Bab 29

15 2 0
                                    

Buk!

"Uhukk..." Hanif terbatuk sehingga mengeluarkan darah akibat ditumbuk dengan Olivia.

"Why the fuck are you still alive?!" Kolar baju lelaki itu ditarik dengan kasar.

"Kau tak akan terlepas, Tulip akan sengsara..." Bisik Hanif perlahan sebelum dia mula tidak sedarkan diri.

Olivia melepaskan kolar lelaki itu sebelum dia meraup wajahnya sendiri. Telefon di dalam poket jaketnya dicapai sebelum dia mendial nombor Liam.

"There must be someone behind all of this shit." Ujar Asher yang baru tiba bersama Liam.

Pada awalnya Olivia hanya ingin keluar untuk makan angin, tiba-tiba sahaja Hanif muncul entah dari mana dan menumbuknya.

"Bangun." Arah Liam tegas, dia tahu lelaki itu sudah sedarkan diri.

Perlahan-lahan Hanif membuka matanya.

"Kau kenal mamat ni?" Liam mengeluarkan sekeping gambar seorang anggota polis.

"Kau. Kenal. Tak. Mamat. Ni?" Liam mencengkam rambut Hanif sambil mengulang soalan tadi satu persatu.

"Asyraf..."

"Pardon?"

"Nama mamat tu Asyraf..." Balas Hanif yang sudah tidak bermaya.

"Don't kill him, just keep him away." Arah Liam sebelum Asher dan Olivia mengangguk.

"Selamat pagi inspektor." Tegur Asyraf ramah dengan senyumannya.

"Kau apahal ni? Lain macam je?" Eiden menyoal, bukan selalu dia lihat Asyraf segembira ini.

Asyraf memang seorang yang murah dengan senyuman, tetapi ada aura dari dirinya yang mengatakan dia tidak berada dalam mood yang baik. Cuma... Hari ini agak berbeza.

"Apa yang lain inspektor?"

"Tak ada apalah, by the way, kan aku cakap jangan panggil aku inspektor." Sejak Asyraf bekerja di sini, mereka sudah menjadi sangat rapat.

"Inspektor balik pukul berapa hari ni?" Soal Asyraf tiba-tiba.

"Kes yang aku handle pun tak banyak, kalau tak ada apa-apa dalam pukul 10 macam tu, kenapa tanya? Nak bawa aku pergi makan ke?"

"Hahahaha, inspektor sudi ke makan dengan saya?" Eiden memang jarang keluar makan bersama orang lain.

"Kalau kau belanja, aku on." Jarinya membuat thumbs up. Memang pantang kalau orang cakap nak belanja dia.

"Okay, kalau macam tu kita jumpa dekat restoran yang baru buka dekat depan rumah saya." Dia dengar kedai itu ialah kedai makanan seafood.

"Kau belanja ke?"

"It's all on me, don't worry." Asyraf tersenyum nipis.

"Okay, see ya."

10:15 malam

Eiden memandu keretanya ke tempat yang dijanjikan tadi, dia juga sudah memberitahu kepada Haneesa supaya tidak menunggunya kerana dia akan balik agak lewat.

Tiba-tiba ada cahaya yang terlalu terang dari arah hadapan membuatkan mata Eiden menjadi silau.

Pinnn!!

Dalam sekelip mata kereta yang dipandu Eiden dilanggar oleh sebuah truck membuatkan kereta itu terbalik dan Eiden cedera teruk.

Seorang lelaki berhoodie keluar dari truck tersebut. Lelaki yang sama yang melanggar Tulip dan Ryan.

Lelaki itu tertawa besar melihat kereta yang terbalik itu.

"I thought you were smarter than this, but look at you." Asyraf tersenyum sinis melihat Eiden yang sudah tidak menyedarkan diri.

"Kawasan kosong macam ni mana ada kawasan perumahan, kau bodoh ke?" Dia menunjal kepala Eiden yang sudah penuh darah dan tidak menyedarkan diri.

"Inspektor Eiden 0, Inspektor Asyraf 1." Dia membuat tangan seolah-olah meniru nombor yang dia sebut.

"I guess this is enough to make Tulip suffer... For now." Asyraf tertawa sinis sebelum dia masuk semula ke dalam truck miliknya.

"A-abang?" Tulip menekup mulutnya apabila melihat keadaan abangnya yang sedang dirawat dari luar cermin pintu bilik.

"Mama..." Elina memegang erat tangan Haneesa yang sedang menangis. Dia tidak kuat melihat suaminya begitu.

"Sorry sayang... Mama tak dapat jaga papa dengan baik..." Ujar Haneesa dengan tangisan yang teresak-esak. Rambut anak perempuannya diusap lembut.

"Asyraf."

"Hm?" Andikka menoleh ke arah Liam.

"Kau kenal dia?" Liam menyoal. Mereka duduk jauh sedikit daripada Haneesa dan Tulip.

"Asyraf mana ni? Kau ingat seorang je ke nama Asyraf kat dunia?"

"Inspektor Asyraf. Partner kerja Eiden." Balas Liam.

"Nope." Andikka menggeleng.

Liam melihat ke arah wajah lelaki itu, dia cuba untuk membaca wajah Andikka sama ada dia sedang menipu ataupun jujur. Namun, wajah lelaki itu sangat sukar untuk ditafsir.

"Kalau kau kenal dia, roger aku." Andikka membuat isyarat tangan 'OK'.

"Mana Ryan?" Soal Liam lagi. Sudah lama dia tidak nampak lelaki itu. Di tempat perlumbaan juga tiada.

"Tak tahu, dia kata dia ada hal yang dia nak uruskan dengan ayah dia." Balas Andikka. Itu apalah yang Ryan beritahu kepadanya sebentar tadi selepas dia menghantar Tulip ke sini.

"I hope he takes good care of her." Liam bersandar pada dinding di sebelahnya.

"Kenapa?"

"Kalau tak, aku akan rampas Tulip." Kenyitan mata diberikan pada Andikka membuatkan lelaki itu tergamam.

"Don't worry, aku pasti dia sayang mati dekat Tulip." Liam tertawa sinis.

"Macam mana kau tahu? Kau kawal hati dan perasaan dia ke?" Sekali lagi Andikka terdiam tak terkata.

"Jangan risau, I can do better." Bahu Andikka ditepuk perlahan sebelum dia bergerak ke arah doktor yang baru keluar dari bilik Eiden.

"Boleh saya tahu siapa ahli keluarga si mangsa?" Soal doktor yang menguruskan Eiden.

"Saya adik dia." Tulip mewakilkan dirinya memandangkan Haneesa tidak boleh berhenti nangis.

"Duka citanya saya nak beritahu yang... Kedua belah kaki mangsa lumpuh disebabkan serpihan dari kereta yang mencucuk kedua belah kakinya semasa di dalam kemalangan tersebut." Terang doktor tersebut.

"Kami masih perlu menjalankan pembedahan untuk menghentikan jangkitan dari kakinya supaya tidak mengganggu otak."

"Sila sign di sini ye." Doktor itu memberikan pen sebelum Tulip menandatangani kertas tersebut.

"Terima kasih, saya pergi dulu ye."

"Abang..." Haneesa memandang sayu suaminya.

"Akak... I'm here for you. Let's pray for him okay?" Tulip menggosok-gosok bahu kakak iparnya untuk memberi sokongan.

Julianna turut mengusap belakang badan Tulip. Dia tahu yang gadis itu turut sedih, dia hanya tidak mahu menunjukkannya.

"I'll make sure you suffer, Asyraf." Bisik Liam perlahan.

Tulip [OG]Where stories live. Discover now