"TAK Daud, tak! Kenapa awak tukar perimeter mesin ikut kepala awak tanpa baca manual betul-betul? Sekarang ni, isi padu barang semua tak tally. Awak nak jawab apa lagi?" Ariq menjerkah kuat. Pertama kali dia rasa macam nak kunyah-kunyah manusia yang ada depan dia sekarang.
Melihatkan jerkahan Ariq yang terlampau kuat, Amalin bingkas bangun. Perlahan-lahan, dia tolak badan Ariq kebelakang.
"Sabar."
"I cannot!" Tegas Ariq menjawab laju.
Amalin anggukkan kepalanya. Faham. Siapa tak marah? Kalau nak rework, memang akan melibatkan kos yang banyak. Bukan pada mereka sahaja, malah pada pelanggan juga. Bila kita kerja dalam bidang pemprosesan dan pengeluaran produk seperti ini, SHIPPING DATE adalah perkara yang paling penting.
"Daud, tolong beritahu saya siapa arahkan awak untuk tukar perimeter?" Amalin cuba berdiplomasi. Mata tegak merenung Daud yang sudah cuak. Barangkali terkejut dengan jerkahan Ariq.
Mujur tadi dia dan Adeeb dalam perjalanan ke kafe untuk minum petang. Tak sempat sampai kafe, pekerja di bahagian pengeluaran memanggilnya dengan kuat.
"Encik Ariq mengamuk!"
Disebabkan itulah, dia dan Adeeb tergesa-gesa masuk ke dalam production area untuk melihat keadaan yang berlaku. Mujur sampai tepat pada waktunya. Ariq sikit lagi nak tolak semua botol-botol itu kelantai.
"Saya dapat arahan, Cik Amalin yang nak tukar."
"Saya?" Amalin tunjuk mukanya. Daud anggukkan kepala.
Ariq lantas merenung tajam kearah Amalin. Adeeb yang sedari tadi berdiri di belakang Amalin, mula merapati mereka.
"Bila awak dapat arahan tu?" Amalin cuba untuk bertenang. Sedikit terganggu juga dengan ketajaman pandangan mata Ariq.
"Tadi, selepas waktu rehat. Saya dapat sekali dengan fail perimeter baru ni." Daud serahkan fail kuning itu pada Amalin. Amalin sambut fail tersebut dengan wajah yang sedikit berkerut.
"Is that yours?" bisik Adeeb.
Amalin anggukkan kepalanya. "Mine. Tapi this document is not approved yet, by any members of the engineering department. Not even our vendor. Validation pun, belum sah lagi. Sepatutnya, perimeter ini, tak boleh berkuatkuasa." Amalin terang lagi.
"Macam mana orang lain boleh dapat fail ni?" Ariq menyoal dengan mata tajamnya. Masih bengang.
Amalin gelengkan kepala. "Sorry boss, but I have no idea. This file is supposed to be reviewed by the engineering team." Amalin selak dokumen tersebut hingga sampai ke beberapa muka surat akhir.
Dalam fail itu, terdapat satu muka surat tambahan yang Amalin sengaja letakkan sebagai 'log' bagi menyimpan butiran dimana keberadaan dokumen tersebut, dan bila mereka menerima dokumen tersebut. All signed.
"Kalau ikut log dokumen ni, I dah serahkan pada engineering team two weeks ago. Encik Ariq boleh tengok log ni..." Amalin serahkan pada Ariq. Belum sempat Ariq menyambut fail itu, Adeeb terlebih dahulu meneliti setiap tandatangan yang diturunkan ke atas muka surat itu.
"You buat semua ni? Idea you?" Adeeb kerutkan dahinya.
"Ya. Sebab I need to comply everything according to my timeline." Jawab Amalin jujur.
"Bukan sebab you tak percayakan orang?"
Masing-masing memandang kearah suara itu. Mr Leong sudah pun memandang Amalin dengan penuh perasaan curiga. Amalin hela nafasnya perlahan.
YOU ARE READING
Cinta Ini, Cinta Gila!
RomanceYa, Cinta Ini Cinta Gila! - Untuk kita berdua! Amalin Atiera dan Adeeb Izmir. Pertemuan yang tak ada siapa sangka boleh buat hati yang tandus seperti padang pasir dan batu delima, jadi berbunga. Kisah cinta pandang pertama, buat Adeeb rasa macam d...