Ya Allah, itu susu, ini susuk Liam, SUSUK!" Ditekan perkataan susuk itu supaya ianya didengari dengan lebih jelas.
Eiden sudah melepaskan tawa kecil sebelum dia menggeleng perlahan. Ini lah jadi kalau mat saleh datang Malaysia.
"What's the difference?" Soal Liam yang makin keliru.
"Eh dah lah, dah terlepas jauh dah dari pangkal jalan kita ni." Eiden menolak sedikit kepala Andikka yang berada di sebelahnya.
"Dah habis dah dengan susu kau?"
"Susuk lah- Ehh?!!" Tercengang Andikka melihat Ryan di belakangnya.
"Sejak bila kau jadi bengong macam diaorang ni?" Soal Ryan pada Liam yang sedang bermasam muka.
"Shut up!" Bisik Liam keras. Malu lah tu.
"Eh?! Ehhh?! Kau tak apa-apa ke?!" Andikka memegang kedua belah pipi Ryan sebelum ditelengkan ke kanan dan ke kiri.
"I'm fine, dikka." Tangan Andikka dijauhkan dari wajahnya.
"Abang!" Eiden dan Ryan serentak memandangkan ke arah pemilik suara.
Tulip terus berlari memeluk leher Ryan yang agak tinggi dari dirinya. Ryan bertindak memeluk pinggang gadis itu.
Eiden mengerutkan dahinya. 'Bukan aku suruh budak ni tinggal dalam kereta ke?'
"Hoi! Aku ni abang sebenar kau tau, apasal peluk dia dulu?!" Eiden bercekak pinggang pada adiknya yang seperti sedang memekakkan telingan sahaja.
"I miss you." Bisik Ryan di telinga Tulip.
"I don't miss you." Usik Tulip sebelum dia tergelak kecil.
Eiden menarik belakang baju Tulip supaya menjauh dari dakapan Ryan.
"Abang!" Tulip menolak pegangan Eiden pada bajunya.
"Buat macam lima tahun tak jumpa." Eiden menjulingkan matanya ke atas. Tulip menjegilkan matanya. Sibuk aje.
"Perut kau macam mana?" Andikka mengalihkan pandangannya pada kawasan perut Ryan.
"Dah okay." Ryan mengangguk kecil.
"Ryan." Panggil seorang lelaki tua bertongkat. Walaupun sudah tua tetapi rupanya langsung tidak seperti orang tua.
"Pakcik pun pakai susuk ke?" Soal Andikka sebelum Liam mengetuk kepalanya.
"Wait, darling! I haven't finish!" Suara Asher itu menarik perhatian mereka semua.
Lelaki berambut pirang terang itu ditarik dengan kasar oleh Olivia yang wajahnya sedang berang.
"You worried me, you dumbass!" Olivia melepaskan tumbukkan pada wajah tampan itu.
"Ouch! Dearrrr!" Asher terus memeluk erat tubuh gadis itu.
Mereka semua beralih semula ke arah lelaki tua tadi, malas mahu melayan orang tengah bercinta.
"This is my father." Ryan memperkenalkan lelaki tua itu tadi.
"HAAHHHH?!!" Tulip, Eiden, Andikka dan Olivia tercengang. Hanya Liam sahaja yang beriaksi tenang. Asher yang sedang memeluk lengan Olivia itu juga hanya tenang kerana dia sudah tahu terlebih dahulu.
YOU ARE READING
Tulip [OG]
Romance"Kita putus, Aku dah ada yang lebih baik dari kau." Apa yang dirasakan apabila kita putus dengan orang yang kita sayang? Sakit? Benci? Sedih? "Keluar dari rumah ni, aku tak nak tengok muka kau lagi!" Atau lebih sakit apabila diusir oleh keluargany...