BAB 8

38 5 0
                                    

"SEKEJAP, dia baru habis solat tu. Kau cakap dulu dengan aku dua minit." Suara Nasuha yang berbisik-bisik, menerobos masuk kedalam telinga Amalin yang sedang berdoa selepas menghabiskan solat fardu maghribnya.

Selesai mengaminkan doa, dia berpusing kebelakang. Dengan sepantas kilat, Nasuha berjalan kearahnya sambil menyerahkan telefon pintarnya kepada Amalin.

"Siapa?" soal Amalin dengan suara yang serak.

"Adeeb."

Amalin sambut telefon pintar itu, lalu dia lekapkan ditelinga. Telekung pun tak sempat buka lagi.

"Helo?" Amalin menyeru perlahan.

"Assalamualaikum. Dah habis solat ke?" suara Adeeb yang sedikit dalam itu menyebabkan Amalin tiba-tiba rasa gemuruh.

"Waalaikumussalam. Ya, dah habis solat. Hm, kenapa call?" soal Amalin dengan harapan ianya mampu untuk menutup kegugupan diri.

"Tak ada apa... Saja nak kenal dengan you. Nak call sekejap lagi, risau you sibuk dengan assignment. Nasuha kata, you front benchers dalam kelas?"

Soalan spontan Adeeb menyebabkan Amalin tertawa halus. Dalam tidak sedar, dia anggukkan kepalanya. Macamlah Adeeb boleh melihat.

"Ya betul. Saya suka duduk depan!" Amalin mengaku. Dia dapat dengar Adeeb turut ketawa kecil. Soothing!

"You must be very clever then. I am the back bencher. Problematic and sleepy." Adeeb beritahu jujur. Tak kuasa dia nak duduk depan macam budak-budak nerd lain.

Tapi, Amalin lain. Bukan nerd. Amalin...

The beauty with brain. Hehe.

"Mana ada cleverlah!" dalih Amalin lekas-lekas. "Saya ni biasa aje. Duduk depan tu sebab saya tak nak layan mengantuk. Dan nak elak berbual dengan Nasuha." Amalin kukuhkan lagi alasannya.

Nasuha pantas menegakkan badannya yang sedang duduk diatas katil. Dengar ayat Amalin tadi buat dia rasa nak cubit aje gadis kecil itu. Lalu dia angkat penumbuknya pada Amalin. Amalin yang nampak akan perlakuan itu, hanya tergelak kemudian dia jelirkan lidahnya pada Nasuha.

"Kenapa gelak?" Adeeb terkejut. Tiba-tiba aje Amalin ketawa.

"Nasuha!"

"Kenapa dengan Nasuha?"

Amalin cebikkan wajahnya. Dengan senyuman nakal dia buka mulut. "Dia tunjuk penumbuk kat saya. Hmmmm."

Dengar aje suara comel Amalin mengadu. Adeeb yang sedang terbaring-baring diatas katil segera bangun dan duduk tegak.

"Nanti I table talk dengan dia." Adeeb buat suara tegas. Amalin ketawa kuat bila dia dengan Adeeb gunakan intonasi seperti itu. Macam bapak-bapak!

"Okey. Tolong marah dia!" ujar Amalin dalam senyuman sebelum dia mula berbaring diatas sejadah. Kaki dilunjurkan sebelum ia bergerak ke kanan dan ke kiri. Macam ekor anjing. Orang kata, kalau ekor anjing gerak ke kiri ke kanan tu, gembira.

Samalah dengan Amalin sekarang. Senang hati!

"Nama you, memang Amalin Atiera Zahid ke?" kali ini, sengaja Adeeb mengubah atmosfera perbualan mereka. Sungguh, dia memang nak berkenalan dengan Amalin.

"Yes. Amalin Atiera Binti Mohd Zahid. Kawan-kawan panggil saya, Mel." Kali ini, Amalin sedar yang intonasi jawapannya dah bunyi bersahaja. Macam kawan-kawan. Tak gugup sangat.

Cinta Ini, Cinta Gila!Where stories live. Discover now