BAYU lembut yang tidak putus berhembus, menampar lembut pipi Amalin yang sedang berjalan di bahagian pejalan kaki kampus menuju ke Pusat Aktiviti Laut. Disebelahnya, lelaki itu khusyuk menyanyi kecil. Barangkali senang hati.
"Wangi... kau lalu... Wangi bagaikan, oh bungaaaa..."
Amalin hanya diam. Tak mahu menganggu ketenangan lelaki itu. Biarlah, kalau itu yang buat dia bahagia. Pagi-pagi dah menyanyi. Kalau kit ani, pagi-pagi suara berkerak tahu tak?
"Penat?" soal lelaki itu sepatah.
Amalin pusingkan wajahnya. Saat mata bertembung, mereka saling bertukar senyuman nipis.
"Penatlah! Tak pernah dibuat, saya berjalan pergi ODEC macam ni tahu? Sikit lagi ni, menggelupur saya cari air." Amalin dah termengah-mengah. Nasib baik pace perjalanan Adeeb ni, boleh dikatakan perlahan juga.
Adeeb ketawa senang. "Okey tuan puteri, kejap lagi kita duduk minum air dekat Marina."
Amalin tayang sengihan nakal. "Kalau dekat Marina tu, adalah lebih baik saya makan nasi lemak terus kan?"
Sekali lagi Adeeb ketawa kuat. "Sia-sia ajelah you bersenam kalau dah macam tu!" lelaki itu muncungkan bibirnya. Amalin mencebik. Alahai... Nasi lemakku.
"Mel..."
"Yes?"
"Dah berapa lama kita kawan?"
Amalin tayang riak seakan-akan sedang berfikir. Jari telunjuknya diletakkan ke bibir. Hm, berapa lama ya?
"Dari masa saya jumpa awak dekat Kolej Cempaka tu, dah dua bulan. Tapi, baru ada interaksi, sebulan lebih? Entah, I cannot remember."
Amalin jujur. Dia memang tak berapa peka dengan perkara-perkara begini.
"44 hari."
"Apa yang 44 hari? Amalin lurus.
Adeeb jentik dahi si gadis. Ha, kan dah kena. Blurr memanjang.
"44 harilah kita kenal. Takkan tempoh berpantang pula?" Adeeb menyinis. Amalin tepuk dahinya perlahan.
"Lain kali, cakap lah terus-terang. Ini sepatah aje. Manalah saya nak faham. Kotlah awak dapat anak suadara baru ke. Who knows, kan?" Amalin membela dirinya.
"You ni, boleh tahan juga menjawabnya ya Amalin?"
Amalin hentikan langkahnya. Kemudian dia berdiri bertentangan dengan Adeeb yang sudah merenungnya dalam.
"Excuse me Mr Adeeb Izmir, let me remind you this." Amalin tenung anak mata Adeeb. Berani!
"My degree taught me to argue. But most importantly, it taught me that I am right all the time, and I am never wrong." Amalin kenyitkan mata kanannya.
Kalau ada tiang belakang Adeb sekarang, Adeeb yakin dia mesti dah tersandar habis disebabkan kenyitan mata Amalin tadi. Tapi akhirnya Adeeb tahan senyum dengan cara mengigit nipis bibir bawahnya.
Amalin geleng kepala, sebelum dia kembali melangkah. Nak cepat sampai tepi laut sebab sekejap lagi, hari dah panas.
"Mel, you selesa dengan I?"
Amalin anggukkan kepalanya. "Ya, selesa. Kenapa?" Dia menoleh sejenak pada Adeeb. Adeeb hanya gelengkan kepala.
"Good to know that you are comfortable with me."
YOU ARE READING
Cinta Ini, Cinta Gila!
RomanceYa, Cinta Ini Cinta Gila! - Untuk kita berdua! Amalin Atiera dan Adeeb Izmir. Pertemuan yang tak ada siapa sangka boleh buat hati yang tandus seperti padang pasir dan batu delima, jadi berbunga. Kisah cinta pandang pertama, buat Adeeb rasa macam d...