BAB 2

55 5 0
                                    


"NASUHA, aku sumpah penat gila sekarang. Dan ini adalah kali terakhir aku nak tolong kau jual buku-buku macam ni. Penat!!!" Amalin jerit kuat di telinga Nasuha yang sedang tercungap-cungap.

Kan dah kata! Perjalanan yang sepatutnya makan masa lima minit, jadi 25 minit! Punyalah penat. Dengan angkat begnya, naik bukitnya! Aduhai. Hilang bau perfume Victoria's Secret yang dia dah sembur dekat badan tadi.

"Bukan kau je penat, aku pun penat juga!" Nasuha balas balik. Sakit telinga dia sebab kena jerit dengan Amalin tadi. Rasanya lepas ni, dia tunggu Afiq ajelah kalau nak jual-jual buku ni. Sebab dia yakin, Amalin mesti dah taubat.

Tapi, jangan kata Amalin, dia pun tak mahu buat dah. Penat gila!

"Kau tu yang bijak sangat. Lain kali, kau suruh aje juniors tu yang ambil buku dekat kita. Dia yang nak, dialah ambil." Rengus Amalin geram.

"Eh, aku nak jual. So aku kenalah bagi service yang baik." Nasuha segera memperbetulkan Amalin. Amalin hempas beg buku tersebut ke lantai, lalu tangan naik mencekak pinggangnya.

"Banyaklah kau punya service. Yang dah tak cukup nafasnya aku! Tahu ke tidak?" berang.

"Okey, relaks. Bertenang. Kita dah sampai. Aku belanja kau bandung ais, okey?" Cepat-cepat Nasuha tenangkan kawan yang dah merah muka menahan lelah memanjat bukit. Amalin ni nampak aje lemah lembut, tapi kalau dia jerkah orang, cuaklah juga.

Amalin tersenyum puas hati. "Bagus. Aku memang nak suruh kau belanja aku pun. Panas! Penat! Hisy, semualah ada." Amalin angkat kembali beg buku tersebut lalu mula melangkah masuk ke dalam kafe Koleh Kediaman Cempaka.

"Mana budak-budak tu?"

Soal Amalin apabila dia labuhkan duduknya. Nasuha angkat lima jarinya, kemudian dia terus ke kaunter untuk memesan minuman. Amalin hanya melihat. Tak kuasa dia nak sibuk-sibuk ikut pesan minuman sekali. Mata memandang kearah pintu utama kafe yang sedia terbuka.

Petang-petang macam ini, memang mahasiswa dan mahasiswi ramai keluar. Ada yang pergi riadah, ada yang sibuk dengan aktiviti kelab di kolej kediaman. Dan tak lupa juga yang sibuk keluar ke bandar, atau pusat membeli belah.

"Nah, bandung ais kau! Ini, pisang goreng." Nasuha letakkan gelas minuman dan sepiring pisang goreng panas keatas meja tersebut. Kemudian dia duduk disebelah Amalin. Masing-masing duduk menghadap pintu.

"Thank you! Kau memang A+." Amalin tersengih sambil angkat ibu jarinya. Mujur, Nasuha memang asal orang tempatan di situ. Tadi, dapatlah juga dia makan makanan raya pagi tadi. Walaupun, diri sendiri jauh beribu batu daripada mama dan bapak. Rindu!

"So, mana budak-budak tu?" soal Amalin sekali lagi setelah dia selesai meneguk minuman. Leganya! Walaupun jam menunjukkan pukul 4.30 petang, tetaplah panasnya macam tengahari. Terik!

"Kejap lagi diorang turun. Katanya nak solat kejap." Nasuha jawab setelah dia selesai menyedut air minuman sendiri.

Amalin muncungkan bibirnya. "Ha inilah yang aku tak berkenan ni. Dah janji kan lepas asar? Apa yang slow sangat. Tak hormat seniorlah diorang ni."

Nasuha ketawa geli hati. "Kau ni, dah macam budak-budak Palapes. Beriya nak hormat senior. Kau nak suruh budak-budak tu bagi salam kat kau ke kejap lagi?" Nasuha ketawa lagi. Geli hati dia dibuatnya.

Amalin sunggingkan senyuman.

"Bukan setakat bagi salam. Ni tangan aku ni cium sekali. Tak cukup tangan, kaki pun boleh. Certified barokah!"

Cinta Ini, Cinta Gila!Where stories live. Discover now