AMALIN yang sedang bergelak ketawa dengan abangnya, mula mengesat air mata. Abang kalau bawa cerita pasal adik bongsu mereka, mesti benda boleh buat modal ketawa tiga hingga empat tahun.
"Pastu kan Ara, masa dia pegang aje Inara tu dia dah tengok muka mama. Dia minta tolong mama. Dia cakap macam ni, 'ma ambillah anak ayong ni! Kenapa dia lembik macam cicak?'"
Aqif ledakkan tawanya.
Amalin tekup mulutnya dengan tangan. Kemudian dia ketawa lagi.
"Terus kena ketuk kepala dengan bapak. Bapak tanya dia, 'kau pernah dukung anak cicak ke?'"
Si abang menggeleng lagi sambil ketawa.
"Habis, adik jawab apa?"
Abang dah tak boleh nak cakap. Member hanya gelengkan kepala. Sudahnya, si isteri buka mulut.
"Adik tak boleh jawab apa-apa Ara. Dia keras kejung sambil berair mata. Lastnya, mama ambil juga budak Inara tu."
Amalin ketawa geli hati. "Dia gayat kot. Abang Jufri tak cakap apa-apa ke?"
Kotlah, abang iparnya kecil hati sebab adik ipar sendiri samakan anaknya dengan cicak. Yang Addin pun satu hal juga. Gelabah semacam.
Diana hanya gelengkan kepala sambil menyisip air minumannya. "Abang Juf dah biasa. Steady! Anak nombor tiga kan."
"Abang Juf cool. Tapi kalau abang Aqif, Ara tak sure. Mahu kena luku kepala si Addin tu abang kerjakan." Amalin menyinis Aqif yang sedang mengunyah makanan. Diana ketawa kecil.
"Bukan setekat luku! Berlubang kepala dia aku kerjakan. DNA baik macam abang ni dia samakan dengan cicak? Wajarlah kena belasah."
Nampak? Aqif dengan Jufri memang berbeza. Abang Jufri tu, setenang-tenang manusia. Sesuailah dengan ayong. Sama-sama tenang. Kalau Aqif, lain sikit.
Bertenaga dan annoying.
Cuma, Aqif dan Ayong, Amiera memang rapat berdua. Sebab jarak setahun kan? Apa-apa hal, Aqif memang akan cari Amiera dulu. Lepastu baru bapak atau mama.
Addin lain! Dia cari perlindungan mengikut masalah.
Kalau lambat balik malam, dia cari Amalin.
Kalau ada masalah duit, dia cari Amiera!
Kalau tak ada masalah, dia cari Aqif. Sebab kalau ada masalah, dan cari Aqif...Silap besarlah. Mahu tujuh tahun kena ceramah.
Addin lagi rela hadap mama dan bapak. Aqif? Memang tidaklah.
"Ara..."
"Ya?"
"Ara dah ada steady boyfriend, eh?" Aqif soal adiknya dengan nada yang mendatar. Dia nampak aje Amalin kerap kali muat naik story atau posting mengenai seorang pelajar lelaki. Adeeb kot, namanya.
Amalin letakkan sudu di pinggan. "Lebih kuranglah."
Aqif dan Diana berpandangan. "Aik, lebih kurang?" kemudian Aqif ketawa kecil. Diana pandang wajah si adik ipar yang dah berubah riak. Kemudian, dia senggol lengan suaminya.
Aqif angkat keningnya. Mata kemudian mengikut lirikan mata Diana pada Amalin. Oh, baru dia perasan muka Amalin macam, tak happy!
"Kenapa ni? Nak share dengan abang and kak Dee?"
YOU ARE READING
Cinta Ini, Cinta Gila!
RomanceYa, Cinta Ini Cinta Gila! - Untuk kita berdua! Amalin Atiera dan Adeeb Izmir. Pertemuan yang tak ada siapa sangka boleh buat hati yang tandus seperti padang pasir dan batu delima, jadi berbunga. Kisah cinta pandang pertama, buat Adeeb rasa macam d...