BAB 29

47 9 0
                                    

AMALIN yang sedang menyisip kopi panas di dalam cawan itu sibuk menatap skrin telefon pintarnya. Data-data yang dihantar oleh Yuni, beberapa hari yang lepas diteliti dengan baik. Walaupun sudah beberapa hari dia menyibukkan diri dengan data yang sama, namun Amalin masih belum berpuas hati.

"Morning kakak!" sapaan Addin dengan suara garaunya menyebabkan Amalin mengangkat wajah. Senyuman nipis diberikan kepada adiknya sebelum dia kemudiannya menjawab sapaan tersebut.

"Pagi, Ad! To the office or the court?"

Addin menelan kopi yang berada di dalam mulunya sebelum menjawab soalan si kakak. "Court. Kena pergi Mahkamah dekat Melaka sebenarnya. Hearing pukul dua." Beritahu Addin sambil melihat permukaan jam di pegelangan tangan.

"Kenapa tak gerak semalam?"

Addin mencebik.

"Tak sempat nak gerak semalam. Sebab habis miting lambat sangat. Aqiflah punya pasal ni." Rungut Addin dengan wajah tidak puas hatinya.

"Lah, apa salah abang?"

Addin mengunyah roti dengan jem strawberinya dahulu sebelum membalas.

"Semalam, kami semua ada miting dekat ofis. Yang lead miting tu, Aqif. Ad dah bagitahu, yang hari ini ada hearing kat Melaka. Tapi dia macam biasa... syok sendiri." Addin mencebik lagi.

Amalin menggeleng sambil mengangkat bahunya.

"Entahlah, kakak tak faham kerja korang." Amalin tersengih.

"How is your work?" Addin menyoal Amalin.

"Biasa je Ad. Nothing special. Cuma penat sikit sebab kena uruskan banyak hal. The disadvantages of working with a start up, I guess." Amalin beritahu jujur.

"Tak nak cari kerja lain?"

Amalin ketawa kecil. "Penat aje, bukan tak best langsung. Lagipun, the bosses are my friends." Amalin beritahu Addin satu berita baru.

Bulat mata Addin memandang Amalin.

"Seriously?"

Amalin anggukkan kepalanya. "Yes. Both of them are business partners. Best friends cum business partners."

Addin anggukkan kepalanya dua tiga kali. "Mesti anak orang kaya kan? Muda lagi boleh buat bisnes." Komen Addin.

"Well, sort of. Adeeb memang anak somebody. Dan kakak rasa, Ariq pun sama tu. Tapi, satu benda kakak kena puji. Mereka memang boleh dan ada kemahiran dalam berniaga. Keuntungan syarikat sangat memberangsangkan." Cerita Amalin lagi. Sekali-sekala, mata si gadis masih menatap skrin telefon pintarnya.

"So, the names are Adeeb and Ariq..." gumam Addin.

"Yes."

"Which one was your ex then?" soal Addin dalam riak nakalnya.

"The first one."

"Apa?" Addin terkejut. Naik tersedak dia mendengar jawapan Amalin. Dia tidak pasti, apakah itu jawapan sebenar, atau Amalin hanya membalas gurauan bodohnya.

"Iya." Hanya itu jawapan yang diberikan Amalin.

Sekali lagi, Addin hilang diksi. "Betul-betullah kakak. Are you telling me the truth?" Addin bingung.

Cinta Ini, Cinta Gila!Where stories live. Discover now