BAB 22

68 11 4
                                    

ADEEB pakirkan keretanya bersebelahan dengan kereta Ariq yang sedari tadi mencarinya. Awalnya tadi, mereka memang mahu makan malam di kafe kolej kediaman Amalin. Tetapi, disebabkan dia punyai urusan dengan si gadis, maka mereka diminta untuk pulang dahulu.

Adeeb lepaskan keluhan. Bau wangian Amalin, masih berbaki di dalam ruangan kereta itu. Jujurnya, Adeeb berharap agar bauan itu tidak akan pernah hilang.

Untuk berharap pada Amalin untuk pulang padanya, terlalu tipis. Malahan, dia sendiri tidak sanggup untuk memaksa si gadis lagi. Terlayar-layar di ruang matanya, Amalin yang menangis, Amalin yang sedang berduka.

Tidak mahu melayan perasaan terlalu lama, Adeeb segera keluar dari perut kereta. Bingkas dia berjalan kearah bilik yang terleak di aras dua. Adeeb terus menolak daun pintu tanpa mengetuknya terlebih dahulu. Selipar-selipar yang bergelimpangan dihadapan pintu menandakan Ariq dan Zareef turut berada di dalam bilik tersebut.

"Kau dari mana?" Ariq menyoal apabila dia nampak wajah Adeeb terjenggul di pintu bilik tersebut.

Adeeb angkat wajahnya. Tapi satu jawapan pun tidak terluah dibibirnya. Ariq keutkan dahinya. Lalu di toleh kearah Zareef. Berpandangan berdua.

Adeeb letakkan barangan peribadainya diatas meja tulis seblum dia duduk di birai katil. Mata merenung dinding. Langsung tiada daya untuk membuka bibirnya, berbual. Dia betul-betul tidak mampu sekarang.

"Deeb..." Tegur Ariq sekali lagi.

Senyap. Tiada sahutan.

Zareef bingkas bangun, diikuti Ariq. Mereka melangkah mendekati Adeeb yang masih termenung jauh. Raut wajah lelaki itu, nampak sedih. Nampak keliru. Nampak, kosong.

"Wehhh..." Ariq sentuh bahu Adeeb perlahan.

Adeeb tersentak. Lalu dia angkat wajahnya. Kerutan diwajah Ariq dan Zareef terlakar jelas. Adeeb senyum nipis.

"Dah lama korang kat sini?"

Ariq gelengkan kepalanya.

"Kau jawab aku dulu. Kau dari mana?" Ariq silangkan tangannya ke dada.

"Aku jumpa Mel."

"Okey, kau jumpa Mel. Tapi kau pergi mana? Lama betul menghilang? Aku tak rasa Mel nak keluar sampai ke malam macam ni? Its almost twelve, man." Ariq kerling jam ditangan.

Adeeb tarik nafasnya. "Aku dah hantar Mel balik awal. Lepastu, aku pusing-pusing."

"Bro, kau asal?" Zareef lekas-lekas menyendeng disebelah Adeeb.

"Aku..."

Senyap.

"Kau apa?" Zareef dah semakin hilang sabar. Orang cakap separuh-separuh ni dia memang tak berapa nak ngam sangat. Tapi sebab dia nampak muka Adeeb macam baru putus cinta, dia tak jadi nak selar.

"Aku dah putus dengan Mel."

Zareef terkedu. Shoot! Tak sangka pula masin mulut dia? Cepat-cepat anak matanya mencari anak mata Ariq.

"Kau biar betul...?" Ariq minta kepastian.

Adeeb anggukkan kepalanya. "Betul. You guys heard it right. We broke up." Adeeb tersenyum nipis.

"Macam mana boleh jadi macamtu?" Ariq dah rasa tak percaya. Adeeb dengan Mel, pasangan yang sering menjadi buah mulut warga kampus kot. Sweetlah, terpaling romantiklah... Tak ada angin tak ada ribut, putus?

Cinta Ini, Cinta Gila!Where stories live. Discover now