BAB 15

54 8 0
                                    


Tiga bulan kemudian.

"Amalin,"

Amalin dongakkan kepala. Kemudian, bibir terus menguntum senyuman sambil tangannya ligat mengalihkan beg sandang yang diletakkan disebelah.

"Where were you?"

"Fakulti. Ni nak makan. I lapar sangat-sangat." Adeeb lengkungkan bibrinya kebawah. Menunjukkan riak wajah yang sedih.

Lantas, Amalin tolak gelas tinggi teh ais itu pada Adeeb yang sedang mengesat peluh di dahi. Dari fakulti ke perpustakaan, dia jalan kaki aje. Tak nak bawa kereta, sebab dia ingatkan susah nak dapat parking.

Tapi, Adeeb lupa akan betapa sengsaranya dia bila berjalan tanpa payung pada waktu tengahari begini.

Sungguh, mencabar!

"Minum air ni dulu." Amalin pelawa lembut.

Adeeb menoleh pada si gadis sebelum dia anggukkan kepala. Teh ais itu diteguk di teguk menggunakan straw sebanyak lima kali sebelum dia akhirnya duduk tersandar, Lega!

"Thank you darling, for the drink. Leganya I!" Adeeb koyakkan senyuman.

"Eleh, darling konon." Amalin cebikkan bibirnya. Adeeb ketawa kuat.

"Lah, betullah ba... Darling." Lalu si jejaka kenyitkan matanya dua kali pada Amalin. Amalin hanya gelengkan kepalanya. Adeeb and his flirty gestures.

"Sudahlah, awak nak makan apa? Saya nak order dulu ni." Amalin dah mula bangkit. Adeeb angkat tangan kanannya. Menahan Amalin daripada bangun.

"I buat. You nak makan apa?"

Amalin kerutkan dahinya. Jari telunjuk terus ke muka Adeeb.

"Awak duduk." Suara Amalin tegas. "Awak baru aje sampai. Peluh pun belum kering. So please, let me assist you today. Takkan lah awak je nak jadi yang terbaik untuk saya? Saya? Tak payah jadi yang terbaik untuk awak?" Amalin menyoal dengan ton suara yang dibuat-buat garang.

Adeeb angkat kedua belah tangannya. "I rest my case. I nak makan Nasi Goreng Ayam." Adeeb mengalah. Tak perlu nak bertekak soal siapa nak pergi pesan makanan. Kalau Amalin nak buat, silakan. Dia tak mahu menghalang.

Apa lagi bila Amalin dah buat ayat, nak jadi yang terbaik. Aduh, terkulai-kulai lutut kaki. Cair punya pasal.

"Air?" Amalin tanya sepatah.

Adeeb muncungkan air teh ais tadi pada Amalin. "Ni ada, share ajelah."

"Okey." Amalin bersetuju lalu terus bergerak ke kaunter untuk memesan makanan. Adeeb terlongo. Sebenarnya, dia saje aje nak usik Amalin pasal berkongsi air minuman. Tapi, usikkannya tidak mengena! Sebaliknya, dia yang terkena.

Amalin sikit pun tak melatah, atau menolak untuk berkongsi minuman. Terkejut Adeeb. Kalau Efaa dulu...

Adeeb pejamkan mata sebelum dia raup wajah dengan kedua belah tangannya. Jangan compare, Deeb...jangan... Dia berpesan pada diri sendiri.

Amalin kembali ke meja tersebut dengan sekeping resit pembayaran ditangan kanan. Di tangan kirinya, si gadis genggam beg dompet jenama Kate Spade berwarna merah jambu lembut. Dia melabuhkan duduknya disebelah Adeeb. Sama seperti tadi.

Cinta Ini, Cinta Gila!Where stories live. Discover now