AMALIN berjalan perlahan-lahan menyelusuri koridor di fakulti seorang diri. Nasuha tiba-tiba tuang kelas. Katanya sakit perut. Entah betul entah tidak. Ameena macam biasa. Kalau Nasuha tuang, dia pun tuang sekali.
Sama-samalah tu duduk dalam bilik. Amalin hanya menggeleng perlahan. Dia memang tak ikut serta aktiviti tuang-menuang ni. Kalau bapak tahu, naiya dia. Dahlah masuk universiti pakai tajaan mama dan bapak.
Rasa berdosa betul nak tuang kelas tanpa sebab.
"Mel!" suara orang menyeru dibelakangnya membuatkan Amalin menoleh. Dia nampak kelibat Shikin berjalan laju kearahnya.
"Ikin, kenapa?" soal Amalin apabila Shikin sampai kepadanya dengan keadaan termengah-mengah. Shikin gelengkan kepalanya.
"Ikin nak tanya pasal confirmation untuk program dekat Lahad Datu. Mel dah hantar surat ke dekat pihak sana?" Shikin pandang wajah Amalin yang sedang berkerut. Amalin ni, cantik. Tapi riak wajah si gadis selalu sangat berkerut.
"Oh, pasal tu. Ha'ah, Mel dah hantar surat. Tapi, belum dapat jawapan. Ingatkan next Monday nak telefon pihak sana. Just to remind them about the letter." Amalin jawab serius. Sebenarnya, dia paling tak suka kalau dapat jawatan setiusaha ni. Bosan sebab kena follow up, hantar surat. Rengsa.
"Okey boleh. Nanti ada apa-apa progress, tolong beritahu Ikin balik ya. Sebab I need to recalculate the costings. Fareez nak try minta dana daripada one of the politician yang dia kenal." Shikin tersengih penuh makna.
Amalin anggukkan kepalanya. "Faham! Hebatlah Fareez tu! Dia bukan orang sini, tapi contact dia power!" puji Amalin Ikhlas.
Fareez tu, asal daripada Kuala Lumpur. Tapi dia punya peramah dan kenalan- memang luar jangkaan mereka sekelas. Level Datuk, Tan Sri, punya networking.
"Dia kan memang power bab-bab macam tu. Lain orang lain talent. Mel pun terer juga!" Ikin membalas. Amalin mencebik.
"Apa aje? Macam tak berapa beguna."
Shikin tepuk lengan kiri Amalin.
"Ada ke cakap macam tu? Dia ni kan..." Ikin kecilkan matanya. Amalin hanya ketawa lepas. Kelakar melihat reaksi Shikin dihadapanya. Siap kecilkan mata lagi. Ingat dia budak lima tahun?
Amalin kerling jam tangan Fossil di pergelangan tangannya.
"Okay Ikin, I have got to go. Nak balik cepat ni." Amalin berpamitan. Tak mahu terlambat. Dia dah berjanji dengan orang.
"Dating?" Shikin serkap jarang.
Amalin ketawa kecil. "Tak adalah! Kita nak jumpa kawan. Malam ni kan ada pertandingan nyanyian kat kafe. Wajarlah I jadi juri tak bertauliah kat situ." Amalin ketawa lagi. Semua rakan sekelas tahu yang dia dan Nasuha jenis yang suka berhibur. Semua konsert, pertandingan nyanyian, busking, band dan tarian yang dianjurkan oleh pihak universiti akan dihadiri oleh Amalin dan Nasuha.
Bahkan, Amalin dan Nasuha pernah menyertai dua persembahan teater yang di anjurkan oleh pelajar-pelajar Seni Kreatif tahun akhir semester lepas.
"Lah! Okay, have fun Mel!"
"Will do! Take care, bye!" Amalin melambai kearah Shikin sebelum dia berlalu dengan pantas. Nak kejar bas balik kolej kediaman. Mandi, solat.
Tapi sekejap!
Betul ke dia nak pergi jumpa Adeeb malam ni? Cakap pun baru sekali dia? Amalin hentikan langkah kakinya. Mata menghala kearah langit yang sudah berubah jingga. Am I making a right decision for myself?
YOU ARE READING
Cinta Ini, Cinta Gila!
RomanceYa, Cinta Ini Cinta Gila! - Untuk kita berdua! Amalin Atiera dan Adeeb Izmir. Pertemuan yang tak ada siapa sangka boleh buat hati yang tandus seperti padang pasir dan batu delima, jadi berbunga. Kisah cinta pandang pertama, buat Adeeb rasa macam d...