"Mel, kau jadi kan turun latihan malam ni?" Anna dan Ameena berdiri tegak dihadapan pintu rumah kediaman atau hostel milik Amalin. Amalin yang sedang tekocoh-kocoh membetulkan awning tudungnya anggukkan kepala.
"Jadi-jadi. Mesti kena turun sebab kali ni, nak perfom Inang. Aku memang slow sikit nak catch up Inang ni." Amalin jawab dengan suara yang hampir dengar-tak-dengar. Mana tidaknya, sambil bercakap dia berjalan kesana dan kesini.
"Okeylah kalau macam tu. Kami gerak dulu tau?" Laung Ameena kuat sementelah Amalin hilang ke dalam biliknya. Nak buka kasut, dia malas. Jadi laung ajelah.
Amalin muncul di hadapan pintu biliknya semula dengan senyuman.
"Okey, kau orang jalan dulu. Sebab kejap lagi Nasuha nak teman aku jalan ke astaka." Beritahu Amalin dalam senyuman manisnya. Ameena kerutkan dahinya.
"Dia nak teman kau? Dianya mana?"
Amalin julingkan matanya keatas. Kemudian dia buat riak wajah nakalnya. "Mana lagi kalau bukan kafe?"
Anna gelengkan kepalanya. "Datinglah tu?"
"Tepat sekali!"
"Hisy budak tu. Okeylah, kita orang jalan dulu. Kau jangan lupa heret si Nasuha tu. Tengah bahagia ni, waktu maghrib pun kat kafe eh?" Ameena dah perli halus. Amalin hanya ketawa sahaja.
Kalau Nasuha ada, dia yakin yang Nasuha tak ambil hati pun dengan Ameena. Paling-paling pun, Nasuha akan lebih meloyar buruk.
"Jumpa kejap lagi!" Amalin melambai tangannya pada Ameena dan Anna. Setelah mencapai tote bag jenama Mango diatas katil, dia segera menyarung sandal lalu terus turun ke kafe untuk berjumpa dengan Nasuha.
Orang tengah bahagia, kan? Waktu maghrib banyak nyamuk macam ni pun dia sanggup ya. Janji Afiq depan mata.
Mengenangkan itu, Amalin senyum sendiri. Dia faham apa yang Nasuha rasai sekarang. Dia pernah berada di situasi Nasuha. Rasa sayang, rasa mahu berjumpa.
Been there, done that.
Tapi, apa yang ada kini, 180 darjah berubah dengan dahulu. Dia sedar, yang terlalu banyak perkara yang tidak mampu untuk dia dan pasangannya dahulu perbaiki. Too much drama. Sehinggakan, situasi dan hubungan mereka berada diparas bahaya dan toksik.
Sumpah Amalin tak faham, macam mana orang boleh rasa yang lelaki posesif itu gentleman. Sebab empat tahun melalui episod itu, hidupnya tidak bebas. Tapi iyalah, masa sekolah tak rasa sangat. Cuma bila dah makin dewasa, dia makin sedar.
The relationship was not healthy. At all.
"MEL! Sini!"
Amalin tersentak. Tak sangka, mengelamun ingatkan hubungan yang lepas, rupanya dia dah sampai kat kafe kolej kediaman mereka. Dia nampak Nasuha melambai-lambai kearahnya dengan senyuman dan muka bahagia.
Confirm, Afiq baru lepas tabur Gula Prai dua kampit. Kalau tidak, masakan Wan Nasuha Nasibah nak renyih sampai begitu sekali. Ya kan?
Amalin terus melangkah kearah meja Nasuha. Dipertengahan jalan, telinganya menangkap perbualan diantara dua orang manusia.
"Kita dah break. Please, Effa. Jangan kacau lagi. I nak makan dengan coursemates I." suara si lelaki. Beku.
"Please, bagi I peluang. I sayang kat you lagi!" suara si gadis.
Amalin menoleh ke kiri. Elok dia toleh, si gadis pun terpandang dia. Tak pasal-pasal kena jeling dengan si gadis.
YOU ARE READING
Cinta Ini, Cinta Gila!
Storie d'amoreYa, Cinta Ini Cinta Gila! - Untuk kita berdua! Amalin Atiera dan Adeeb Izmir. Pertemuan yang tak ada siapa sangka boleh buat hati yang tandus seperti padang pasir dan batu delima, jadi berbunga. Kisah cinta pandang pertama, buat Adeeb rasa macam d...