AMALIN menyemak beberapa dokumen yang diberikan oleh Yuni, pembantunya. Wah, seronok juga ya, kerja ada pembantu? Dulu, dialah pembantu tu! Selepas dua tahun di syarikat lama, Amalin buat keputusan untuk berpindah.
Start new, and fresh. Ya, itu matlamat Amalin. Kawan-kawan daripada tempat lama dia berkerja memang tak setuju sangat. Sebab Amalin berpindah dari sebuah syarikat korporat yang besar dan kukuh, kepada syarikat kecil yang baru beroperasi selama enam tahun.
From jerung, to sardine – kata rakan-rakannya.
Tapi bila Amalin fikir semula, ini adalah lebih baik. Sekurang-kurangnya, dia boleh belajar landskap perniaagaan perusahaan kecil pula. Pada Amalin, jangan pandang rendah pada start-up company. Sebab, yang jerung dulu pun, mula dengan sardin juga!
Pintu kaca bilik itu diketuk. Dia nampak wajah Fiza yang sedang tersenyum.
"Yes, Fiz?"
Fiza masuk kedalam bilik tersebut. Wajah Amalin yang sedang serius dia pandang. Tudung pun dah tak berapa kemas. Nampak kelam kabut.
"Kau tak terurus macam ni, sebab bosses masuk?"
Amalin angkat wajahnya seketika. Kemudian dia anggukkan kepala.
"Aku serabut ni. Aku tak pernah jumpa diorang, and suddenly harini masuk nak review production? Memang gila!" Amalin mengeluh perlahan.
"Teruk sangat ke rupa aku?" dia soal pada Fiza. Fiza ketawa kecil sambil anggukkan kepalanya.
"Kau patut tengok cermin sayangku..." Fiza hulurkn cermin yang berada diatas meja Amalin.
Amalin sambut cermin itu sebelum dia terkedu. Ini bukan teruk! Ini teruk sangat! Amalin mengeluh kemudian dia tekupkan wajah di meja.
"Cik Mel, Puan Fiza... Bosses panggil."
Amalin angkat mukanya. "Apa?"
Yuni terkebil-kebil memandang Amalin yang tegak ditempat duduknya. Aku tak salah cakap kan? Yuni dah mula risau.
"Awak cakap apa tadi yun?"
Yuni berdeham. "Bosses panggil."
Kelam kabut Amalin capai beg kerjanya. Dengan gaya tangan tangkas, zip beg tersebut Amalin buka sebelum dia keluarkan make up pouch yang teletak kemas dalam beg itu. Tanpa sebarang kata, Amalin lekas-lekas menyolek semula wajah yang pudar tadi.
Tudung juga segera dikemaskan agar nampak lebih professional. Minyak wangi? Amalin raba-raba tangan ke dalam beg kerjanya.
Tak ada? Buntang mata si gadis. Mesti tinggal kat surau! Nak pergi surau memang dah tak sempat. Lalu Amalin ambil salah satu sampel minyak wangi yang ada diatas mejanya untuk syarikat itu, lalu disemburkan ke badan.
Tergamam Fiza dan Yuni melihat ketangkasan Amalin bersiap dalam tempoh masa yang singkat. Wajah yang tadinya serabut, kini kembali ceria dan kelihatan lebih 'bernyawa'. Siap sembur sampel lagi dekat badan.
Amalin capai beberapa fail yang ada diatas meja. Kemudian dia bangun melangkah ke pintu.
"Mel!" Fiza tegur Amalin sekali lagi.
"Apa lagi? Jomlah!"
"Tu..." Amalin muncungkan bibirnya pada kaki Amalin. Amalin memandang kebawah sebelum dia ketuk kepala perlahan menggunakan fail ditangan.
YOU ARE READING
Cinta Ini, Cinta Gila!
RomanceYa, Cinta Ini Cinta Gila! - Untuk kita berdua! Amalin Atiera dan Adeeb Izmir. Pertemuan yang tak ada siapa sangka boleh buat hati yang tandus seperti padang pasir dan batu delima, jadi berbunga. Kisah cinta pandang pertama, buat Adeeb rasa macam d...