BAB 30

66 10 4
                                    

ADEEB yang sedang tunduk memakai stoking di kaki kembali tegak apabila dia mendengar bunyi telefon pintarnya. Nada dering itu menunjukkan ada satu panggilan masuk. Tanpa memberikan fokus kepada nama pemanggil, Adeeb pantas menjawab panggilan tersebut.

"Helo."

Senyap. Namun Adeeb dapat mendengar bunyi kereta lalu lalang dan beberapa suara lelaki yang sedang bercakap-cakap. Salah orang agaknya. Baru dia mahu meletakkan panggilan itu, suara seseorang menyapa telinganya.

"Adeeb."

Adeeb terkedu. Lantas, dia lihat skrin telefon pintarnya.

'Amalingling'. Itu adalah nama Amalin yang telah dia tetapkan di dalam telefon pintarnya sejak dahulu lagi.

"Mel?" Adeeb memanggil suara itu.

"You kat mana?" Amalin menyoal. Suara si gadis, tenang. Tapi terselit juga getaran dalam nada itu.

"Dekat ofis. Baru lepas solat zohor. You kat mana?"

"Tengah jalan."

Jawapan Amalin menyebabkan Adeeb berdiri spontan. Tak senang hatinya apabila dia mendengar jawapan Amalin yang agak lain dipendengaran. Kenapa Amalin di tengah jalan? Hatinya kembali dipalu rasa yang tidak enak.

"Girl, what's up?" Adeeb soal dengan lembut. Tidak mahu Amalin bertambah tertekan.

"I, accident." Jawab Amalin sepatah-sepatah.

Terbuntang mata Adeeb mendengar jawapan si gadis. "Where are you? Dekat mana sekarang? I datang. Send me your location."

"Okey. Tolong datang." Lalu Amalin matikan talian. Tidak lama selepas itu, Amalin menghantar lokasi keberadaanya pada Adeeb melalui aplikasi WhatsApp. Dengan pantas, Adeeb tekan lokasi tersebut sebelum jari telunjuk dan ibu jarinya bermain-main diatas skrin. Mahu melihat di mana sebenarnya lokasi si gadis.

Setelah memastikan lokasi Amalin, Adeeb pantas membuka langkahnya. Kunci kereta dan dompet diambil sebelum dia berlari-lari kecil menuju kearah keretanya di aras bawah.

"Bos!" Laung Ana apabila dia melihat Adeeb berlalu dalam keadaan tergesa-gesa. Ariq yang sedang berada didalam biliknya, turut bangun meangkah kearah Ana.

"Dia pergi mana tu?"

Ana menggeleng. "Saya tak pasti Encik Ariq. Balik dari surau tadi, bos terus ambil barang sambil berlari keluar."

Ariq kerutkan dahinya. "Dia tak ada miting diluar?"

"Tak ada." Ana menjawab dengan yakin.

"Pasti?" Ariq menyoal sekali lagi.

"Hundred percent sure. Hari ini, bos memang minta saya clear jadual sebab parents dia nak datang dari Sabah." Ana beritahu lagi.

Ariq lepaskan nafasnya. "Tak apa, nanti saya call dia."

Lalu, dia terus masuk kembali ke bilik kerjanya. Entah kemana Adeeb pergi pada waktu panas-panas begini. Mahu bertanya sekarang, dia yakin... masanya tidak tepat. Nanti-nantilah. Kalau penting, Adeeb mesti akan beritahu dia juga nanti.

________

ADEEB yang sedang memandu perlahan dikawasan tersebut akhirnya memakirkan kenderaannya ditepi jalan. Sempat dia hidupkan hazard lights sebelum dia akhirnya keluar dari kenderaan sendiri.

Cinta Ini, Cinta Gila!Where stories live. Discover now