"Tidak mahu. Aku nda mau. Kau tanya dia sendiri. Jangan kau please-please aku sini." Nasuha gelengkan kepalanya berkali-kali sambil melekapkan telefon pintarnya ke telinga. Amalin yang sedang duduk di meja tulis hanya mampu melihat.
Kalau tak gaduh dengan Afiq, ini mungkin gaduh dengan adik sendiri. Mesti salah seorang terlebih berbelanja. Mujur antara dia dan Amiera si kakak, tak ada masalah ini. Satu sebab Amiera tua lima tahun darinya. Amiera dengan Aqif, si abang pula beza satu tahun. Kedua, sebab Amiera orangnya lebih santai.
Kata bapak, tersalah family planning. Jarak antara dia dan Amiera pula lima tahun. Beza dia dengan Addin kembali satu tahun. Ha, yang ini bapak kata memang planning cantik. Senang buat pairing nak main indoor game. Amiera dengan Aqif, Amalin dan Addin.
Bapak memang minat indoor game. Kat rumah memang ada table ping-pong untuk mereka adik beradik berlawan sesama sendiri. Cuma, lepas Amiera kahwin dengan abang Juf, dan Aqif kahwin dengan Diana mereka masing-masing berpasangan dengan pasangan masing-masing.
Tinggallah dia dan Addin. Forever single.
"Tidak mahuuu! Kau faham ka tidak ni?" Suara jerkahan Nasuha mengejutkan Amalin. Apa benda budak Nasuha ni? Nasuha masih lagi memandang keluar tingkap bilik mereka. Tengok apa pun, Amalin tak pasti.
"Ba ya lah! Nanti aku tanya dia. Jangan memaksa. Aku tampar muka kau nanti. Bye!" Marah Nasuha lagi dalam loghat sabahnya sebelum talian dimatikan. Nasuha berpusing lalu matanya merenung Amalin tajam.
"Kau lah ni. Lain kali jangan bercantik-cantik jalan dengan aku rayang. Aku siiikit lagi mahu hempas telefon ni ke lantai." Nasuha angkat telefon pintarnya tinggi. Gaya macam mahu melempar. Amalin kerutkan dahinya.
"Kau gaduh dengan Afiq, apa kena mengena dengan aku?"
Nasuha hentikan 'drama'nya. "Afiq?"
Soal si gadis dengan mata yang terkebil-kebil pada Amalin yang masih duduk di meja tulisnya.
Amalin anggukkan kepalanya.
"Yelah, kau tadi gaduh dengan Afiq kan?"
Nasuha tarik kerusi meja belajarnya lalu dia duduk di sebelah Amalin. "Kau ingat aku bergaduh dengan Afiq?"
Soal Nasuha sekali lagi. Dan seperti tadi, Amalin anggukkan kepalanya.
"Mana ada! Tadi tu, aku bukan on the phone dengan Afiqlah! Hisy kau ni." Nasuha ketawa kecil. Mentang-mentanglah dia memang selalu gaduh dengan Afiq, laju aje Amalin ingat dia ada masalah dengan Afiq. Lagi.
"Lah, habis tu? Kau cakap dengan siapa marah-marah?"
Nasuha senyum penuh makna. "Dengan crush kau."
Amalin tersentak. Eh?
"Merepek apa kau ni? Aku crush dekat siapa?" Amalin gelengkan kepalanya. Sumpah, dia memang tak ada crush dekat sana. Tahun pertama pengajian, dia masih dalam hubungan jarak jauh dengan Farhan. Berpisah pun, baru enam bulan.
Mustahil dia nak ada crush. Serabut aje.
Nasuha terdiam sebentar. Kemudian, dia buru-buru layangkan tangannya dihadapan muka Amalin yang masih clueless.
"Bukan crush kau. Tapi dia yang crush dengan kau. Ha, yang ini baru betul." Nasuha tergelak-gelak sambil menggaru kepalanya.
Amalin pandang wajah Nasuha dengan muka bosannya. Ya ke lelaki tu suka dia? Muka Nasuha ni, macam tak boleh dipercayai aje.
YOU ARE READING
Cinta Ini, Cinta Gila!
RomanceYa, Cinta Ini Cinta Gila! - Untuk kita berdua! Amalin Atiera dan Adeeb Izmir. Pertemuan yang tak ada siapa sangka boleh buat hati yang tandus seperti padang pasir dan batu delima, jadi berbunga. Kisah cinta pandang pertama, buat Adeeb rasa macam d...