BAB 32

113 11 3
                                    

AMALIN berdiri tegak diantara tiga lelaki itu. Mata masing-masing merunung diantara satu sama lain. Janggal. Ya, situasi ini sangat janggal.

"Assalamualaikum," Adeeb memulakan bicara. Tangan dihulur pada seorang lelaki tua yang memakai kaca mata dihadapannya. Lelaki itu tersenyum nipis sambil menyambut huluran salam Adeeb.

"Saya Adeeb."

"Tahu." Pantas lelaki yang sedang memeluk tubuh itu menjawab. Adeeb terkedu. Namun tetap juga dia hulurkan tangan untuk bersalaman. Lega hatinya apabila tangan itu bersambut dengan kejap dan kemas.

Tanda huluran itu diterima.

"Ara okey?" soal lelaki tua tadi.

Amalin anggukkan kepalanya. "Okey bapak. Mujur ada Encik Adeeb." Amalin kerlaing hujung matanya pada Adeeb.

Baru Adeeb nak maniskan wajah, dia dengan bunyi decitan halus dari bibir lelaki muda tadi. Sempat dia toleh sebentar kearah lelaki itu. Kelihatan bibir itu tersenyum sungging kearah Amalin.

"Bapak, kenalkan... Ni bos Ara, Encik Adeeb." Amalin kenalkan Adeeb pada bapak yang sudah pun mula curiga melihat reaksi Aqif.

"Encik Adeeb, ini bapak saya... Dr Zahid. Dan ini, abang saya, Aqif." Amalin bertindak berdiri disebelah Aqif pula.

Adeeb anggukkan kepalanya pada Aqif dan bapak.

"Encik Adeeb konon," gumam Aqif perlahan.

"Betullah dia panggil Encik Adeeb. Aqif ni kenapa? Bapak tengok macam tak senang hati aje? Curiga dengan Adeeb ke?" bapak menyoal terus. Aqif yang sedang terkejut dengan soalan bapak secara tiba-tiba itu menggeleng laju.

"Tak adalah bapak. Mana ada..." Aqif cuba berdalih.

"Tadi, kamu kata kamu tahu bila dia kenalkan diri sebagai Adeeb. Macam mana kamu boleh kenal dia? Legal issue?" Bapak menyoal lagi.

Belum sempat Aqif menjawab soalan bapak, Amalin pantas memotong abangnya.

"Abang kenal, sebab dia pernah dengar Ara sebut nama Adeeb, bapak. Sebenarnya, Adeeb dan Ariq, kawan satu universiti Ara."

Bapak hela nafas leganya. "Lah... Masa minta kerja tak tahu ke?"

Amalin menggeleng sambil tersengih. "Tak ambil tahu sebab dah gelap mata nampak figures yang diorang offer."

Pak!

"Ouch!" Amalin mengaduh kuat.

"Tu makan dia untuk mata duitan macam Ara. Boleh pula dia tak buat background check pada syarikat yang dia nak kerja. Buatnya jual dadah?" Aqif menggeleng sambil memandang tajam pada adiknya.

"Tak adanya jual dadah." Amalin merengus. "Orang tahulah company dia buat apa. Tapi, taklah sampai nak tahu siapa shareholders. Sikit-sikit sudahlah." Amalin jawab lagi. Adeeb hanya memandang kedua beradik itu berbalah.

"Adeeb," bapak menyeru nama lelaki itu. Nampak sedikit canggung dan penat di wajahnya.

"Ya saya, doktor."

Bapak ketawa kuat. "Tak perlu panggil doktor. Kita bukan di hospital." Bapak menepuk lembut bahu Adeeb yang sudahpun tertunduk segan.

"Anyway, terima kasih Adeeb sebab dah bantu anak pak cik. Terkejut juga, upon landed baca dalam group dia kata dia kemalangan. Abang dengan adik dia pula, sibuk dalam mahkamah. Syukur, ada orang sudi tolong anak perempuan pak cik."

Cinta Ini, Cinta Gila!Where stories live. Discover now