"KENAPA you diam?" soal Adeeb apabila hanya kebisuan yang melanda mereka berdua di dalam kereta itu. Amalin hanya tenang di kerusi penumpang. Wajah cantik itu tiada riak. Tidak seperti dulu.
Ada apa dengan Amalin?
"Saya," Amalin tiba-tiba bersuara perlahan.
Adeeb berikan seluruh tumpuannya pada si gadis yang masih cuba untuk menghabiskan ayatnya. Selang beberapa saat, Adeeb perasan sesuatu.
Amalin menangis?
"Mel, you menangis?"
Soalan Adeeb hanya membuatkan Amalin semakin rapuh. Terbayang-bayang dalam kepalanya akan keadaan diri sendiri yang langsung tidak dihiraukan Adeeb. Empat minggu, lelaki itu diam tanpa khabar berita.
"Saya nak break."
Akhirnya, terluah juga. Amalin tersandar sambil melepaskan semua tangisan yang dia tahan selama ini.
Adeeb kelu. Pandangannya terpaku pada Amalin yang sedang hebat melepaskan tangisan. Bahu itu terhenjut-henjut seperti sedang memberitahunya, tentang rasa sakit.
"Mel..."
"Adeeb tolong, jangan panggil saya sayang. Saya betul-betul tak nak dengar apa-apa lagi. Saya dah tak nak, Adeeb. Please." Amalin tatap wajah lelaki itu dengan air mata yang tak henti menitis.
Pecah berderai hati Adeeb bila dia melihat wajah itu kini kemerahan akibat tangisan gilanya.
"Tapi, saya sayang awak."
Amalin raup wajahnya kasar. Dia seka air mata yang masih tidak berhenti. "Sayang? Sayang? Awak yang saya ke Adeeb?"
Amalin tekan jari telunjuknya ke dada Adeeb. "Awak,"
"Sayang saya?" Amalin halakan jari itu kembali ke wajahnya. Mata menikam terus kedalam anak mata Adeeb yang turut merenungnya.
"Yes, I love you." Adeeb jawab tanpa sebarang keraguan.
Amalin dekatkan wajahnya dengan Adeeb. "Bullshit."
Adeeb tergamam. Ini pertama kali, Amalin menggunakan bahasa kasar dihadapanya. Pertama kali, dan cukup buat dia terhenyak.
"Kalau betul awak sayang saya, awak tak akan buat saya macam ni Adeeb."
"Hey, what did I do...?" lunak suara Adeeb menyoal. Cuba memujuk si gadis.
Amalin terkejut. Soalan apa Adeeb tanya dia ni?
"Hei! Awak sedar tak yang awak dah ignore saya berapa lama? Awak sedar tak kita dah tak ada apa-apa perbulan semenjak empat minggu lepas? Awak tahu ke tak tahu, yang awak ada girlfriend? Awak sedar ke tak sedar?" Amalin panas hati.
Boleh-bolehnya Adeeb tanya apa salahnya? Gila!
"You tahu kan yang I sibuk dengan MASUM?"
"Alasan!" suara Amalin naik seoktaf.
"I tak tipu you, Mel. I memang sibuk dengan MASUM. Sampai assignment pun I tak sempat nak siapkan." Adeeb cerita jujur.
Amalin senyum sinis. "Itu pun masalah awak. Semua orang dalam dunia ni, ada 24 jam Adeeb! What makes you thing, you deserve longer?"
Adeeb terdiam. Suara dan soalan Amalin jelas beku dan dingin. Tiada langsung keramahan yang biasa dia rasai bila bersama dengan si gadis.
"Okey, okey. Mel, I tahu salah I. Okey, I minta maaf, please. I will fix it." Adeeb rapatkan kedua tapak tangannya. Dia mula memandang wajah gadis itu dengan lebih dalam.
YOU ARE READING
Cinta Ini, Cinta Gila!
RomanceYa, Cinta Ini Cinta Gila! - Untuk kita berdua! Amalin Atiera dan Adeeb Izmir. Pertemuan yang tak ada siapa sangka boleh buat hati yang tandus seperti padang pasir dan batu delima, jadi berbunga. Kisah cinta pandang pertama, buat Adeeb rasa macam d...