"Aku terima nikahnya Tulip Binti Ahmad Rizal dengan mas kahwinnya Rm 50,000 tunai."
Dengan sekali nafas Tulip telah menjadi isteri yang sah kepada Lysander Ryan.
"Alhamdulillah, kahwin juga kau kan." Julianna memeluk sahabatnya yang telah bergelar isteri itu.
"Hehe, kau bila nak kahwin dengan dika?" Tulip mengangkat keningnya beberapa kali sengaja ingin mengusik sahabatnya. Julianna menjeling tajam.
Asher yang sedang menangis melentokkan kepalanya pada bahu Olivia. Gadis itu juga turut menangis. Liam yang berada di sebelah hanya menggelengkan kepalanya. Gila...
Ryan yang menyuruh Liam untuk mengajak dua ekor nyamuk itu sekali. Kalau ikutkan hati dia, memang tak lah dia nak bawa sama.
"Blah, aku nak sarungkan cincin ni." Ryan menghalau Julianna yang masih sedang berpelukkan dengan Tulip. Kalau macam ni kau orang je lah kahwin.
"Ish! Tak menyabar!" Dengus Julianna sebelum dia pergi berdiri di sebelah Andikka yang menjadi cameraman itu.
Ryan tersenyum nipis pada Tulip yang sudah memerah sebelum dia menyarungkan cincin di jari manis gadis itu yang cantik.
Tulip mengalirkan air mata bahagia, air mata itu diseka dengan hujung lengan baju melayu Ryan. Lelaki itu nampak terlajak handsome dengan baju melayu.
"Jangan lah nangis, kan abang cakap abang tak pandai memujuk." Ryan mengusap perlahan kepala isterinya yang berlapikkan tudung itu.
"Hehe." Tulip tersenyum sehingga nampak giginya yang tersusun rapi. Comel. Sejujurnya dia suka bila lelaki itu berbahasakan dirinya sebagai 'abang'.
"Oi! Salam lah cepat! Patah juga tangan aku pegang kamera tunggu korang." Ujar Andikka membuat tetamu yang lain tertawa.
"Tak sabar betul bapuk tu." Ryan memandang tajam sahabatnya yang satu itu.
Tulip melepaskan tawanya sebelum dia menghulurkan tangannya pada Ryan.
"Nak apa? Duit?" Sebelah kening Ryan diangkat.
"Ish, orang nak salam lah." Muncung Tulip dibuatnya.
Ryan menghulurkan tangannya sebelum disambut dan disalam oleh Tulip. Mereka membiarkan salaman itu lama sedikit untuk memberi ruang pada Andikka untuk mengambil gambar. Ha tadi nak ambil gambar sangat, ambil jangan tak ambil.
Tulip mengangkat wajahnya sebelum...
Cup!
Wajah Tulip terus menjadi merah dan badannya terkaku apabila Ryan mencium pipinya tanpa amaran.
"Relax lah, baru pipi, malam nanti baru-" Terpotong ayat Andikka apabila kepalanya dipukul oleh Julianna.
Pap!
"Baru apa baru? Ha sambung lah!" Julianna menyingsing lengannya seperti ingin pergi bertumbuk. Sekali lagi tetamu tertawa melihat telatah mereka.
Liam yang berbaju melayu warna hitam itu menggelengkan kepalanya perlahan. Bukannya dia tidak perasan ada beberapa kaum wanita yang asyik memandangnya dari tadi. Haih...
"Flower, rehat lah dulu ye? Malam ni pukul 9 tau, jangan lupa." Pesan Haneesa lembut pada Tulip. Puteri Haneesa ialah isteri kepada Eiden dan ibu kepada Puteri Elina.
"Okey, akak." Tulip tersenyum nipis, dia sudah penat asyik senyum sahaja pada hari ini.
Mereka hanya duduk di hotel buat sementara waktu kerana majlis persandinan mereka memang diadakan di hotel itu pada malam ini. Hotel itu ialah milik bapa Haneesa yang diturunkan kepadanya. Dia tidak selalu datang ke hotel itu kerana dia sibuk menguruskan kafe, suaminya lah yang akan sesekali menguruskan hotel ini.
YOU ARE READING
Tulip [OG]
Romance"Kita putus, Aku dah ada yang lebih baik dari kau." Apa yang dirasakan apabila kita putus dengan orang yang kita sayang? Sakit? Benci? Sedih? "Keluar dari rumah ni, aku tak nak tengok muka kau lagi!" Atau lebih sakit apabila diusir oleh keluargany...