SETAHUN KEMUDIAN.
"AMAAAAALINNNNNNNNNNNNN!" Bergema jerita Nasuha dihadapan Dewan Canselor itu. Amalin yang sedang sibuk menyelongkar beg tangannya angkat wajah. Berseri-seri wajah si gadis apabila dia ternampak Nasuha berlari-lari anak menuju kearahnya.
Dengan pantas, dia depakan tangan. Menunggu Nasuha sampai ke pelukan.
"Rindunyaaaa!" bisik Nasuha sambil memeluk kemas tubuh kecil Amalin. Lama, mereka hanya berpelukkan tanpa sebarang kata. Amalin dan Nasuha masing-masing hanyut dalam perasaan sendiri.
"Kau sihat?" Amalin leraikan pelukan. Kedua belah tangan Nasuha masih dalam genggamannya.
"Aku sihat! And aku tak sangka, dapat teman Amalin Atiera beraksi sekali lagi hari ini!" Nasuha rendahkan badannya. Curtsy pada Amalin.
Segera Amalin mencubit perlahan lengan Nasuha yang nyata sedang mengusiknya. Nasuha ketawa kuat. Amalin masih sama. Amalin yang manis, yang malu-malu. Amalin yang tangan cepat.
Asal malu je, cubit. Asal malu je, jemari mengutil.
"Apa yang buat kau sanggup nak ganti Kak Fel harini?" soal Nasuha kehairanan.
Amalin hanya tersenyum nipis. Dia keluarkan tag 'PETUGAS' daripada beg tangan jenama Kate Spade yang terletak di bahunya.
"Kak Fel tu, baik sangat dengan aku. Semua urusan yang aku pernah minta dia bantu berkaitan HEPA, dia uruskan. Lagipun, dari tahun satu aku dah buat job ni. Setakat tolong satu sidang, apalah sangat?" Amalin jawab persoalan Nasuha.
Sambil mereka bersalan beriringan, Nasuha perhatikan Amalin yang sedang sibuk menaip pesanan di telefon pintarnya. Sesekali gadis itu tersenyum simpul.
"Kau senyum-senyum ni ada apa?" Nasuh senggol lengan Amalin.
Amalin angkat wajahnya. "Tak ada apa. Geli hati dengan bapak! Dia paksa the whole family ambil gambar dekat depan ikan todak tu! Kau tahulah, KK kan panas awal. Merengeklah anak-anak saudara aku. Jangan cakap budak-budak tu, mama pun tak mahu."
Amalin ketawa kecil.
"Jangan kau perkecilkan ikan todak kebanggaanku, Mel. Aku tampar kau nanti." Nasuha jeling Amalin yang sudah menjelirkan lidahnya.
"So, family kau datang sini pukul berapa?"
"Sebelum lunch, mereka akan sampai sini dah. Nanti aku bersiap kat toilet atas ni aje." Amalin beritahu ringkas pada Nasuha. Ini pun, Kak Fel minta dia gantikan kak Fel disaat-saat akhir. Announcer asal kena diarrhoea.
Kak Fel pula, dah hilang suara. Disebabkan Amalin dah biasa mejadi announcer, di hari konvokesyen selama tiga tahun berturut-turut, maka kali ini si gadis terpaksa menjadi bidan terjun.
Amalin tunjukkan tag 'PETUGAS' nya pada penjaga pintu.
"Yang ni, peneman saya." Amalin pegang tangan Nasuha. Petugas yang berada dipintu anggukkan kepala seraya memberikan laluan pada Amalin dan Nasuha untuk masuk ke dalam Dewan Canselor.
"Amalin!" Kak Diandra melambai-lambai pada Amalin dari bahagian kiri pentas Dewan Canselor.
Amalin yang teruja, kali ini berjalan laju kearah Kak Diandra yang kini sudah ditemani oleh Abang Firdaus dan Abang Ahmad.
"Kak!" Amalin berpelukkan seketikan dengan Diandra. Usai melepaskan pelukan, dia pusing kearah Firdaus dan Ahmad sembari melambai ramah pada keduanya. Nak peluk, tak boleh! Biarpun lembut, tetap harom ya!
YOU ARE READING
Cinta Ini, Cinta Gila!
RomanceYa, Cinta Ini Cinta Gila! - Untuk kita berdua! Amalin Atiera dan Adeeb Izmir. Pertemuan yang tak ada siapa sangka boleh buat hati yang tandus seperti padang pasir dan batu delima, jadi berbunga. Kisah cinta pandang pertama, buat Adeeb rasa macam d...