BAB 14

47 7 0
                                    


"BRO! Nervous ke tu?" Ariq tolak bahu Adeeb dengan kayu hokinya. Adeeb yang sedang menghantar pesanan WhatsApp, nyaris tidak terlepaskan telefon bimbitnya ke lantai. Pantas dia menjeling Ariq yang sedang duduk disebelahnya.

"Mujur tak jatuh phone ni tau. Kalau jatuh, aku memang ketuk kau habis-habisan." Adeeb tunjukkan penumbuknya pada Ariq.

"Mel tak datang?" Ariq menyoal.

Adeeb gelengkan kepalanya. "Dia sibuk."

Ariq hanya angkat bahunya. Tak mahu tanya lebih lagi.

"Aku dengar game first kita dengan team dari UiTM. Kau okey ke? Kapten dia, kawan kau kan dulu?"

Adeeb anggukkan kepala.

"Kawan. Tapi kenal-kenal macam tu aje. Itu pun aku jumpa sebab selalu kena training kapten sekali dulu. Tapi, tak berapa ngamlah." Adeeb cerita serba sedikit.

"Diminta semua pasukan yang terlibat untuk berada di hadapan pentas bagi upacara perasmian kejohanan sukan terbuka kita pagi ini."

Pengumuman daripada pengerusi majlis itu meyebabkan Adeeb dan Ariq sama-sama bangkit dari duduk mereka. Dengan kayu hoki dan beg masing-masing, mereka melangkah ke tengah astaka.

"Aku dengar budak Lantera Seni ada duty."

Suara sumbang anak buahnya berbual menyebabkan Adeeb jongketkan keningnya. Lantera Seni? Bertugas dekat kejohanan hoki? Boleh ke mereka berpanas? Adeeb gelengkan kepala sambil tersneyum nipis.

Dia duduk bersebelahan dengan Ariq, Harith di bahagian kanan. Manakala di bahagian kirinya ada Zareef yang sedang sibuk menikmati kentang goreng. Adeeb mengeluh.

"Kejap lagi nak game. Kau makan minyak-minyak ni, nanti muntah. Stop dulu." Adeeb tepuk bahu Zareef. Kemudian dia keluarkan air botolnya. Diteguk sekejap air itu sebelum matanya fokus kearah upacara perasmian Kejohanan Hoki Terbuka Tahunan Negeri Sabah pagi itu.

Kalau ada Naib Canselor, ada YB ini itu ni, mesti lama. Adeeb merungut seorang diri.

"Baiklah tuan dan puan, mari kita saksikan persebahan pembukaan daripada Kumpulan Kesenian Universiti, Lantera Seni dengan tarian Joget Kasih Tak Sampai! Dipersilakan!"

Elok aje pengacara majlis umum, bersorak riang penonton-penonton yang berada di kawasan astaka. Adeeb terkedu. Bunyi siul-siulan pasukan lelaki buat duduknya tidak senang. Ariq disebelah sudah turut menakal. Mentang-mentang Syaz salah seorang ahli Lantera Seni.

Mata Adeeb lekas-lekas mencari figura seseorang apabila muzik dimainkan. Tak lama selepas itu, matanya dapat menangkap si dia! Hati Adeeb berdebar rasa nak pecah!

Si gadis berdiri di baris hadapan, dan berada ditengah. Tersenyum sambil menyanyi tanpa suara mengikut lagu yang didendangkan oleh Dato Sri Siti Nurhaliza. Langkah si gadis tersusun lembut, namun tepat bersama yang lain.

Dengan sepersalinan kebaya merah hati lengkap dengan perhiasan dari hujung rambut ke hujung kaki, buat Amalin nampak sangat berbeza. Itu belum lagi Adeeb nak cakap pasal solekan si gadis yang agak tebal.

Rasa nak ajak kahwin!

Akhirnya, Adeeb tersandar pada kerusi astaka.

"Amacam Deeb? Syok, awek lawa macam tu?" Ariq dah ketawa sakan. Seronok dia dapat mengenakan Adeeb yang dah tersandar begitu. Dulu Adeeb mana pernah ambil port sangat. Sekarang? Mata tak berkedip!

Cinta Ini, Cinta Gila!Where stories live. Discover now