BAB 19

64 9 5
                                    

"BUAT apa dekat sini malam-malam?" Teguran lembut seseorang membuatkan Amalin angkat wajahnya. Spontan, dia maniskan senyuman di bibir.

"Dr Ramlin. Duduklah...Saya habiskan cerap data sikit lagi..." Amalin segera mengemaskan permukaan meja yang tadinya bersepah dengan kertas-kertas kajian. Dr Ramlin menghampiri gadis itu, kemudian dia duduk berhadapan dengan Amalin.

"Been very busy?"

Amalin anggukkan kepala. "Too busy, I can say." Kemudian dia ketawa kecil.

"Dr kenapa tak tidur lagi? Dah malam ni kan?"

Dr Ramlin peluk tubuh sendiri. Tangannya mengusap lengan. "I tak boleh nak tidurlah Mel. Dah rindu katil dekat rumah. Mungkin, homesick." Dr Ramlin cebikkan bibirnya.

Amalin garu belakang leher, sambil mengangguk laju. Mengiayakan. "Walaupun duduk hostel tu, taklah selesa mana. But I kinda miss my own bed too." Amalin tayang sengihan.

"Kan? Rasa macam, nak balik esok juga." Dr Ramlin tambah lagi.

"Anak-anak Dr, siapa yang jaga?"

Dr Ramlin ketawa kecil. "My boys are now in high school. Seorang tingkatan lima, seorang lagi tingkatan empat. Grown up boys. So, mereka jaga diri sendiri aje."

Amalin buntangkan matanya. "Seriously Dr! You don't age that much."

Tapi, kenapa anak-anak Dr Ramlin, jaga diri sendiri?

Dr Ramlin ketawa lagi. Senang hati dengan pujian Amalin. "Well, except for the boys, I rasa tak ada lelaki, memang kepala tak pening."

Amalin berhenti menaip. Mata terus memanah kearah Dr Ramlin yang masih mekar dengan senyuman. Amalin kerutkan dahinya.

"Dr ibu tunggal ke?"

Dr Ramlin anggukkan kepalanya. Kemudian, dia menarik nafas dalam sebelum pandangan di buang pada dada langit yang kelam.

"Dah lama sebenarnya. Dulu, saya ni peguam. Awak pun tahu kan? Lepas saya kahwin dan bersalinkan anak-anak dalam jarak yang singkat, I became too tired. Kerja, dan uruskan anak itu sangat penat."

Amalin yang penasaran mencelah. "Then, husband Dr mana?"

Dr Ramlin betulkan letak duduknya.

"My ex-husband, is a pilot. Jadi dia jarang ada dekat rumah. So, dia akan jaga anak bila dia cuti ajelah. Dan benda tu semua bergantung pada jadual kerja dia. Dengan timing kerja yang berubah-ubah, route flying pun berbeza- buat I selalu tak sampai hati nak minta dia uruskan anak dan rumah." Dr Ramlin berjeda.

"Pada I, benda tu bukti I sayang. Tapi I tak sedar satu perkara."

"Apa dia?" Kali ini, Amalin dah mula tekan 'SAVE' untuk kerja-kerjanya. Komputer riba, dia tolak ke tepi. Mahu memberikan sepenuh perhatian pada Dr Ramlin.

"Ex husband tak pernah tanya I, I okey ke tak? Nak bantuan ke tak? Nak dia tolong atau tidak? Langsung tak pernah. Mungkin dia ingat I baik-baik sahaja dengan anak-anak. Setahun, dua tahun, tiga tahun, I bertahan. Tapi nak masuk tahun kelima, I dah mula goyah."

Dr Ramlin berdeham.

"Anak-anak dah mula membesar, ligat dan sangat aktif. Boys kan..." Dr Ramlin ketawa kecil. Barangkali sedang teringat akan waktu ketika anak-anaknya membesar.

Cinta Ini, Cinta Gila!Where stories live. Discover now