HINGAR-BINGAR suara rakan-rakan di dalam kelas itu, sikit pun tidak menganggu Amalin yang sedang fokus menaip surat untuk tujuaan tajaan yang diminta oleh Fareez. Fareez ni pun satu. Petang nanti nak pergi jumpa VIP, pagi ni boleh suruh dia rempit tulis surat?
Tak ke memang mengundang baran Amalin, pagi-pagi ni?
"Mel, kau marah ke?" Fareez soal dengan nada yang paling lembut dan perlahan.
"Kau diam je Fareez. Sebab at this point, kau bernafas pun buat aku annoyed." Amalin sembur terus tanpa angkat muka sedikit pun.
Fareez telan air liurnya. Kemudian dia kerling pada Nasuha disebelah Amalin. Santai aje gadis itu bersolek tanpa menghiraukan orang lain. Nasuha memang kuat bersolek! Amalin pula, biasa-biasa aje. Ada hari bersolek sama juga macam Nasuha.
Tipikal perempuan.
"Kau apahal tengok-tengok aku? Mau kena tampar?" Nasuha sergah Fareez tiba-tiba. Terhenjut bahu si rakan ya!
Tak pasal-pasal kena sergah. Fareez kerutkan dahinya. "Tengok pun tak boleh ke?" Dia jawab berani sambil menjeling Nasuha.
Nasuha geleng kepalanya. "Kau diam je Fareez. Nanti, dengan kau, dan surat-surat kau semua kena lempar dekat laut sana tu." Nasuha balas balik sambil dia jelirkan lidah pada Fareez.
Sebenarnya, dia memang nak suruh Fareez tu diam dan jangan buat hal. Si Amalin tu dahlah tengah angin satu badan. Tak pasal-pasal nanti semua orang kena hambur dengan Amalin. Sekejap lagi mereka nak buat mesyuarat kecil untuk program kajian mereka. Fareez pula, dok buat hal.
Confirm kejap lagi Amalin akan membebel sampai bernanah telinga semua orang.
"Nasuha, kau pun diam." Amalin bersuara garang. L;angsung terdiam semua yang berada di Kawasan tersebut bila intonasi Amalin sudah berubah.
Serabut!
"Bak sini pendrive!" Amalin hulurkan tapak tangan pada Fareez. Cepat-cepat Fareez seluk poket seluarnya. Kemudian pendrive warna hitam itu dia serahkan pada Amalin.
"Ambil ni, pergi print sana. Ambil sign Puan Darina sendiri. Aku malas." Macam tu aje Amalin bagi arahan pada Fareez. Nak tak nak, Fareez terpaksa anggukkan kepala juga. Reda!
Yelah...Salah dia juga sebab beritahu Amalin last minute yang dia perlukan surat rasmi. Jadi, tahan ajelah kena hamuk.
Amalin sandarkan badan, sebelum dia capai beg sandangnya. Pandangan dihalakan pada Nasuha yang masih belum selesai bersolek.
"Kau ni nak pergi mana? Shading bagai?" soal Amalin sambil mengeluarkan telefon pintarnya dari poket kecil beg sandang.
"Aku? Aku ada hal dekat HEPA. Kan minggu depan ada mini konsert dekat Padang Kawad. Aku committee. So, ada meeting dengan pihak penganjur."
"Oh! Okey! Aku balik bilik dululah kalau macamtu?" Amalin dah angkat-angkat keningnya. Baru dia nak usik Nasuha lagi, telefon pintarnya berdenting. Tanda ada pesanan WhatsApp yang masuk.
Eh?
YOU ARE READING
Cinta Ini, Cinta Gila!
RomanceYa, Cinta Ini Cinta Gila! - Untuk kita berdua! Amalin Atiera dan Adeeb Izmir. Pertemuan yang tak ada siapa sangka boleh buat hati yang tandus seperti padang pasir dan batu delima, jadi berbunga. Kisah cinta pandang pertama, buat Adeeb rasa macam d...